Monday, August 12, 2013

Kaitan antara agama Zarathustra dengan agama lain

Mulanya ajaran Zarathustra ini dikenali dengan nama Gathas yang juga pernah disebut dalam Veda dan kitab-kitab Hindu yang lainnya. Sebaliknya Veda tidak pernah sebut dalam kitab Zarathustra. Ini mungkin dapat membuktikan yang kitab Zarathustra lebih lama daripada kitab-kitab Veda Hindu. Sesetengah ajaran Zarathustra wujud juga persamaannya dengan kitab Bible dan Al-Quran. 

Berikut adalah sebagai buktinya:
1. Ciptaan alam semesta ini dalam enam masa. Pertamanya; Ahur Mazda menciptakan langit kemudiannya air, tanah, tumbuhan, binatang dan akhirnya diciptakan manusia.
2. Manusia dilahirkan secara pasagan iaitu lelaki (Mashya) dan perempuan (Mashyana).
3. Tuhan khabarkan kepada Yim (Nabi Noh) yang ribut salji akan berlaku yang memusnahkan para pelaku kejahatan. Nabi Noh diperintahkan oleh-Nya supaya menyediakan ruang kecil untuk perlindungan dan setiap jenis pasangan binatang dan manusia. Mana yang tidak ada dalam perlindungan itu akan musnah.
4. Nabi Noh dikatakan Nabi pertama diberikan Tuhan undang-undang, tetapi tidak berjaya dilaksanakannya, kemudian Zarathustra melaksanakannya.
5. Seperti juga Jesus dan juga beberapa Nabi lainnya, Zarathustra pernah membayangkan akan datangnya seorang Nabi yang akan dikenali dengan 'Soeshyant' (Mengasihi dunia). Tugas utamanya ialah menyatukan manusia. Ia akan memandu dan membentuk kebaikan manusia.

Ada dua sumber penting dalam 'scriptures' orang Iran purba iaitu dikenali sebagai Dasatir dan Zend atau Zend Avesta. Setiap satunya terbahagi kepada dua pula. Bagi Dasatir ialah Khurda Dasatir dan Kalan Dasatir dan bagi Zend Avesta pula ialah Khurda Avesta dan Kalan Avesta yang juga dikenali dengan nama Zend atau Maha Zend.

Dalam sumber-sumber ini banyak ramalan ditonjolkan bahawa pengiktirafan Zarathustra terhadap Al-Quran, Nabi Muhammad dan para sahabatnya. Contohnya dalam Vendidad iaitu bab pertama dalam Zand Avesta, tercatat akan ada 'progeny' daripada Zarathustra yang akan lahir selepasnya, dikenali sebgai 'Astvat-ereta' atau 'Soeoshyant' (Pengasihani Dunia) yang akan mempertahankan ajaran Zarathustra, membunuh kejahatan, melenyapkan penyembahan patung (ternyata bahawa inilah apa yang dicatat dalam Al-Quran, ajaran Nabi Muhammad s.a.w. dan diteruskan oleh para sahabatnya).

Penjelasan lebih lanjut mengenai topik ini, sila rujuk halaman 124-126 buku ISLAM, PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN. Untuk mendapatkan buku ini sila hubungi 09-747 7434. (Isnin-Sabtu)



No comments: