Penganut Judaisme mengamalkan kehidupan keagamaan sejak kecil lagi. Bayi lelaki akan disunat (Brit Milah ) iaitu membuang sebahagian kulit yang menutupi di kepala kemaluan. Majlis yang diamalkan Brit Milah ini diadakan pada hari kelapan selepas dilahirkan. Begitu juga dengan bayi perempuan namun majlis itu dinamakan Brit Hayyim atau Brit Bat. Apabila anak-anak ini mencapai usia 13 tahun, dia akan diraikan kerana menjadi anggota masyarakat Judaisme. Bagi kanak-kanak lelaki, majlis ini dinamakan Bar Mitzvah manakala bagi perempuan pula ialah Bat Mitzvah.
Majlis perkahwinan Judaisme dikenali sebagai Kiddushin. Majilis ini diadakan di bawah kanopi kahwin yang dipanggil Huppah. Penganut Judaisme akan mengadakan bacaan kaddish apabila ada kematian selama seminggu tanda kesedihan.
Kebanyakan penganut Judaisme mengikut peraturan Taurat dalam pemilihan makanan. Taurat melarang campuran susu dan daging. Daging babi juga tidak dibenarkan untuk dimakan. Daging-daging yang dimakan hendaklah disembelih dahulu oleh pihak Rabbi. Judaisme juga mengharamkan riba dan menganggap perkara itu berdosa tetapi dibenarkan dengan mereka yang bukan beragama Judaisme.
Pusat kemasyarakatan dan keagamaan penganut Judaisme ini dinamakan Sinagoga. Ia terdapat di mana-mana sahaja bangsa Yahudi berada. Bentuknya empat segi panjang. Di hujung sebelah timur terletak sebuah peti tabut di mana arah itulah mereka menghadap ketika bersembahyang. Manakala di hadapannya terdapat sebuah lampu yang sentiasa benyala. Di dalam peti tabut itu tersimpan lembaran-lembaran suci yang memuatkan hukum untuk Bani Israel. Sebuah mimbar yang dinakan 'Berna' disediakan untuk tempat membaca hukum-hukum dan dosa sembahyang. Di situlah penganut Judaisme membuat amal ibadat mereka. Selain mereka berdoa, bersembahyang pada hari Sabbat, Sinagoga digunakan sebagai sekolah.
Mereka juga mahir dalam hal-hal kagamaan Judaisme digelar Rabbi yang bermaksud 'tuan'. Dialah yang memimpin upacara ibadat berjemaah. Kohen pula adalah satu pangkat penghormatan yang mana berketurunan para iman dari rumah ibadat kuno di Jerusalem. Manakala Chazzan bermaksud 'pembaca' adala orang yang membaca pelajaran-pelajran dan doa-doa dengan suara yang indah.
Penganut agama ini sentiasa bersembahyang setiap hari. Sembahyang beramai-ramai sangat penting di dalam tradisi Judaisme. Bilangan, cara-cara dan tujuan semasa sembahyang bergantung kepada masa, hari dan cabang-cabang agama Judaisme. Puncak ibadat ialah apabila peti tabut dibuka dan kitab hukum itu diarak dengan hiasan-hiasan dan lampu-lampu. Seorang petugas mengeluarkannya dan dibawa mengelilingi Sinagoga. Setiap orang yang dilaluinya mestilah menghadapkan wajahnya ke arah benda suci itu lalu membongkokkan badan tanda menghormatinya dan sentiasa memandang ke mana ia dibawa.
Untuk lebih penjelasan lanjut mengenai topik ini, sila rujuk buku ISLAM, PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN di halaman 115-117. Bagi mendapatkan buku ini, sila hubungi 09-747 7434.
No comments:
Post a Comment