Thursday, October 3, 2013

Mengapa orang Islam menyembah Kaabah, sedangkan Islam melarang penyembahan berhala?

Islam TIDAK sekali-kali menyembah Kaabah. Cuma Kaabah itu sebagai arah tuju atau kiblat ketika sembahyang untuk seluruh umat Islam di dunia ini. Ini boleh mengkhususkan atau lebih fokus terhadap Allah. Di dalam sembahyang  ini umat Islam tidak memohon kepada Kaabah; tetapi memohon Allah SWT. Orang Islam bertawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Setiap kali mengelilingi Kaabah adalah di tengah-tengah. Pusingan itu bermula di tempat tertentu dan mulai beredar dari kiri ke kanan ( arah yang bertentangan dengan arah pusingan jam). Pusingan ini samalah dengan peredaran bumi di mana arah pusingannya adalah sama sepertimana mengikut arah yang bertentangan dengan pusingan jam. Dlam konteks bahasa 'Arab iaitu bahasa Al-Quran, konsep tujuh itu membawa pengertian yang banyak. Ini bermakna bahawa walau sebanyak mana sekali pun amalan manusia ini di dunia, tumpuannya mestilah berpusat kepada satu sahaja iaitu Allah SWT.

Pada peringkat awalnya, pelaung pernah melaungkan azan (menyeru umat Islam untuk bersolat) sambil berdiri di atas Kaabah. Kiranya orang Islam menyembah Kaabah sudah tentu tidak ada siapa yang berani berdiri di atas Kaabah itu. Sebagaimana juga orang Hindu yang menyembah berhala (Tuhan) atau penganut Buddha yang menyembah patung Buddha, ianya tidak sekali-kali memijak kepala patung Buddha itu.

Sehubungan dengan ini seorang sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Omar bin Al Khatab  (RA) pernah berkata bermaksud; "Wahai Kaabah aku tahu kamu ialah batu sahaja dan tidak boleh bagi manfaat atau mudarat. Jika aku tidak melihat Baginfa (SAW) menyentuh atau mengucup kamu maka seudah pasti aku tidak berbuat demikian.

Sila rujuk halaman 254 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.

No comments: