Skandal seks yang didedahkan oleh akhbar-akhbar tempatan juga amat mempengaruhi umat Kristian untuk memasuki Islam. Mereka tidak yakin dengan paderi. Mereka menganggap bahawa agama ini boleh dipermain-mainkan oleh golongan cerdik pandai Kristian yang selama ini amat dihormatinya. Persoalannya di sini ialah kelakuan ini bukan daripada seorang dua paderi, tetapi bilangannya amat ramai melibatkan ribuan orang. Ini yang dapat dikesani. Bagi yang tidak dapat dikesani sebelum ini atau semasa ini, entahlah. Dahsyat sekali, "Harapkan pagar, pagar makan padi".
Kisah-kisah yang menggemparkan dunia akhlak manusia terhormat di kalangan pemeluk agama Kristian sebenarnya terjadi. Mengikut tinjauan akhbar New York Times, berdasarkan maklumat rekod mahkamah, berita, dokumen gereja dan wawancara setakat 31.12.2001 didapati bahawa 4,268 orang awam telah membuat pengakuan terbuka kepada para paderi yang terlibat dalam skandal seks kanak-kanak. Malah, mengikutnya lagi seramai 1,205 orang paderi (1.8%) daripada jumlah keseluruhan paderi sepanjang tempoh 1950 hingga 2001 dituduh terbabit melakukan perbuatan itu.
Malah lebih separuh daripada mereka itu melakukan kepada lebih daripada seorang mangsa. Bagaimanapun mengikut Prof. William R Stayton, pakar penderaan " Bagi saya, apa yang dilaporkan hanya dalam jumlah kecil. Ini kerana sukar untuk kita mendapati gambaran sebenar. Saya pernah berdepan dengan kes penderaan seksual oleh paderi sejak sekian lama, tetapi hanya sebilangan kecil berani membuat laporan" (Berita Harian, 13.1.2003).
Sehubungan dengan ini, di Baltimore sahaja, sekurang-kurangnya 6.2% di Manchester (AS), 7.7% dan di Boston sebanyak 5.3%. Di samping itu 16% melakukan seks ke atas lima atau lebih mangsa. 80% daripada paderi itu dituduh melakukan liwat kepada lelaki. Kebanyakan daripada paderi itu dituduh mencabul budak remaja sahaja. Bagaimanapun 43% daripada para paderi itu melakukan kepada budak yang berusia 12 tahun dan yang lebih muda lagi. Kebanyakan daripada para paderi yang melakukannya itu adalah mereka yang telah ditahbiskan (dilantik secara rasmi). Sehubungan dengan ini wanita dan gadis remaja yang menjadi mangsa, takut atau enggan membuat laporan kerana khuatir dituduh merekelah yang sengaja minta dicabul atau dirogol.
Di samping itu, wujud juga berita yang menggemparkan di mana 34,000 atau 40% daripada biarawati (paderi wanita) di Amerika Syarikat diperkosa oleh rakan sejawatnya sendiri oleh paderi lelaki. Kajian ini telah dibuat di antaranya oleh seorang ahli psikologi University St. Louis, Prof. Madya John T Chibnall dengan penemuan yang tidak kurang perlu diberikan perhatian. Malah ada di antara biarawati mengaku bahawa ada paderi lelaki yang meramas buah dadanya dan menyebabkan ia tidak kembali ke gereja selama 18 tahun.
Rujuk halaman 141-142 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan. Dapatkan buku ini dengan Harga Promosi RM 20. Hubungi 09-747 7434 (Ahad hingga Jumaat).
HARGA PROMOSI RM 20 |
No comments:
Post a Comment