Pendekatan Islam dalam permasalahan dunia ialah dengan menekankan kepada peningkatan "keagamaan homo" semula jadi manusia, iaitu bentuk asas fitrah. Etika Islam bermula dengan pengenalan tujuan Tuhan menciptakan manusia. QS, 51:56 yang bermaksud, "Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadat kepada-Ku". Sudah terbukti dengan berdasarkan fakta, Tuhan mencipta manusia sebagai makhluk yang terbaik daripada makhluk yang lain untuk menjadi khalifah kepada sekalian makhluk- satu istilah yang menandakan pengawasan manusia ke atas bumi kesan daripada kejadiannya di bawah bayangan Tuhan- selagi manusia hidup di muka bumi ini dengan kesukarannya sebagai percubaan untuk mencari nikmat-Nya menerusi perlakuan dan tindakan mereka.
Perkataan takdir "Islam" adalah kata kerja, di mana menjadi satu perkara kepada seseorang Muslim mengikut dan mengerjakan perintah Tuhan. Ianya sudah tentu mustahil dalam kesedaran keagamaan penganut Buddha, sebagai seteriologi negatif fahaman Buddha yang berpegang kepada pengasingan keinginan kepada dunia dengan melakukan meditasi sebagai langkah utama untuk mencapai jalan "kesedaran". Islam menganjurkan bahawa, badan dengan belaian rasa kemesraan adalah penting untuk hidup dan menyediakan disiplin untuk mengerjakan suruhan Tuhan dan mengelakkan gangguan syaitan. Ini dapat dilakukan dengan keupayaan untuk membezakan yang mana benar dan yang mana salah.
Dengan menjadikan kebahagiaan, Tuhan sebagai objektif kehidupan manusia yang elok, Islam telah melengkapkan piawaian moral yang tinggi. Ini adalah sempadan untuk menyediakan tempat yang terhad kepada evolusi moral kemanusiaan. Lagipun, Islam adalah satu-satunya agama di dunia ini menggesa manusia untuk bekerja dengan gigih untuk mendapatkan kebaikan di dunia, dan pada masa yang sama juga menggesa setiap manusia tidak melupakan tanggungjawabnya kepada pencipta-Nya. Kesengsaraan dan kebahagiaan di dunia ini dilihat seperti dua permukaan syiling yang sama, dua perkara ini adalah datang daripada Tuhan sebagai ujian kepada manusia, sebagaimana telah dijelaskan dalam Quran: Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepada-mu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (2:155).
Secara perbandingan kepada pendekatan yang telah dilakukan dalam Islam, fahaman Buddha adalah pada zahirnya untuk meletakkan pengakhiran kitaran terakhir kelahiran, di mana mereka melihat Pencipta sebagai pengakhiran penderitaan dan kesengsaraan di kalangan manusia dan kehidupan yang lain. Bagaimanapun, rasional penganut fahaman Buddha mengenai kesengsaraan dan penderitaan menahan keinginan dilihat lebih kepada pendekatan psikologi. Keinginan hanya satu aspek daripada pembawaan manusia yang semula jadi, seseorang akan sentiasa berkeinginan untuk menjadi yang terbaik, tetapi jika keinginan tersebut tidak dapat dipenuhi, seseorang itu tidak dapat dipenuhi. Ini juga boleh dirujuk kepada Ibn Rushd, ataupun lebih dikenali sebagai Averroes di dunia Barat, yang berkata bahawa kebahagiaan sebenar untuk manusia dipastikan akan dapat dicapai menerusi mental dan psikologi yang sihat.
Rujuk halaman 289-291 dalam buku Islam , Pelbagai Agama dan Kepercayaan untuk lebih lanjut mengenai topik ini.
No comments:
Post a Comment