Persoalan yang timbul di sini ialah bagaimana dengan masalah ketuhanan. Bagi Buddha, soal ketuhanan nampaknya satu perkara yang berkecuali baginya. Apabila seseorang itu mati, amalan yang baik itu akan menjelma pada jasad yang baik, begitulah sebaliknya. (Ini merupakan unsur Hindu).
Sesungguhnya pada Zaman Gautama Buddha ini, agama Hindu agak tebal di kalangan setempatnya. Jika Buddha mengajak mereka kepada Tuhan yang satu, agak pasti ajarannya akan ditolak. Bagaimanapun Gautama tidaklah menolak tentang kewujudan Tuhan yang satu ini. Bila mana diminta oleh anak muridnya tentang kewujudan Tuhan, beliau tidak menjawab, tetapi berkata dengan kata-kata yang bermaksud, "Bukan tanggungjawab saya atau kamu untuk mengetahui tentang kewujudan Tuhan, tetapi tanggungjawab kita bersama ialah untuk menghapuskan penyeksaan dan kesengsaraan atau kesedihan di dunia ini".
Lantaran ajaran Buddha ini tidak membincangkan soal 'akidah dan agama. Jadi ada sesetengah ilmuwan, agak keberatan untuk mengiktiraf ajaran Buddha ini sebagai satu agama; tetapi ianya lebih bercorak falsafah di mana ianya amat menitikberatkan soal moral dan mengetepikan aspek harta. Walau bagaimanapun, ajarannya ini kemudiannya bercampur-aduk dengan agama Hindu yang telah begitu lama bertapak di India.
Hindu percayakan banyak Tuhan- dewa-dewa itu tuhan, pokok, malah ular pun merupakan jelmaan Tuhan (tetapi kepercayaan Hindu sebenarnya mengakui adanya satu Tuhan yang agung). Akhirnya ada pengikut Buddha ini yang membina patung Buddha dan ada pula yang menganggapnya sebagai Tuhan (Prof. Dr. Ahmad Shalaby: 135). Lantas dengan ini pengikut ajaran Buddha kemudiannya menganggap ia sebagai satu agama.
Rujuk halaman 278-279 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan untuk lebih lanjut mengenai topik agama Buddha.
No comments:
Post a Comment