Monday, October 21, 2013

Agama Jaina

Kira-kira tahun 599 SM, lahirlah seorang putera Diraja di Vesali, ibu kota negeri Mogadah, di bahagian Utara India. Putera ini dinamakan Vardhamana oleh ayahnya yang bernama Sreyama. Beliau dibesarkan dengan pembelajaran bercorak pahlawan, bermain senjata, menjinakkan dan menangkap haiwan liar. Semasa remajanya, seekor mengamuk, beliau dapat menangkap gajah itu. Ayahnya sungguh gembira. Beliau dinobatkan dengan gelaran Mahavira (Pahlawan besar). Sesungguhnya mereka ini adalah daripada golongan Kesateria yang memegang teraju politik dan pemerintahan.

Mahavera kemudiannya dihantar belajar agama Hindu dengan tokoh agama Hindu dari golongan Brahmin. Beliau tidak sukakan gurunya itu sebab megah dengan kasta Brahminnya yang menganggap dirinya melebihi daripada taraf raja-raja.

Tatkala umurnya 19 tahun dia berkahwin dengan seorang puteri yang jelita bernama Yosadha. Pada umurnya 28 tahun, ayahnya Sreyama mati dan tidak lama kemudian ibunya, Ratu Trisala mati. Ini amat menyedihkannya. Kematian orang tuanya itu adalah kerana berpuasa, iaitu satu kematian yang diangggap suci oleh agama Hindu.

Dengan kesedihan itu, di samping dalam jiwanya yang mahu berzuhud, beliau membawa diri dengan menukarkan pakaiannya sebagai pakaian tokoh agama-fakir. Dia bersumpah pada dirinya untuk tidak mengeluarkan sepatah kata pun selama 12 tahun.  Di sepanjang perjalanan itu beliau diberi makan oleh orang yang kasihankannya, manakala di hutan memakan buah-buahan hutan. Dia sering bersendirian di hutan-hutan, termenung dan berfikir tentang agama Hindu yang dianutinya. Beliau membuat kesimpulan bahawa banyak dalam agama Hindu itu telah diselewengkan. Lalu memikirkan ia jalan yang sepatutnya diikuti oleh bangsanya.

Dalam penggambaran itu di satu ketika ia berjumpa dengan seorang gembala kambing yang menyuruhnya menjaga kambing itu kerana hendak balik ke rumahnya makan dan berjanji akan membawa makanan untuk Mahavira. Mahavira mengangguk sahaja tanda setuju. Sepeninggalan gembala kambing itu balik ke rumahnya, tiba-tiba seekor serigala datang membunuh seekor kambing itu. Mahavira tidak berkesempatan menegahnya. Apabila gembala kambing itu datang, didapati kambingnya tiada seekor lalu dia bertanya pada Mahavira, tetapi Mahavira diam sahaja (sebab pantangnya belum habis). Gembala kambing itu memukul Mahavira yang tidak melawan hinggakan keluar darahnya. Gembala kambing cukup hairan mengapa orang ini tidak melawan dan tidak berkata-kata. Mahavira terus berlalu dari situ. Gembala kambing itu insaf bahawa manusia ini tentu orang yang paling suci. Lantas ia mengejar dari belakang menjumpai Mahavira dan memohon maaf. Mahavira angguk sahaja tanda bersetuju. Peristiwa ini menyebabkan Mahavira berfikir bahawa kerendahan diri lebih kuat daripada marah.

Selepas pantangnya 12 tahun itu dia terus mengembara mengajar ajaran baru bagi membetulkan agama Hindu mengikut persepsinya di serata tempat. Beliau tidak kembali ke istana asalnya, malah terus mengembara dalam pengajarannya, sehinggalah ia mati pada umurnya 70 tahun (527 SM).

Para pengikut Jaina ini dikatakan ada mempunyai 5 martabatnya. Martabat satu, dua dan tiga sudah dilahirkan. Martabat empat peringkat pengembaraan mencari ilmu kebenaran dan peringkat ke lima ialah martabat mursyid (Tirthankara).

Rujuk halaman 310-312 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.

No comments: