Zarathustra dilahirkan kira-kira 630SM di Azerbaijan (dahulunya Wilayah Parsi, Iran). Mengikut legenda, setelah kelahirannya, Durasan, pemimpin kaum magi di Iran menggeletar ketakutan kerana mengetahui seorang putera telah lahir yang nanti akan dapat mengalahkan kekuatannya, membina berhala-halanya dan mengusirnya keluar dari Iran.
Durasan mengarahkan tiga orang pegawainya menculik Zarasthustra dan membawanya untuk dicampakkan ke dalam api tempat rumah ibadat mereka. Emaknya mencari beliau dan didapati dalam unggun api di rumah ibadat itu. Anehnya Zarasthustra tiada bahaya. Malah, sedang bermain dengan senang. Kemudiannya, Zarathustra diculik lagi diletakkan di tengah jalan sekelompok lembu, semoga ianya mati dipijak lembu.
Anehnya lembu tidak memijaknya, ianya diculik lagi dan dimasukkan ke kandang serigala. Anehnya juga serigala tidak dapat menangkapnya kerana kaki serigala itu terlekat di tanah yang dipijaknya. Zarathustra tidak diberi makan, tetapi datang dua ekor kambing menyusunya dalam kandang itu. Mengikut legenda lagi, kambing itu sebenarnya malaikat yang menyerupai kambing.
Ketika umurnya tujuh tahun, Zarathustra dihantar belajar kepada seorang tokoh ilmuwan masa itu yang bernama Burzinkurus. Lapan tahun belajar dalam pelbagai ilmu : agama, pertanian, perternakan, perubatan dan lain-lain lagi. Bila ia pulang ke rumah masa itu, Iran diserang oleh kaum Turan. Zarathustra melibatkan diri dalam pertahanan itu, oleh itu Iran selamat. Kemudian Iran diancam bahaya kelaparan, Zarathustra juga berperanan membantu orang miskin dan berpenyakit.
Ketika umurnya 40 tahun, beliau pergi bersendirian menyepi di Gunung Sabalan, dan berazam tidak akan pulang selagi tidak dapat petunjuk dari kuasa ghaib tentang kebijakan dan kebenaran yang dicarinya. Di kala itu, datanglah makhluk Vahu (Fikiran Baik) yang mana besarnya sembilan kali manusia biasa; membimbingnya menghadap Tuhan yang arif bijaksana (Ahura Mazda). Zarathustra diangkat menjadi utusan Athura Mazda untuk membimbing manusia ke jalan benar.
Zarathustra mengambil kesimpulan bahawa api iaitu cahaya melambangkan kebaikan dan gelap itu kejahatan. Keduanya tidak boleh bercampur. Kebaikan (Ahura Mazda) pasti menang bila bertembung dengan kejahatan (Angra Manyu).
Untuk lebih penjelasan lanjut mengenai topik ini, sila rujuk buku ISLAM, PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN di halaman 120-121. Bagi mendapatkan buku ini, sila hubungi 09-747 7434.
No comments:
Post a Comment