Masjid iktikaf ini dinamakan Masjid KAMI iaitu ringkasan daripada rangkai kata Kumpulan Aktifkan Masyarakat Islam. Ianya merupakan Tempat Asas bagi Markas gerakan yang berterasan falsafah, matlamat dan objektif sepertimana berikut:
Falsafah : Rumah Allah (Masjid) - Tempat Penyatuan Ummah.
Matlamat : Menjalankan Fardhu 'Ain dan Kifayah.
Objektif : Berpaksikan Fisabilillah - Berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegak, meninggi dan memperkembangkan penyebaran agama Islam.
Menyedari hakikat ini, seorang Hamba Allah telah berusaha dan bersedia mewakafkan tanahnya kira-kira 1.5 ekar untuk pembinaan masjid ini dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembinaan Islam-fardhu'Ain dan Kifayah dengan pendekatan terkini terutamanya penggunaan ICT (Komputer, Pusat WIFI setempat dll.)
Pemfokusanya kepada 4 aspek yang kini dikesani amat signifikan:
a) Perpaduan : Tanpa mengira status ideologi politik, sosial dan ekonomi
b) Aktiviti secara bersepadu : Kelas Tahfiz Profesional & Dakwah Islamiah, kuliah/ seminar, perpustakaan dan riadah.
c) Mengoptimakan Guna Tenaga Tempatan : Kerjasama AJK Masjid KAMI dengan Para ahli qariah dalam mengembelingkan secara usahasama kerja dalam bentuk pembinaan bangunan, pertanian dan ternakan yang memungkinkan pengwujudan industri kecil dan sederhana berasaskan pertanian di kampung ini.
d) Mengoptimakan Persekitaran secara kondusif : Pihak Masjid KAMI melalui aktiviti biro-bironya akan mewujudkan suasana kondusif semaksima yang mungkin dalam kepelbagaian konteks: Penekanan kepada Pendidikan, dalam MENEGAK, MENINGGIKAN MEMPERKEMBANGKAN ISLAM SEJAGAT.
Assalamualaikum,
Para Dermawan yang dihormati,
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa pembinaan MASJID KAMI memohon sumbangan dan derma ikhlas daripada YB/Y. Bhg /Y. Berusaha, Tan Sri/Pn.Sri, Dato'Sri / Datin Sri, Datok/Datin, Tuan/Puan, Muslimin dan Muslimat sekalian. Sumbangan boleh dibuat melalui AJK atau dikreditkan terus ke akaun Masjid di No. 0310-201-000-4261 , Bank Islam (M) Bhd atas nama Jawatankuasa Masjid Kami.
PEMBINAAN MASJID BARU "MASJID KAMI"
DI LOT 619,
KAMPUNG KUBANG BATANG,
17000 PASIR MAS,
KELANTAN.
![]() |
BROSUR MASJID KAMI |
![]() |
BROSUR MASJID KAMI |
![]() |
BROSUR MASJID KAMI |
TIGA AMALAN BAWA PAHALA BERKEKALAN
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud, "Apabila seorang mati, maka putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya."- (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad Mustika Hadis 3:312)
No comments:
Post a Comment