Monday, September 2, 2013

Kisah Nabi Musa a.s. dengan Firaun

Kisah Nabi Musa dan perpindahan beramai-ramai kaum bani Israel kerana kekejaman Firaun ada wujudnya persamaan di antara catatan Bible dengan Al-Quran. Kedua-dua kitab ini menyebut bahawa Raja Firaun mati lemas ketika mengejar Nabi Musa dan kaum Bani Israel dalam laut. Bagaimanapun Al-Quran menyebut kisah ini dengan tepat sekali sebagai satu tanda keajaiban Al-Quran: Surah Yunus, 10: 92, menyebut yang bermaksud; "Maka pada hari ini, kami biarkan engkau (Wahai Firaun) terlepas dengan badan mu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan oleh laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakang mu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan kami!"

Dr. Maurice Bucaile telah mengkaji dan membuktikan bahawa Raja Ramese II yang dianggap zalim bagi kaum Bani Israel (mengikut Bible) adalah tidak benar, kerana katanya Raja tersebut mati semasa Nabi Musa berlindung di negeri Madyan. Raja Firaun yang mati ketika mengejar Nabi Musa a.s. itu ialah yang bernama Mineptah, iaitu anak Raja Rames II.  Pada tahun 1898 mayat Raja Mineptah telah dijumpai dalam keadaan mumia di lembah raja-raja Mesir. Pada tahun 1975, Dr. Maurice bersama dengan para pakar doktor lain memeriksa mayat Mumia Mineptah dan telah mengesahkan bahawa raja Mineptah itu memang mati lemas.

Dengan penemuan ini, telah membuktikan bahawa keajaiban Al-Quran (surah Yunus, 10:92) itu. Mayat (Mumia) raja Mineptah itu sekarang di simpan dibilik mumia Diraja di Muzium di Kaherah, Mesir. Dr. Maurice Bucaille yang beragama Kristian itu mengkaji Al-Quran, kemudiannya menulis buku yang bertajuk, "The Bible, The Quran and Science" telah mengaku dengan sesungguhnya bahawa Al-Quran ini datangnya dari Allah sendiri. Beliau kemudiannya memeluk Islam (1975) dan mengakui akan kehebatan Al-Quran ini.

Apakah dengan bukti sebegini Al-Quran masih dikatakan meniru Bible? Kesimpulannya: Al-Quran ialah kitab daripada Allah.

Dengan bukti-bukti di atas, ia menunjukkan bahawa Al-Quran ini adalah benar-benar kitab daripada Allah. Ianya adalah kata-kata Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Quran ini tidaklah ditiru daripada Bible. Ianya melengkapkan dan membetulkan lagi segala ajaran yang telah disampaikan oleh para rasul yang terdahulu yang telah diselewengkan oleh mereka yang mengingkari perintah Allah.

Al-Quran adalah sebagai Al-Furqan atau batu ujian atau kriteria yang menapis yang bertentangan dengan perintah Allah yang sebenarnya dan mana yang patut diikuti.

Untuk lebih memahami topik ini, sila rujuk halaman 173-174 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.

1 comment:

Boss said...

Assalamualaikum, ingin bertanya sekiranya saudara pernah terbaca atau terlihat. Ada sebuah koleksi buku yang berkisar tentang kisah Nabi Musa dan Firaun pada lewat tahun 1999 dan awal tahun 2000. Saya tidak berapa mengingati siapa penulisnya kerana pada ketika itu saya masih lagi kanak-kanak. Bukunya adalah hard cover, dalam BM dan BI, mempunyai beberapa jilid, mempunyai ilustrasi yang sangat menarik dan realistik. Penulisnya, gabungan suami isteri dimana isterinya seorang mat saleh mualaf. Saya sedang mencari buku ini. Sebarang petunjuk adalah amat-amat dihargai. Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh.