Al-Quran ada menyatakan dalam surah Ar-Ra'ad, ayat 13:38, yang bermaksud, "Dan demi sesungguhnya kami telah mengutuskan rasul-rasul sebelum Mu (nabi Muhammad SAW)..."
Dalam Al-Quran ada menyebut empat kitab sahaja yang diturunkan oleh Allah kepada para rasul-Nya iaitu:
a. Kitab Taurat di wahyu kepada Nabi Musa (a.s.)
b. Kitab Zabur di wahyu kepada Nabi Daud (a.s.)
c. Kitab Injil di wahyu kepada Nabi Isa (a.s.)
d. Kitab Al-Quran kepada Nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW.
Semua wahyu atau kitab-kitab itu untuk yang sekaum dengannya (nabi berkenaan: a, b dan c di atas) bagi masa itu sahaja.
Oleh kerana Al-Quran diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi terakhir, Allah telah menetapkan Al-Quran itu adalah untuk semua manusia di dunia dan bukannya untuk bangsa Arab yang sebangsa dan sezaman dengan Nabi Muhammad sahaja. Al-Quran adalah untuk sepanjang zaman. Ini dapat ditinjau pada beberapa ayat Al-Quran seperti berikut:
i. Surah Ibrahim, 14:1 yang bermaksud, "Alif, Lam, Raa. Ini ialah kitab (Al-Quran) kami turunkan dia kepada mu, supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita kufur kepada cahaya iman..."
ii. Surah Ibrahim, 14:2, yang bermaksud, (Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia, supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat.
iii. Surah Al-Baqarah, ayat 2:185, yang bermaksud, "Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah".
iv. Surah Az- Zumar, 39:41 yang bermaksud, "Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada mu (wahai Muhammad) kitab suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran (untuk menjadi panduan hidup) kepada umat manusia seluruhnya."
Berdasarkan apa yang dijelaskan di atas, terbuktilah bahawa ada kitab-kitab yang diturunkan di wahyu itu hanya kepada 4 orang Nabi sahaja dan untuk kaumnya sahaja serta untuk masanya sahaja; kecualilah Al-Quran untuk semua manusia yang memberi petunjuk kebenaran sepanjang zaman.
Biar pun dalam kitab-kitab suci dalam agama Hindu itu ada persamaannya dengan apa yang diramalkan bahawa akan lahirnya Nabi Muhammad SAW dan kandungan kitab-kitab itu ada yang membenarkan Al-Quran; tetapi kita tidak dapat katakan bahawa kitab-kitab Hindu itu dengan jelasnya adalah wahyu Allah. Dalam hadis-hadis yang sahih juga tidak ada disebut. Kalau pun ianya wahyu dari Tuhan (Allah) sebab Allah telah mengutuskan para rasul-Nya melebihi daripada yang di ketahui manusia. Ada pula hadis Nabi Muhammad SAW menyatakan Nabi dan rasul kira-kira 124, 000 orang; tetapi itu hanya untuk masa itu sahaja, bukan untuk sepanjang zaman seperti Al-Quran.
Satu perkara lagi yang perlu ditonjolkan di sini ialah tiada satu pun kitab asal agama terdahulu yang keka; terpelihara kesuciannya melainkan Al-Quran. Pada amnya, selain daripada Al-Quran, kitab-kitab suci agama lain telah ditokok tambah atau dikurangi. Ertinya telah wujudnya sedikit sebanyak perubahan daripada yang asal. Allah SWT sendiri memastikan Al-Quran itu terpelihara. Ini terbukti dalam Al-Quran, surah Al-Hijr, ayat 15:9 yang bermaksud, "Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan kamilah yang menjaganya".
Oleh itu, Al-Quran boleh diikuti sepanjang zaman. Ini adalah jaminan Allah.
Sila rujuk halaman 236-239 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.
No comments:
Post a Comment