Sunday, September 22, 2013

Agama Hindu ada meramalkan (meriwayatkan) akan lahirnya Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin benar yang perlu dipatuhi ajarannya.

Dalam kitab tua Hindu ada disebut Narashangsa. Dr.Ved Prakash Upaddhay telah menghuraikannya bahawa Narashangsa itu ialah Nabi Muhammad SAW yang akan lahir di suatu hari nanti. Ini terbukti dalam Rigveda 1:13:3, 1:18:9, 1:106:4,1:142:3, 2:3:2, 3:29:11, 5:5:2, 7:2:2, 10:64:3, 10:182:2 dan 19:70:2.

Di samping itu dalam kitab Mahabhharata, kitab Bhavasha Purana (Prati sarang, part 3, Khand3, Aday 3, Shaloka 5-8, 10-27) dan kitab Atharvaveda (buku ke 20, zikir 127), ada juga meramalkan yang Nabi Muhammad SAW akan lahir kemudian hari. Alasan membuktikan ramalan ini boleh diikuti dalam huraian berikutnya; terutama sekali tentang Narashangsa yang akan lahir itu Nabi Muhammad. Untuk keterangan lanjut yang mengikut Dr. Ved Prakash dan kitab Bhavasha Purana (Prati sarang, Khand 3, Aday 3, Shaloka 5-8) dan Mahabhharata adalah seperti mana berikut:

Dalam Kitab Rigveda (Penyelidikan Dr. Ved Prakash Upadday)

a) Narashangsa = Yang Terpuji =Muhammad SAW

Di mana-mana tempat dalam kitab Vedas, disebut juga nama Eelit. Dalam nota kaki pada salah satu daripada kitab Rigveda yang diterbitkan, Elit bermakna "Yang Terpuji". Muhammad adalah dalam bahasa 'Arab maknanya dalam bahasa Melayu ialah "Yang Terpuji". Maknanya Narashangsa dan Eelit adalah mempunyai erti yang sama, iaitu "Yang Terpuji".

Bhavasha Purana pula dengan jelas menyebut bahawa seorang Ketua agama akan muncul  (dari Negara asing dan bercakap dalam bahasa asing) dengan para sahabatnya dan namanya ialah Muhammad.

b) Tempat yang Narashangsa akan lahir adalah di kawasan padang pasir. Ini sudah tentu, buktinya jelas sekali. Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah pada tahun 570, ayahnya bernama Abdullah dan ibunya bernama Aminah. Mekah cuacanya panas, terletak di tengah padang pasir di negara 'Arab. Dalam Bhavasha Purana juga menyebut berasal dari tanah 'Arab,  manakala disebutnya "Marusthal" bererti padang pasir.

c) Kualiti Personaliti

Dalam Rigveda, dijelaskan bahawa Narashangsa yang akan lahir itu mempunyai personaliti yang cukup hebat. Ianya amat disayangi oleh ramai manusia. Stanley Lane Poole, menulis tentang Speeches of Muhammad (MacMillan, 1982) menjelaskan bahawa siapa yang melihatnya ia akan menghormatinya, siapa yang mendekatinya, akan menyayanginya, mereka akan mengatakan ia tidak pernah melihat orang seperti ini sebelum dan sesudahnya.

d) Wahyu (Revelation)

Dijelaskan juga bahawa Narashangsa akan mendapat pengetahuan secara Wahyu. Nabi Muhammad juga mendapat ajaran Islam adalah secara wahyu. Malah sesuatu perkara yang belum terjadi pun kiranya diwahyukan baginda akan tahu. Contohnya semasa berlakunya peperangan di antara kerajaan Parsi dan kerajaan Rom di mana kerajaan Rom telah kalah apabila dapat perkhabaran ini kepada Nabi Muhammad, baginda telah dapat wahyu dan menjelaskan bahawa kerajaan Rom akan menang peperangan beberapa tahun lagi. Didapati betul iaitu pada tahun 627 dalam peprangan Nineveh kerajaan Rom telah menang. Ini boleh dirujuk kepada Al-Quran surah Ar- Ruum, 30:2-4, bermaksud:

"Telah dikalahkan bangsa Rumawi. Di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang. Dalam beberapa tahun, Bagi Allah-urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan di hari itu (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman".

Sila rujuk halaman 212-214 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.

No comments: