Islam sebelum Nabi Muhammad s.a.w. sebenarnya bermula sejak Nabi Adam lagi. Sebenarnya Islam diseru oleh para rasul dan dibawa juga oleh para nabi yang ramainya sampai beribu orang. Ada diantara hadis Hadis yang mengatakan 124, 000 orang para nabi. Rasul 313 orang. Cuma yang disebut dalam al-Quran adalah seramai 25 orang rasul sahaja yang wajib diketahui iaitu Adam, Nuh, Idris, Shalih, Ibrahim, Hud, Lut, Yunus, Ismail, Ishak, Ya'kub, Yusuf, Ayyub, Shu'ib, Musa, Harun, Ilyasa', Zulkifli, Daud, Zakaria, Sulaiman, IIyas, Yahya, Isa dan Muhammad. Nabi Muhammad s.a.w. adalah yang terakhir. 5 daripadanya digelar ulu al-'azmi ( Yang mempunyai kecekalan hati). Mereka itu ialah Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad s.a.w. Semua ajaran para nabi dan rasul itu menumpukan kepada Tauhid (percayakan Tuhan itu satu), menyerah dan tunduk kepada-Nya dengan cara membuat apa yang diseru-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.
Tegasnya semua agama semenjak dari Nabi Adam dahulu sehingga kepada Nuh, Idris, Ibrahim , Ya'kub, Isa dan Nabi Muhammad s.a.w. semuanya berteraskan Tauhid (percayakanTuhan yang satu). Bagaimanapun, agama yang satu kemudiannya berpecah-belah. Allah s.w.t. sendiri telah berfirman dalam surah Yunus yang bermaksud:
" Manusia dahulunya hanyalah satu agama, kemudian mereka telah berselisih. Kalau tidaklah keranan suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhan mu dahulu. pastilah telah diberi keputusan di antara mereka tentang apa yang mereka perselisihkan itu." (Yunus "19)
Islam semasa kewujudan Nabi Muhammad s.a.w. ini adalah berbeza dengan agama Yahudi di mana agama Yahudi beriman kepada Nabi Musa tetapi tidak beriman kepada Nabi Isa. Manakala orang Kristian pula berimankan Nabi Isa dan Nabi Musa, tetapi tidak berimankan Nabi Muhammad SAW, sedangkan orang Islam pula berimankan Nabi Muhammad s.a.w., sedangkan orang Islam pula berimankan kepada semua nabi-nabi itu sebagai rasul-rasul Allah s.w.t. di mana Nabi Muhammad s.a.w. adalah sebagai nabi dan rasul yang terakhir yang menyempurnakan segala ajaran agama yang dibawa oleh semua nabi dan rasul sebelumnya. Bagaimanapun, semua pengikut para nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad itu adalah diakui sebagai orang Muslim. Matinya mereka adalah sebagai seorang Muslim masa itu.
Islam semasa Nabi Muhammad s.a.w. sebenarnya adalah sebagai kesinambungan daripada agama yang dibawa oleh para nabi dan rasul sebelumnya dengan dua aspek paling istimewa iaitu pertama, ia lengkap dengan selengkap-lengkapnya sebagaimana yang wujudnya dalam al-Quran, ada 114 surah; kedua ia tidak hanya untuk satu kaum sahaja sepertimana Islam para nabi dan rasul sebelumnya tetapi Islam semasa Nabi Muhammad s.a.w. ini adalah manusia sejagat. Untuk ini Tuhan berfirman dalam surah al-Anbia' bermaksud:
"Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." (Al-Anbia' :107)
No comments:
Post a Comment