Tuesday, October 1, 2013

Konsep Takdir atau Qadar

Dalam konteks Islam, kita diajar bahawa sesetengah aspek kehidupan manusia ditentukan Tuhan. Contohnya tarikh  dan tempat lahir, tarikh dan tempat mati serta jodoh.

Agama Hindu pula, mempercayai nasib yang berbeza di antara manusia ditentukan oleh amalan individu itu (karma) di mana ini kemudiannya mencorakkan statusnya melalui "rebirth" (penghidupan yang berulang).

Dalam konteks Islam pula ianya memberi jawapan mengenai nasib yang berbeza di kalangan manusia. Ini dapat diperhatikan dalam surah Al Mulk, 67:2, yang bermaksud, "Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; Dan Ia Maha Kuasa (membalas amalan kamu), lagi Amat Pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat; "

Bagaimanapun Allah telah juga menjelaskan dalam al-Quran bahawa manusia ini akan diuji dalam pelbagai cara, di antaranya adalah seperti mana berikut:

i. Al-Quran, surah Al-Baqarah, ayat 2:214, yang bermaksud; "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum sampai kepada kamu (ujian dan dugaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya dan musuh), sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman (yang ada) bertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)".

ii. Al-Quran, surah Al-'Ankabut, ayat 29:2 yang bermaksud; "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: :Kami beriman, "Sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan?)"

iii. Al-Quran, surah Al-Anbiya', 21:35 yang bermaksud, "Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada kamilah kamu sekaliannya akan dikembalikan"

iv. Al-Quran surah Al-Baqarah, ayat 2: 155 yang bermaksud, "Demi sesungguhnya, kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar".

v. Al-Quran, surah Al-Anfaal, ayat 8: 28 yang bermaksud: "Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar".

Sila rujuk halaman 248-249 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.

No comments: