"Hindu" adalah perkataan Parsi bagi penghuni di satu kawasan di lembah Indus. Ini berdasarkan kepada pelbagai kitab dan yang sangat terkenal di antaranya ialah Veda yang membincangkan kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setakat ini tiada siapa yang mengetahui siapakah pengasasnya agama ini.
Agama ini adalah agama tauhid (percayakan tuhan) tetapi dari segi lain pula ianya percaya kepada pelbagai tuhan seperti kaum primitif lain di mana wujudnya kepercayaan dan penyembahan kepada roh ibu bapa dan lain-lainnya, terutama sekali ialah kepada lembu. Bagaimanapun mengikut catatan sejarah bahawa agama Hindu ini berkembang di kalangan kaum Brahman yang berkumpul pada abad ke-8 sebelum Masihi di mana golongan ini menubuhkan mazhab Brahman dan menyeru untuk penyembahan Brahma.
Di antara ajaran pentingnya ialah pemberian korban-korban mesti dilakukan di hadapan seorang Brahma untuk memberkatinya. Kiranya tiada korban, roh ibu bapanya yang mati akan lenyap dan akan hilanglah kebesaran keluarga berkenaan.
Agama Hindu kemudiannya menjadi lemah sebab ajaran Buddha mulai dan Jaina berkembang di India. Tetapi agama Hindu naik balik di India kerana adanya pembaharuan yang dikuatkan oleh syariat Manu yang menyusun agama ini dalam menentangi arus perkembangan agama Buddha dan Jaina.
Ini berlaku dalam kurun ketiga dan kedua sebelum Masihi. Syariat Manu telah mengalih perhatian daripada penumpuannya terhadap tuhan-tuhan kepada amalan-amalan agama, pemberian korban dan hal-hal yang zahir sahaja.
Di samping itu tuhan Brahma tidak lagi dianggap bersendirian, malah kepada semua makhluk, sama ada baik atau pun buruk, mengikut perjalanan nasibnya dan menerima sebahagian dari dosa dan penderitaannya, kelahiran dan perubahannya. Mengenai ini Manu berkata: Roh Maha Tinggi itu tinggal tetap dalam semulia-mulia makhluk dan sehina-hinanya".
No comments:
Post a Comment