Monday, April 7, 2014

Siapakah St. Paul (Saul)

Saul dilahirkan kira-kira 10 M dan mati dipancung pada tahun 67 M. Tempat kelahirannya adalah di Tarsus (Turki). Sepanjang hidupnya beliau tidak pernah berkahwin. Beliau memeluk Kristian sewaktu umurnya 26 tahun (36 M), setelah itu namanya telah ditukar kepada Paul. Teologi Kristiannya ditolak oleh orang Nasrani dan Ebionit yang menganggap beliau sebagai musuh Jesus yang sebenarnya. Orang Ebionet yakin Paul mendapat ilham daripada ajaran orang-orang Nikolaus, yang bertentangan dengan ajaran Taurat Nabi Musa. Mereka juga menganggap bahawa penglihatan yang dialami oleh Saul dalam perjalanannya ke Damaskus itu adalah halusinasi yang berasal dari gangguan syaitan dan menganggap Paul ini pernah menghalang orang-orang Yahudi yang ingin mengamalkan hukum nabi Musa secara sempurna. Kaum Ebionet percaya bahawa ayah dan ibu Paul adalah orang Yunani, bukannya Israel. Bagaimanapun Paul mengatakan dia lahir sebagai Yahudi dan didikannya dari Rabi Gamaliel (Acts 22:3; 26:5). Beliau adalah warganegara kerajaan Rome.

Setelah sekian lama berada di Jerusalem, Paul bersunat kerana keinginannya untuk berkahwin dengan seorang wanita dari keluarga pendita Tinggi Yahudi. Mungkin setelah ditolak, kerana hukum orang Yahudi menolak perkahwinan dengan orang Goyim (orang asing), dia mulai memberontak dan menyerang hukum Yahudi yang berteraskan Taurat.

Paul telah mengarang beberapa surat untuk ke beberapa tempat yang menjadikan tempat itu sebagai saluran penyebarannya yang strategik yang sekarang terjumlah dalam New Testament (Perjanjian Baru). Ada 21 semuanya iaitu:

1) Romas                          8) 1 Thessalonians                     15) James
2) 1 Corinthins                  9) 2 Thessalonias                       16) 1 Peter
3) 2 Corinthians               10) 1 Timothy                             17) 2 Peter
4) Galatians                     11) 2 Timothy                             18) 1 John
5) Ephesians                    12) Titus                                     19) 2 John
6) Phillippians                  13) Philemon                               20) 3 John
7) Colossianas                 14) Hebrews                               21) Jude

Perjanjian Baru ada 26 di mana 21 (80.76%) daripadanya adalah hasil penulisan Paul. Cuma 5 (19.24%) sahaja adalah hasil daripada penulisan orang lain, kebanyakan pembantunya.

Paul mempunyai seorang murid yang amat dipercayainya iaitu Luke. Luke adalah salah seorang penulis Injil. Luke menulis Injilnya dengan memuatkan fikiran gurunya itu. Beliau telah menulis satu risalah : Acts, tetapi ini sebenarnya adalah riwayat hidup Paul. Manakala bagi Paul kisahnya tercatat dalam Matthew dan Mark adalah mengenai Jesus. Semuanya untuk menonjolkan  perbuatan Paul. Pada hakikatnya Paul dan Luke tidak pernah melihat Jesus. Selain daripada itu, Luke juga menjadi doktor yang dicintai oleh Paul. Luke memberi ganjaran kepada Paul kerana memuliakannya, oleh kerana itu, dia menjadi penyeru terbaik bagi fikiran Paul.

Rujuk halaman 108-109 dalam buku Islam-Kristian : Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.

No comments: