Thursday, August 1, 2013

Salasilah Agama Judaisme

Agama Judaisme berasal daripada kaum Yahudi iaitu keturunan Nabi Ibrahim melalui anaknya bersama Sarah iaitu Nabi Ishak yang telah melahirkan Nabi Ya'kub yang diberi gelaran sebagai Israel. Anak-anak Nabi Ya'kub seramai 12 orang pula dipanggil Bani Israel yang bermaksud anak-anak Israel. Anak-anak nabi Ya'akub itu mengikut Genensis 32:23, adalah seperti mana berikut:

Jacob (Ya'akub) mempunyai empat orang isteri iaitu yang pertama ialah Le'ah. Dengan Le'ah ini Nabi Ya'akub mempunyai enam orang anak iaitu Reuben, Semon, Levi, Judah, Is'sachar dan Ze'ulun. Isteri keduanya bernama Rachel. Dengan Rachek ini Nabi Ya'akub mempunyai dua orang anak iaitu Joseph (Yusof/Nabi Yusof) dan Bonyamin. Isteri ketiganya bernama Bilhah (asalnya pembantu rumah kepada isteri keduanya, Rachel). Dengan Bilhah ini lahirlah dua orang anak ialah Dan dan Naph'tali. Isteri keempatnya pula ialah Zilpah (pembantu rumah kepada isteri pertamanya, Le'ah). Dengan Le'ah ini lahirlah dua orang puteranya lagi iaitu Gad an Asher. Semua anak Nabi Ya'akub ini lelaki, berjumlah 12 orang. Perlu diberi penekanan di sini ialah Yahudi / Jew yang dikenali hari ini ialah keturunan daripada Judah iaitu anak Nabi Ya'akub atau cucu Nabi Ishak atau cicit Nabi Ibrahim.

Manakala anak Nabi  Ibrahim bersama Siti Hajar pula dikenali dengan Bani Israel. Salah seorang anak Ya'akub iaitu Nabi Yusof telah mendapat jawatan tertinggi di dalam pentadbiran kerajaan di Mesir. Maka mereka sekeluarga berpindah ke sana. Namun, setelah sekian lama di sana, raja yang menduduki takhta ketika itu merendah-rendahkan kedudukan Bani Israel sehingga menjadi satu kelompok kaum yang hina di Mesir. Mereka diperhamba dan dilayan dengan buruk dan kejam.

Nabi Musa a.s. telah diutus oleh Tuhan untuk membawa keluar kaum Bani Israel daripada penindasan Firaun. Selain itu, beliau menyampaikan ajaran Tuhan kepada Firaun, pembesar-pembesar dan seluruh rakyat Mesir. Maka, kaum Bani Israel memandang Nabi Musa sebagai pembawa agama Yahudi dan pendiri kaum Bani Israel. Pada kurun ke 14 s.m., Nabi Musa telah berjaya memimpin Bani Israel keluar dari Mesir dan menuju ke kawasan 'tanah yang dijanjikan', Kanaan. Nabi Musa wafat sebelum mereka sampai di sana. Perjuangan itu diteruskan oleh pemimpin-pemimpin Bani Israel yang cekap. Kemudian Nabi Daud menjadi pemimpin mereka dan menakluki Jeru salam pada kurun ke-10 s.m.  Nabi Daud kemudian diganti oleh Nabi Sulaiman dan pada zaman inilah Bani Israel mengalami zaman kegemilangan.

Rujuk halaman 108-109 untuk penjelasan lebih lanjut mengenai topik ini, silalah dapatkan buku ini --> Siri 2: Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan dengan Harga RM 20.


No comments: