Tuesday, July 30, 2013

Hakikat Kejadian Wanita

Setelah selesai Nabi Adam a.s. dijadikan Allah dan setelah ditiupkan roh ke dalam jasadnya, maka menjelmalah suatu perasaan di dalam hati kecil Adam. Perasaan itu ialah rasa sunyi berada seorang diri tanpa teman hidup. Adam a.s. pun berdoa agar Allah isikan kesunyian hatinya.

Lalu Allah ciptakan seorang lagi manusia yang berbeza jenis (jantina) sebagai pasangannya. Keadaan fizikal, watak dan sifatnya berbeza dengan Adam. Adam memanggilnya dengan nama HAWA.

Menurut riwayat hadis, bahawa Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Adam sendiri. Sabda Nabi SAW, maksudnya; "...baik-baiklah kamu berpesan (mendidik wanita), kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok. Kalau kamu lakukan (didik) secara kasar (paksaan), pasti mereka akan patah. Sbeliknya jika kamu biarkan (tidak mendidik), maka mereka akan terus membengkok. Kerana itu didiklah mereka secara lemah-lembut..." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Mengingatkan kejadian wanita daripada tulang rusuk yang bengkok dan mudah patah kalau berkasar, oleh itu memimpin dan mendidik wanita, ALlah dan RasulNya mengingatkan kepada kaum lelaki agar mendidik mereka dengan lemah lembut dan dengan penuh kasih sayang.

Firman Allah dalam surah An-Nisaa' yang bermaksud,

Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)" (An-Nisaa', 4:19).

Memandangkan kaum wanita itu lemah, maka Allah tidak membebankan mereka dengan hukum-hakam syariat yang berat-berat. Tidak seperti lelaki, mereka dipikulkan dengan tugas dan tanggungjawab yang berat sehingga melibatkan pengorbanan nyawa seperti berjihad dan sebagainya. Sedangkan kaum wanita sekiranya mereka telah bersyahadah, bersembahyang dan berpuasa, sudah memadai mereka telah dianggap menunaikan tanggungjawab dalam Islam.

Mereka tidak diberatkan supaya menyelesai lima perkara rukun Islam semuanya. Contohnya, seperti zakat dan haji, kalau tidak dikerjakan kerana tidak cukup syarat tidak dipersoalkan hatta mereka tidak diwajibkan sembahyang sembahyang dan berpuasa, sekiranya datang haid dan nifas. 

Sabda Nabi s.a.w. , maksudnya; "Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang wajib lima waktu, berpuasa Rmadhan, menjaga maruah dan mentaati suami, di akhirat ia diseru masuk ke dalam syurga mengikut pintu mana (pilihan) yang ia disukai" (Riwayat At Tabrani)

Dapatkan Buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan Dengan Segera
Harga Asal ---->RM 32                     
Harga Promosi ---->RM 20 (tidak termasuk postage)
Diskaun 37.5% 
Dapatkan segera dengan menghubungi 09-747 7434 (Isnin-Sabtu)

No comments: