Umar
Al-Khattab RA pernah menyebut, "Sesungguhnya kami merupakan kaum yang
Allah muliakan dengan Islam dan kami tidak memerlukan kemuliaan selain
daripadanya (Islam)." Punca dan faktor perpecahan yang berlaku ada
banyak.
Antaranya
adalah sunnatullah (ketentuan dan ketetapan Allah). Buktinya sabda Nabi
SAW, "Umatku akan berpecah menjadi 73 kelompok. Semuanya di dalam
neraka kecuali satu." Sahabat bertanya, "Siapakah dia (satu kelompok
yang terselamat) wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah, "Mereka adalah
orang-orang yang semisal dengan apa yang aku dan sahabatku berada di
atasnya pada hari ini." (Riwayat Abu Dawud No. 4596, Tirmidzi No. 2640,
Ibnu Majah No. 3991, Ahmad 2/332).
Dalam
riwayat lain, sabda Nabi SAW, "Sesungguhnya syaitan telah berasa bosan
(putus asa) untuk menjadikan mereka disembah di Tanah Arab, tetapi
syaitan akan memecahbelahkan di antara mereka." (riwayat Iman Muslim,
No. 2812 dari sahabat Jabir bin Abdillah RA)
Sabda Nabi SAW adalah benar dan pasti terjadi. Kita lihat masyarakat Arab hari ini benar-benar berpecah.
Sebab
itu kata Nabi dalam hadis, "Hampir sahaja umat ini (umat Islam )akan
diserang oleh golongan kuffar yang membenci Islam sama seperti orang
yang lapar menuju kepada pinggan yang dihidangi dengan makanan. Sahabat
Nabi bertanya, "Adakah kami pada ketika itu berada dalam kelompok yang
kecil sehingga kami diserang sedemikian rupa?"
Musuh
yang benci pada Islam pada hari ini tidak lagi menghormati sensitiviti
umat Islam, buktinya mereka tidak gerun untuk mengeluarkan filem seperti
Innocence of Muslim dan Fitna; mengeluarkan tulisan Irshad Manji;
menyebarkan perkataan-perkataan yang menjurus kepada liberah dan plural;
berani mengeluarkan tulisan Salman Rushdie dan sebagainya.
Allah
cabutkan perasaan gerun dan hormat mereka terhadap umat Islam setelah
umat Islamm diserang penyakit cintakan dunia, dan takut kepada kematian.
Ini adalah antara puncanya.
Kalau
kita hendak bercakap punca perselisihan umat Islam pada hari ini, punca
isu akidah, mazhab, perselisihan pendapat yang tidak ditangani dengan
adaabul ikhtilaf (adab dalam berselisih), perbezaan politik dan
sebagainya.
Perselisihan
politik pada hari ini sangat kronik sehingga sesetengah menjadikan
agama sebagai satu alat untuk mendapatkan sokongan, kuasa politik dan
seumpamanya. Ini tidak boleh, sebaliknya kepentingan agama perlu
didahulukan melebihi kepentingan politik.
No comments:
Post a Comment