Bagaimana pun ajaran Buddha ini kemudiannya bercampur aduk dengan agama Hindu yang begitu lama bertapak di india. Hindu percayakan banyak Tuhan: dewa-dewa itu tuhan, pokok, malah ular pun jelmaan tuhan (tetapi kepercayaan Hindu sebenarnya mengakui ada satu Tuhan agung). Kini ada pengikut Buddha ini membina patung Buddha dan ada pula yang menganggapnya sebagai tuhan (Prof. Dr. Ahmad Shalaby:135). Lantas dengan ini pengikut ajaran Buddha kemudiannya menganggap penyembahan itu sebagai peraturan biasa sebagai satu agama. Perbezaan ketaranya dengan agama Hindu ialah agama Buddha tidak wujud kasta, tetapi agama Hindu tetap wujud kasta. Ajaran Buddha ini kian pupus di India, tetapi terus berkembang di luar India, khususnya di negara Thailand, Laos, China dan Jepun.
Buddha sebenarnya telah meramalkan bahawa akan wujudnya seorang "Maitreya" (baik dan murah hati). Ramalan ini dapat diikuti sepertimana berikut:
1. Dari segi nama "Maitreya"
i. Dalam Chakkavantti Sinhnad Suttanta D. 111, 76, menyatakan yang bermaksud, "Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama "Maitreya". Maitreya ini ialah seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan sebarkan risalah ini ke seluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang Agung ini daripada awal hingga ke akhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan memperkenalkan satu cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih ramai daripada pengikut aku Buddha".
ii. Dalam buku "Secred Books of the East, Jilid 35, halaman 225 ada menyebut yang bermaksud, "Aku bukanlah satu-satunya Buddha sahaja. Selepas aku akan lahir seorang Buddha lagi yang dikenali dengan nama Maitreya. Dia akan memiliki banyak sifat-sifat yang mulia dan utama. Kalau anak murid aku beratus-ratus anak murid Maitreya tersebut beribu-ribu".
iii. Ramalan selanjutnya ialah tentang Maitreya dalam kitab Agama Buddha oleh Carus, halaman 217 dan 218 negara Ceylon (Sri Lanka) yang maksudnya, "Ananda (Anak murid Buddha) bertanya kepada Buddha," Siapakah akan mengajar kita semua selepas kamu meninggal dunia?"
Ini dijawab oleh Gautama Buddha yang bermaksud, "Saya bukanlah Buddha yang pertama atau yang akhir yang didatangkan ke dunia ini. Selepas aku seorang Buddha lagi akan dihantar ke dunia ini. Dialah seorang yang kudus atau suci, yang mempunyai kesedaran yang tinggi, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, mempunyai akhlak yang baik, yang mengenali alam ini, pemimpin manusia yang bijaksana, yang dikasihi oleh malaikat dan makhluk lain. Dia akan mengajar kepada kamu semua satu agama atau kebenaran yang kekal abadi serta terpuji. Agama yang diajar oleh Buddha ini akan menjadi satu cara hidup yang sempurna dan suci. Kalau anak murid aku beratus-ratus tetapi anak murid Buddha ini ialah beribu-ribu".
Ananda terus bertanya lagi dengan soalan yang bermaksud, "Bagaimana kami hendak mengenali Buddha ini?" Jawab Buddha, "Dia akan dikenali dengan gelaran Maitreya".
Bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut, sila rujuk halaman 298-300 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.
No comments:
Post a Comment