Dalam Atharvaveda ada dinyatakan Tuhan akan memberikan Narashangsa sebanyak 10,000 ekor lembu. Dalam konteks masyarakat Hindu, lembu adalah binatang yang paling dihormati. Ini disebut dalam secara "metafora" di mana ianya melambangkan watak yang baik. Ini sebenarnya sesuai dengan peristiwa di mana Nabi Muhammad SAW bersama dengan pengikutnya seramai 10,000 orang dari kota Madinah memasuki kota Mekah. Masa itu bukan untuk peperangan dan tiada pun menumpahkan darah.
Secara lebih khusus dalam Atharvaveda Buku XX, Zikir 21, Ayat (peperangan Ahzab) dinyatakan bahawa Nabi dan para sahabat Baginda dapat mengalahkan 10,000 tentera musuh, tanpa pertumpahan darah.
Dalam zikir ini ada dua perkataan Sanskrit iaitu "Karo" dan "aprati ni bashayas". "Karo" bererti yang bersembahyang. Ini merujuk kepada Nabi Muhammad SAW. Manakala "aprati ni bashayas" pula bererti kekalahan yang dialami oleh musuh tanpa pertempuran. Di samping itu, apa yang dikatakan 10,000 tentera musuh adalah nampaknya merujuk kepada 10,000 tentera musuh yang mengepung Nabi dan para sahabatnya (bilangan tentera Nabi dan para sahabatnya itu cuma 3,000 orang sahaja).
Ini nampaknya sesuai benar dengan Al-Quran surah Ahzab, ayat 33:22 yang bermaksud;
"Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzab, berkatalah mereka: "Inilah yang telah dijanjikan kepada kami oleh Allah dan Rasul-Nya, dan benarlah apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya", dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat itu) tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah."
Selanjutnya kitab Veda ini (Atharvaveda Buku XX, Zikir 21) pada ayat 7 pula ada menjelaskan tentang penaklukan kota Mekah (Makkah) oleh Nabi Muhammad SAW telah diramalkan iaitu katanya seorang anak yatim yang terpuji dapat mengalahkan 20 orang raja dan 60,099 tentera.
Sebagaimana diketahui Nabi Muhammad SAW ialah seorang anak yatim. Ayahnya (Abdullah) telah meninggal dunia semasa Nabi Muhammad SAW (masih janin) masih dalam kandungan ibunya iaitu kira-kira 2 bulan. Apabila usianya 6 tahun, ibunya yang bernama Aminah telah pula meninggal duna dan dipelihara oleh datuknya dan datuknya itu wafat ketika Nabi Muhammad SAW berumur lapan tahun. Seterusnya bapa saudaranya, Abu Talib pula memeliharanya.
Sila rujuk halaman 217-218 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan
No comments:
Post a Comment