Sikap beralah tidak mahu menyinggung atau membunuh adalah satu sikap yang diamalkan oleh para pengikut agama Jaina ini menyebabkan ianya agak mengalah kepada agama Hindu di mana ianya mengakui tuhan-tuhan Hindu; kecuali yang tiga (Brahman, Vishnu dan Siva). Biarpun begitu ianya tidaklah sampai ke martabat penyembahan tuhan-tuhan Hindu sepertimana pemeluk agama Hindu sendiri.
Dalam konteks kepercayaan kepada tuhan ini sebenarnya wujud satu kekosongan di kalangan para pengikut agama Jaina ini, kerana Mahavira sendiri tidak menjelaskan wujudnya tuhan bagi menyempurnakan ajarannya. Hasil daripada kekosongan ini para pengikut Mahavira sebagai tuhan. Malah semua Jaina yang 24 itu dianggapnya tuhan. Dengan ini ianya agak mirip kepada agama Hindu yang mempercayai wujudnya berbagai-bagai tuhan yang bilangannya ramai.
Jadi, satu perhitungan perlu dibuat di sini bahawa wujudnya persamaan di antara agama ini dengan Islam tentang kepercayaannya kepada roh dan dosa pahala atas apa yang dilakukan oleh tuannya. Biarpun begitu cara dosa dan pahala ini Islam dan Jaina agak berselisih.
Karma dan Pengembalian Semula
Agama Jaina juga menyebut Karma seperti Hindu; tetapi maksudnya agak berbeza. Bagi agama Hindu Karma ini suatu yang wujud bukan bersifat di mana tugasnya ialah sebagai pembalasan terhadap amalan seseorang manusia dalam hidupnya.
Agama Jaina pula menyatakan Karma ini wujud bersifat fizikal yang bercampur dengan roh di mana roh itu adalah dalam taklukan Karma. Di samping itu, mengikut Jaina lagi bahawa roh akan dapat melepaskan diri dari Karma dengan amalan yang baik, roh itu berterusan kembalinya ke dalam jasad hidup dan mati, sehinggalah suci dan tiada lagi berkeinginan kenikmatan dunia, barulah berhenti pusingan dan keluar daripada taklukan karma itu, teruslah ke tahap kenikmatan abadi yang dikenali sebagai "Penyelamat" dan sama dengan agama Hindu " Pembebasan Mutlak" dan bagai agama Buddha adalah "Nirwana".
Baik-Jahat dan pembalasannya
Baik dan Jahat dalam agama Jaina ini ada pembalasan tertentu. Kebaikan yang penting baginya ialah kebajikan seperti memberi makanan kepada orang-orang miskin dan menolong orang-orang yang berhajat terutama berkaitan dengan para pendeta Jaina. Pembalasan terhadap kebaikan itu sebahagiannya berlaku dalam kehidupan manusia semasa hayatnya seperti berkat, kekayaan, kesihatan dan sebagainya; manakala sebahagiannya masa hidup akan datang.
Kejahatan pula yang paling utama ialah pencerobohan terhadap kehidupan, kekerasan dan penindasan. Balasannya seperti kesusahan semasa hayatnya dan sebahagiannya pengembalian rohnya ke dalam tubuh orang-orang yang merana atau bentuk-bentuk binatang yang rendah martabatnya.
Untuk mendapat pembalasan ke tahap "Penyelamat" amatlah susah. Ianya terlepas daripada pengulangan kelahiran dan maut dan kenikmatan yang abadi.
Telanjang dan kematian suci
Pengikut agama Jaina berpendapat bahawa perasaan malu berkait rapat dengan dosa. Sebaliknya tiada perasaan malu menggambarkan tidak berdosa. Selagi ada sifat malu, selagi itulah ianya tidak mencapai ke tahap "Musyka" (penyelamat). Oleh itu setiap pengikut terutamanya di tahap para pendeta yang hidup dengan bersih dari dosa, hidup mereka bertelanjang di mana anggapannya langit dan udara itu adalah pakaiannya mereka.
Dalam konteks kematian suci pula ialah secara berpuasa di mana kematian kerananya adalah dianggap paling suci. Para pendeta agama Jaina sama ada lelaki atau perempuan sangat tidak mementingkan makanan, sering pula mendedahkan fizikalnya mengharungi suasana dan tabii alam yang ganas ini sehingga mati. Malah bunuh diri secara berlapar adalah tersebar di kalangan para pendeta Jaina masa lampau.
Mahavira meninggalkan kira-kira 14,000 pelajarnya yang setia meneruskan ajarannya yang kemudian dibukukan dan dinamakan Agama bererti peraturan-peraturan. Ajaran Mahavira ini dikatakan bukanlah diciptakan olehnya tetapi adalah sebagai lanjutan daripada 24 orang Jina (bermakna "penakluk") sebelumnya. Lantaran itulah agama ini menamakan Jaina yang bermaksud, agama para Jina. Jika Jina yang pertamanya ialah Risyabha dikatakan lahir ke dunia ini beberapa juta tahun dahulu lagi, tetapi Jaina yang akhirnya ialah Mahavira. Ajaran ini juga bukanlah untuk manusia tetapi juga untuk binatang dan tumbuh-tumbuhan. Ada juga berpendapat bahawa agama ini dikenali dengan nama Jaina bererti gagah perkasa kerana pengasasnya mengongkong hawa nafsu dan menundukkan keinginan mereka yang bersifat kebendaan.
Rujuk halaman 316-318 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan untuk lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment