Thursday, August 15, 2013

Keraguan tentang konsep Triniti

Maksud Triniti ini ialah Tuhan itu wujud dalam Kesatuan: Tuhan Anak, Tuhan Ayah dan Roh Suci (Jibril). Triniti ini timbul sesudah Nabi Isa tiada. Sebelum Nabi Isa, ajaran para Nabi lain daripada Nabi Adam, Idris, Noh, Ibrahim, Daud, dan seterusnya Nabi Isa semuanya agama Tauhid yang mengakui keesaan Allah. Tidak timbul langsung konsep Triniti ini pada masa itu, tetapi ianya muncul selepas Nabi Isa, terutamanya ditonjolkan oleh Paul.

Timbulnya Triniti ini adalah berdasarkan pungutan suara dari tempat-tempat perkumpulan. Pungutan suara itu pula berasaskan ancaman untuk menambil jalan tengah. Maksudnya untuk menimbulkan keagungan, tidak menimbulkan kemarahan bagi mereka yang percayakan politheis (banyak tuhan) dan bukan pula tuhan berbilang banyaknya untuk tidak menimbulkan kemarahan bagi masyarakat yang percayakan monotheis (satu tuhan). Dengan ini ditimbulkan konsep Tiga dalam Satu atau Satu dalam Tiga.

Selanjutnya, kemunculan konsep Triniti dalam ajaran agama Kristian ini telah bermula selepas hampir 300 tahun 'kehilangan' Nabi Isa ataupun apa yang dikatakan 'Perisitwa Salib' oleh orang Kristian dan bukannya semasa zaman Nabi Isa. Kontroversi yang berlaku pada masa itu antara Arius yang mengutarakan doktrin bahawa Nabi Isa adalah manusia dan bukan Tuhan, sementara Anthanasius mengetengahkan doktrin yang Nabi Isa adalah anak Tuhan. 

Ini telah memaksa Maharaja Rome, Constantine, mengadakan satu perhimpunan iaitu Council of Nicea yang juga dihadiri oleh tokoh-tokoh Kristian pada tahun 325 Masihi. Pada perhimpunan itu, dia (Constantine) telah memutuskan bahawa Nabi Isa adalah anak Tuhan.

Pada tahun 451 Maihi, di Council of Chalcedon dengan persetujuan Pope, konsep Triniti diterima sebagai pegangan rasmi gereja dan sebarang penolakan dianggap sesat. Edward Gibbon dalam prakata buku History of Cristianity berkata: "Jika agama Kristian dilihat berjaya mengalahkan ajaran sesat, ajaran Kristian juga berjaya dipengaruhi oleh ajaran itu. Konsep ketuhanan yang suci yang dipegang oleh golongan Kristian yang awal telah diubah oleh Gereja Rom menjadi Dogma Tritunggal yang tidak masuk akal. Banyak falsafah sesat ciptaan orang-orang Mesir kuno yang dipuja oleh Plato diterima menjadi kepercayaan agama Kristian.

Seorang tokoh Kristian, Reverend William B. Chalfant berkata, yang bermaksud: "Kajian kami menunjukkan konsep Tritunggal berasal daripada falsafah sesat yang kemudiannya dimasukkan ke dalam ajaran Kristian.

Dapatkan buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan untuk lebih lanjut mengenai topik ini. Sila Rujuk halaman 145-147. 

Harga Promosi RM 20

No comments: