Tuesday, September 24, 2013

Kitab Bhavasha Purana

Kitab Bhavasha Purana (Prati sarang, part 3, Khand 3, Aday 3, Shaloka 5-8) pula dengan jelas menyebut bahawa seorang ketua agama akan muncul (dari negara asing dan bercakap dalam bahasa asing) dengan para sahabatnya dan namanya ialah Muhammad. Ia adalah sebaik-baik manusia (Parbatis nath).

Muhammad (Nabi Muhammad SAW) dimandikan oleh Raja Bho dengan air dari sungai Panchgavya dan Genges ( untuk membersihkan beliau sepanjang masa). Raja itu akan berkata kepada Muhammad yang bermaksud, "Kamulah sebaik-baik manusia, wahai penghuni tanah Arab kamu sudah kumpul satu kekuatan yang kuat untuk membunuh syaitan dan kamu dipelihara daripada musuh kamu".

Ini juga jelas dalam Al-Quran yang menyatakan di surah Al-Qalam, ayat 68:4 yang bermaksud; "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung", dan surah Al-Ahzab, 33:21 pula menjelaskan yang bermaksud, "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan ) Allah dan (balasan  baik) hari akhirat...."

Ketua agama itu (Muhammad) akan memusnahkan syaitan iaitu menghapuskan penyembahan berhala dan juga kejahatan lain. Beliau juga akan dilindungi daripada musuh-musuhnya.

Bagi mereka yang menentang  pernyataan di atas membantah dengan alasan bahawa Raja Bhoj hanya hidup 500 tahun selepas Nabi Muhammad. Ini sebenarnya satu kesilapan, sebab bukan seorang sahaja yang bernama Raja Bhoj. Malah sejarah telah membuktikan bahawa ada beberapa orang lagi raja Bhoj wujud sebelum raja Bhoj wujud sebelum raja Bhoj di atas itu. Orang Mesir memanggil rajanya Firaun, orang Rom memanggil rajanya Ceaser dan orang India pula memanggil rajanya Bhoj.

Nabi Muhammad, tidak dimandikan dengan air dari sungai Panchgayvya atau pun Ganges, sungai-sungai ini dianggap oleh penganut Hindu sebagai sungai suci yang airnya boleh menghapuskan dosa manusia. Apabila membasuh Nabi Muhammad dari sebarang dosa. Nabi Muhammad jadi "Maasom".

Dalam konteks Islam, sebelum Nabi Muhammad naik ke langit (peristiwa Mikraj), baginda telah disucikan lagi dengan air zam-zam.

Rujuk halaman 232-233 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.

No comments: