Sunday, August 18, 2013

Keraguan tentang apakah Nabi Isa yang disalibkan

Apabila mengikuti beberapa kitab suci Kristian, terdapat keraguan sama ada yang kena salib itu Nabi Isa atau pengkhianat kepada Nabi Isa iaitu Judas Iskariot. Pada malam sebelum terjadinya penyaliban itu, Luke, Mark dan Matthew meriwayatkan Isa beberapa baris doa Nabi Isa, manakala John pula menyatakan khutbah Isa sebanyak 6 halaman (John:14-17). Soalnya di sini perbezaan doa yang sedikit dan khutbah yang panjang. Bagaimanapun konsepnya bolehlah diterima bahawa Nabi Isa memohon pertolongan daripada Tuhan untuk menyelamatkan diri pada keesokannya.

Pertanyaan Nabi Isa kepada Judas: "Untuk itukah engkau datang?" (Matthew:26:50). Ini tidak disebut oleh Injil-injil lain. Celaan Nabi Isa kepada Judas pula hanya disebut dalam Luke (Luke, 22:48), tiada dalam Injil-Injil lain. Di samping itu, tentang pengikut-pengikut  Isa meminta izin daripada Nabi Isa untuk menyerang, hanya dalam Injil Luke sahaja yang menyebutnya (Luke 22:49). Begitu juga tentang perajurit: "Para perajurit datang mencari Jesus lengkap dengan tentera, suluh dan senjata" (John:28). Hanya John sahaja yang menyebutnya. Perajurit bertanya tentang Nabi Isa. Nabi Isa menjawab, "Akulah Dia" (John 18:5). Kenyataan, "Kemudian para perajurit mundur dan jatuh ke tanah." (John, 18:6). Ini hanya John sahaja yang menyebutnya.

Ketika para tentera menangkap Nabi Isa, "Matthew meriwayatkan bahawa semua murid (Isa) melarikan diri (Matthew 26:56). Jadi tiada siapa di antara para muridnya itu menyaksikan apakah benar Nabi Isa atau Judas yang hampir menyamai Nabi Isa dan yang mengkianati Nabi Isa itu disalibkan? Lagi pula "Penyaliban dilangsungkan pada jam tiga" (Mark 15:25), Di saat penyalibannya, kegelapan meliputi daerah itu sejak jam enam hingga jam sembilan." (Matthew, 27:45), (Mark, 15:33), (Luke, 23:44). Apakah masa itu telah ada perakam waktu iaitu jam? (entahlah, mungkin lagi dapat diragui-penyelidik)." Setelah kematian orang yang disalib, terjadi gempa bumi" (Matthew, 27:51). Hanya Matthew sahaja yang menyebut, Injil lain tidak menyebutnya. "Setelah kematian orang disalib, kubur-kubur terbuka dan ramai orang kudus yang telah meninggal bangkit." (Matthew, 27:52). Hanya Matthew sahaja yang menyebut, Injil lain tidak menyebutnya.

Persoalan yang ditimbulkan di sini yang menimbulkan keraguan dalam aspek penyaliban ini, di antaranya yang penting ialah sejauh manakah kesahihannya Nabi Isa ini disalib?Apakah mungkin peristiwa-peristiwa yang begitu penting seperti peristiwa:

a. Perajurit jatuh ke tanah, John sahaja yang menyebutnya.
b. Gempa bumi, hanya John sahaja yang menyebutnya.

c. Kubur terbuka, orang-orang kudus bangkit, Matthew sahaja yang menyebutnya.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai topik ini, dapatkan buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan (RM 20). Rujuk halaman 149-150. Hubungi 09-747 7434 (Ahad-Jumaat)


 

No comments: