Dalam agama Hindu ada dua aliran kepercayaannya tentang tuhan ini. Pertamanya mereka percaya dengan keesaan Tuhan. Keduanya mereka percaya yang Tuhan ini banyak.
Apakah makna Tuhan dalam konteks kitab Hindu
Dalam kitab Brahma Sutra 1.1.2 maksudnya, "Tuhan ialah dari mana asal semua ini". Ini bermakna Tuhan adalah asal dengan sendiri dan tanpa-Nya, tiadalah makhluk ini. Ia-Nya tetap Esa. Rg. Veda. 1.164.46 ada menyebut yang bermaksud, "Tuhan Yang Maha Esa, para arif lagi bijaksana mengatakannya banyak (nama), Agni Yama, Matarisva. Ini bermakna biarpun Ianya Esa; tetapi namanya disebut banyak yang mana antaranya Agni Yama, Matarisva. Nama Tungga (Esa), Brahma (Brahma Sutra:1.1.1.) Ini juga hampir sama dengan Allah dalam Islam yang dikenali dengan 99 nama.
Wahyu Tuhan (DEVA VAK), di himpun dalam bentuk buku yang dikenali dengan nama kitab-kitab Veda dan ianya dianggap sebagai sumber bagi semua pengetahuan dan kerana itulah disebut dengan nama kitab Veda. Beriman kepada agama Hindu bermakna seseorang itu percayakan apa dalam kitab-kitab Veda tanpa ragu-ragu lagi. Lebih-lebih lagi perkara yang mencanggahinya, pasti tidak boleh. Dalam kitab Veda telah menyebut nama-nama Tuhan yang Esa. Brahma Sutra 1.1.3 ada menyebut yang bermaksud, "Hanya kitab suci cara yang baik (untuk mengenal Tuhan)". Mengenal Tuhan perlukan pengertian secara transendental (di luar batas pemikiran biasa).
Rujuk halaman 200-201 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dalam topik ini dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.
No comments:
Post a Comment