Agama Bahai ini diasaskan oleh Baha'u'llah. Mulai pada tahun 1840 an. Sekarang para pengikutnya kira-kira 6 juta, tersebar di hampir 200 buah Nagara di dunia. Ajaran agama ini ada 3 aspek yang penting yang menjadi pokok pegangannya. Pertamanya Satu Tuhan, keduanya cantuman daripada pelbagai agama dan ketiganya penyatuan aspek kemanusiaan.
Tuhan
Agama ini tetap mempercayai Satu Tuhan yang mencipta manusia dan segala apa yang wujud di alam ini. Kewujudan Tuhan ini adalah secara tersedia dan tiada permulaan dan pengakhiran. Tuhan telah menurunkan agama ini ke dunia melalui para utusannya. Ini telah wujudlah agama seperti hari ini.
Ajaran ini menunjukkan konsep beliau adalah salah seorang daripada utusan Allah yang telah diriwayatkan dalam kitab-kitab suci pelbagai agama besar dunia, akan diturunkan ke dunia ini. Dakwaannya ini dilakukan pada tahun 1863.
Cantuman Pelbagai Agama
Agama ini menerima segala yang baik daripada pelbagai agama besar di dunia. Ini termasuklah Kristian, (Jesus-Bible), Buddha, Hindu, Nabi Musa dan Islam (nabi Muhammad SAW). Bahai juga mengakui para Nabi yang diutus oleh Tuhan seperti Noh, Hud dan seterusnya hingga ke Adam di mana ajaran itu sesuai dengan peringkat zamannya masing-masing. Bagaimanapun beliau mempercayai utusan Tuhan itu tidak berhenti pada sesuatu zaman sahaja; tetapi akan berterusan. Bagaimanapun beliau mempercayai bahawa tiada lagi utusan dari Tuhan sehingga 1000 tahun dari apa yang beliau sebarkan ajaran Bahai ini. Ajaran bahai ini bagaimanapun banyak cenderung kepada Islam mazhab Syiah yang kuat bertapak masa itu di Iran. Bahai mengakui yang ajarannya itu lebih sesuai dengan masa sekarang.
Kemanusiaan
Setiap manusia katanya mempunyai roh yang mempunyai kaitannya dengan pencipta (Tuhan) dan merupakan tanggungjawab kepada Tuhan dengan mengikuti manifestasi-Nya (ajaran para utusan Tuhan) dan dengan ini roh itu menjadi hampir dengan Tuhan. Apabila manusia mati, jasad musnah, tetapi roh masih ada dan akan menerima pertimbangan sewajarnya di akhirat seperti apa yang dilakukan oleh jasad ini semasa hidup di dunia.
Penulisan Bahai menekankan kepada persamaan manusia dan menghapuskan prasangka buruk di antara manusia. Perbezaan warna kulit, fizikal, kebudayaan dilihatnya secara positif iaitu sebagai satu keindahan dan tolak ansur di antara manusia. Mengikutnya soal ras, nasionalisme, kasta dan kelas sosial adalah sebagai penghalang kepada perpaduan antara manusia. Agama ini menekankan bahawa perpaduan antara manusia adalah amat penting melalui agama dan keadaan politik di dunia hari ini.
Shoghi yang telah dilantik sebagai Ketua bagi agama Bahai (1921-1957) telah menulis menghuraikan ajaran Bahai ini dalam bukunya yang terkenal iaitu Kitab-i-Aqdas yang merupakan kunci penting bagi agama Bahai ini.
RUJUK HALAMAN 342-344 DALAM BUKU ISLAM, PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN UNTUK LEBIH LANJUT
No comments:
Post a Comment