Thursday, April 10, 2014

Siapakah Barnabas

Nama asalnya Joseph The Levite, atau Joses The Levite. Hidupnya sezaman dengan St. Paul (di awal kurun pertama masehi). Hari feastnya pada 11 Jun. Beliau adalah seorang pendakwah Kristian yang gigih, dari bangsa Yahudi (Hellenized Jew) yang telah menjadi ahli gereja di Jerusalem selepas berlakunya peristiwa penyaliban Jesus. Beliau telah menjual hartanya untuk kebajikan masyarakat (Acts 4:36-37). Beliau adalah salah seorang yang menaja penubuhan gereja di Antioch di mana beliau menjadi tenaga pengajarnya (Acts, 4:11:19-20). Beliau menjemput Paul dari Tarsus sebagai pembantunya (Acts 11:25) dan menjalankan aktiviti mubaligh Kristian Acts 13-14). Pada tahun 48 M beliau ke Jerusalem. Selepas itu beliau bersama dengan Paul belayar menjalankan aktiviti dakwahnya ke Cyprus, Asia Kecil (Turkey) dan balik semula ke Antioch. Selepas itu beliau telah berpecah dengan Paul dan belayar ke Cyprus (Acts 15:39). Selepas itu tiada perkhabarannya, cuma beberapa tahun kemudiannya ada disebut dalam 1 Corinthians 9:6.

Surat Mengenai Barnabas:

Beberapa usaha St. Barnabas telah dapat dikesan : the Acts of Barnabas, the Epistle of Barnabas dan the Gospel of Barnabas. The Acts of Barnabas dijangkakan muncul pada KM 5 atau terkemudiannya. Ianya menceritakan tentang pengembaraan Barnabas dan kematian syahidnya. The Epistle of Barnabas, dijumpai dalam bentuk "Codex Sinaiticus". Ada 8 manuskrip yang tercatat dan satu versi Latin yang mengandungi bab 1-17 telah dijumpai dalam satu manuskrip. Sesetengah pakar berpendapat bahawa versi ini yang asal (ditulis dalam bahasa Greek kira-kira pada 130M) sebelum daripada "Dua Jalan" atau Pengajaran Mubaligh /Hawari (Teaching of the Apostle) itu ditambah (bab 18-21).

Versi asal ini ditulis dalam bahasa Greek oleh seorang yang mengenali dirinya sebagai seorang guru. Kandungannya tentang perjanjian penggunaan Old Testament oleh pemeluk Kristian. Penulis ini agak anti Yahudi dan katanya penulisan ini penting dan tidak akan difahami oleh Yahudi kecuali yang membaca dengan teliti mengenai Jesus. Di akhir penulisan itu pengarang membincangkan tentang jalan baik dan jahat.

Ada juga terdapat catatan mengenai Barnabas ini di Mesir manuskrip Bible pada kurun 4 M dan pernah juga wujudnya petikan tentang Barnabas di Alexandria oleh Presbyter Clement. Dokumen ini penting kerana apabila pihak gereja menghadapi kesulitan mentafsirkan kitab suci Yahudi (Jewish Scriptures) dan apabila wujudnya dua pandangan yang berbeza di antara Maririon yang Epistle yang berkemungkinan dari Alexandria mengambil jalan tengah dengan mencelah yang Old Testament itu betul, tetapi ini bukanlah secara jelas kerana masalah tafsirannya yang agak sukar. Contohnya bagi nombor 318 orang lelaki pada keluargaNabi Ibrahim (Genesis 14:14) dicatatnya TIH dalam Greek. Yang  bermakna (T=300 dan IH=18) dan menambah dalam Epistle of Barnabas 9:9, bermaksud "Tiada seorang pun yang belajar secara cemerlang dari ku, tetapi aku tahu anda menghargainya. Old Testament katanya banyak memberi kata-kata yang perlu difikirkan contohnya dalam Psalm 90:4, "Sebab matamu seribu tahun, sama seperti hari semalam, atau seperti suatu giliran jaga di waktu malam". Sebenarnya ini adalah bersamaan dengan apa yang tercatat dalam al-Qur'an, QS, As-Sajadah, 32:5 yang bermaksud:

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu (1) hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu (1000) tahun menurut perhitungan mu".

Mengenai Gospel of Barnabas, yang dipercayai ditulis pada 500 M, tetapi tidak dapat difahami dengan baik. Bagaimana pun ada versi yang didapati di Italy mengenainya dipercayaai di edit pada tahun 1907 oleh Londsdale dan Laura (M.Robert) Ragg, yang dipercayaai usaha mubaligh Kristian kira-kira di abad 13-16 M. Ianya dikatakan menekankan kepada hal etika.

Ini menampakkan selaras dengan Islam, seperti Psalm 9:4 di atas, Al-Qur'an ada menyebut yang 1000 tahun di dunia ini sama dengan 1 hari di akhirat? Begitulah juga tentang penekanan kepada etika ini, memang Islam ajarannya bertauhidkan Allah yang Satu dan semua etika ini baik untuk diri sendiri di dunia dan juga di akhirat. Allah berfirman dalam Al-Qur'an pada surah Ad-Dzaariyaat: 56 yang bermaksud: "Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadat kepada ku". Nabi Muhammad SAW juga pernah  bersabda bahawa "Aku diutuskan untuk membentuk budi pekerti yang mulia". Tegasnya di sini apa yang tercatat dalam Injil Barnabas ini banyak persamaannya dengan Al-Qur'an yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Mungkinlah Injil Barnabas ini sebenarnya seruan Nabi Isa a.s.

Rujuk halaman 112-114 dalam buku Satu Perhitungan :Islam-Kristian untuk lebih lanjut.

No comments: