Wednesday, September 11, 2013

Sejarah kitab Rig Veda (Rigved)

Kitab yang paling lama dan paling masyhur dan terpenting. Ianya juga meliputi empat Veda ini. Ianya mengandungi 1,017 buah nyanyian agama untuk tuhan-tuhan mereka. Di antara tuhan-tuhan yang masyhur disebutkan ialah tuhan Indra iaitu tuhan bagi segala tuhan, tuhan Agni iaitu tuhan api, tuhan Suriya (matahari) dan lain-lain lagi. Contoh nyanyian (Zikir) untuk Tuhan Indra:  

Dialah yang tertinggi dari segala-gala dan maha tinggi, Tuhan segala tuhan mempuyai kekuatan yang di atas di depan kekuasaannya yang maha perkasa, menggeletar bumi dan langit-langit yang tinggi. Wahai manusia, dengarlah gurindam ku, sesungguhnya dialah Indra Tuhan alam semesta.

Contoh nyanyian untuk tuhan api:
Ketika aku melihat makhluk yang terang ini di dalam hati ku. Kedua telinga ku berdengung. Kedua mata ku bergerak kebimbangan jiwa ku sesat di dalam keraguan. Jadi apakah yang aku kata dan apakah yang aku fikir? Hai Agni! Semua tuhan-tuhan memuja mu dengan ketakutan. Engkau tiada tenggelam dalam ketakutan.

Sehingga sekarang pun penganut-penganut Hindu terus menyanyikan lagu-lagu dari Rig Veda ini dalam sembahyang pagi dan petang, dalam majlis perkahwinan, biar pun ianya termaktub sejak kira-kira 5,000 tahun dahulu. (Edward Thomas: hal. 82).

Kitab yang paling suci di kalangan penganut agama Hindu ialah Rig Veda. Dalam Rig Veda buku 1 zikir (nyanyian) 164, ayat 46 ada menyebut bahawa "Sami-sami" Hindu yang paling bijak mengenali dan mengingati Tuhan yang satu dengan pelbagai nama. Ini juga agak sama dengan Al-Quran yang diketahui dalam Islam ada 99 nama, di antaranya yang paling lumrah ialah Allah.

Dalam Rig Veda buku 2, Zikir I menyatakan bahawa sifat Tuhan yang Maha Besar itu tidak kurang daripada 33 sifat. Contohnya Brahma yang dikenali dalam bahasa Arab ialah "Khaliq" yang bererti Yang Maha Mencipta. Ini tidak di bantah oleh pemeluk Islam; tetapi penganut Islam akan membantah keras kiranya Brahma (Khaliq) itu digambarkan dengan empat kepala dan empat tangan.

Sebab ia bererti bahawa Tuhan itu ada imej. Bahkan dalam Yajur veda bab 32, ayat 3 pun membantah akan fahaman sebegini. (sila rujuk Yajur Veda dibawah).

Satu lagi sifat Tuhan ialah Vishnu (Yang memelihara) yang sama ertinya dalam bahasa Arab (Rabb). Penganut Islam juga tidak membantah; tetapi akan membantahnya jika Tuhan yang bersifat Vishnu (Rabb) itu mempunyai 4 tangan dan tangan itu memegang Chakra dan Kulit Siput (Cronch) dan Dia pula menunggangg burung. Gambaran ini bertentangan dengan penganut Hindu sendiri (rujuk Yajur Veda bab 40, ayat 8 dan Rig Veda buku zikir 1 ayat 1).

Untuk lebih lanjut mengenai topik ini,  sila rujuk halaman 194-196 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.

No comments: