Bagi Kristian, didapati banyak bukti yang mengatakan Nabi Muhammad akan lahir sebagai nabi yang terakhir melengkapkan ajaran daripada para nabi sebelumnya. Bukti-bukti ini dapat dikumpulkan sepertimana berikut:
Di dalam kitab Taurat, Allah s.w.t. telah berfirman kepada Nabi Musa: "Seorang nabi akan Ku bangkitkan untuk mereka di kalangan saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firmanKu dalam mulutnya, dan dia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya. Orang yang tidak mendengar segala firmanKu yang akan diucapkan oleh nabi itu demi namaKu, daripada akan Kutuntut pertanggungjawaban." (Deuteronomy 18:18-19).
Dalam konteks akan dibangkitkan nabi oleh Allah s.w.t. " di kalangan saudara mereka, seperti engkau ini;" adalah jelas dimaksudkan dengan Nabi Muhammad s.a.w., sebab Nabi Muhammad s.a.w. adalah saudara kepada Bani Israel kerana saudara Bani Israel ialah Bani Ismail sebab Ismail adalah saudara Nabi Ishak iaitu ayah Israel (Nabi Ya'kub). Kedua-duanya (Nabi Ishak dan Nabi Ismail) adalah daripada ayah yang sama; Nabi Ibrahim. Cuma emak mereka berlainan iaitu emak Nabi Ismail ialah Siti Hajar, manakala emak Nabi Ya'akub (Israel) ialah Siti Sarah. Mereka berdua itu dilahirkan Nabi Ya'akub di Palestin.
Selain itu tidak ada lagi nabi diutuskan Allah s.w.t. selepas Nabi Musa di kalangan saudara Bani Israel yang ciri-cirinya seperti Nabi Musa, selain daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ada pendapat mengatakan bahawa nabi yang akan diutus oleh Allah s.w.t. itu ialah Nabi Isa, bukannya Nabi Muhammad s.a.w. Pandangan ini salah kerana ia tidak memenuhi ciri-ciri seperti Nabi Musa.
- Nabi Isa dilahirkan dengan kuasa Allah s.w.t. tanpa ayah, tidak seperti Nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w. yang melalui proses ayah dan emak secara lazim.
- Nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w. wafat seperti biasa dan tidak sepertimana Nabi Isa
- Nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w. hidup dengan umur yang agak panjang, berbeza dengan Nabi Isa di mana umurnya ketika berlaku penyaliban itu cuma 34 tahun.
- Nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w. sama-sama berkahwin dan masing-masing mempunyai zuriat keturunan (lelaki dan perempuan), dan ini berbeza dengan Nabi Isa kerana tidak berkahwin dan ia cuma datang untuk mengakui syariat Nabi Musa tanpa membawa syariat baru.
- Nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja sebagai rasul tetapi juga sebagai pemimpin secara berkerajaan di zamannya, manakala Nabi Isa hanya sebagai rasul sahaja iaitu bagi mengakui syariat Nabi Musa sahaja.
- Dalam konteks ayat "Aku akan menaruh firmanKu dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya" di atas, Kebenarannya terserlah dalam ayat yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang berbunyi: "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan."
Untuk lebih penjelasan mengenai tajuk ini, sila rujuk halaman 181-183 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.
No comments:
Post a Comment