Thursday, September 19, 2013

Perhitungan

Perbezaan penting antara penganut Hindu dan penganut Islam ialah persepsi mereka tentang Tuhan. Umumnya penganut Hindu percaya falsafah Panteisme. Doktrin ini menganggap bahawa Tuhan ini adalah segala-galanya dan bersifat suci.  Ia menganggap bahawa Tuhan itu adalah segala-galanya dan bersifat suci. Ia menganggap bahawa pokok adalah Tuhan, bulan adalah Tuhan, monyet juga Tuhan, ular dan manusia juga adalah manifestasi Tuhan.

Bagi orang Muslim pula ia menerima hakikat bahawa dirinya dan juga alam sekitar adalah contoh-contoh ciptaan Allah dan bukannya bersifat ketuhanan. Segala apa yang ada di dunia ini, planet dan angkasa raya semuanya milik Allah s.w.t.

Bagaimana pun penganut Hindu yang memakai kitab suci mereka berkeras percaya dan menyembah kepada hanya satu Tuhan. Sifat Tuhan pula ialah Brahma bermaksud Pencipta atau 'Khaliq' dalam bahasa 'Arab. Di samping itu Tuhan dalam agama Hindu ini juga bersifat 'Vishnu' bermaksud pemilik atau dalam bahasa 'Arab disebut 'Rab'.

Bagaimanapun dalam kitab Rig Veda di atas ada menyebut bahawa Tuhan itu satu. Manakala Bhagwad Geeta (Kitab Hindu paling terkenal), Bab 7 versi 20 menyatakan bahawa mereka yang berfaham materialisme (kebendaan) akan menyembah Tuhan selain daripada yang Satu. Kitab Upanished, bab 6 bahagian 2 versi 1 'Ekam evaditiyam', bermaksud 'Dia (Tuhan) ialah Satu sahaja tidak ada yang kedua'. Manakala Upanished oleh S.Radhakrishnan, hal. 447 dan 448 ada menyebut Tuhan itu satu saja. 

Penganut Islam tidak akan menyangkal sekiranya Allah yang maha Kuasa disebut 'Khaliq' bermaksud Maha Pencipta atau 'Brahma' dalam agama Hindu, dan Pemilik dalam agama Hindu disebut 'Visnu' yang disebut dalam bahasa Arab itu 'Rab', tetapi penganut Islam akan terus menyangkal bila mana Tuhan yang Maha berkuasa itu digambarkan dengan mempunyai empat kepada atau Visnu itu mempunyai empat tangan. Bagaimanapun ini adalah bertentangan dengan apa yang disebut dalam Syetasvatara Upanishad 4:19 (kitab suci Hindu):

"Na tasya pratima asti" bermaksud: "Tiada yang sama dengan-Nya", maksudnya di sini ialah dengan Tuhan begitu juga dalam kitab suci mereka Rigveda 5:1:81, menyebut:yang Satu. 'Ma cid anyad vi sansata sakhayo ma rishanyata' bermaksud: "Wahai kawan-kawan, jangan menyembah sesiapa kecuali Dia, Tuhan yang Maha Esa. Puji-pujian hanya bagi-Nya sahaja".

Ini sebenarnya adalah bersamaan dengan Al-Quran surah Ikhlas, 112:4, yang bermaksud, "Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia". Al-Quran, surah Syura, 42:11 bermaksud, "Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengna Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat".

Rujuk halaman 209-210 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.

No comments: