Apakah sikap Buddha terhadap peperangan? Pengikut fahaman Buddha akan mengatakan tiada contoh bahawa Buddha memuji perang, menggalakkan peperangan atau dia sendiri terlibat dalam peperangan. Oleh kerana itu, mereka mengatakan, Buddha adalah manusia yang mencintai keamanan.
Dalam pada itu, para penganut fahaman Buddha yang tidak prihatin dengan keadaan yang berlaku di sekitar sejarah orang-orang Muslim akan bersama dengan para Orientalis dengan mengatakan Islam adalah agama yang terhasil dari mata pedang dan dipisahkan dengan pedang. Dalam pada itu, adalah luar biasa persamaan apa yang dituntut oleh penganut fahaman Buddha terhadap Buddha dan apa yang dituntut oleh orang Kristian sendiri terhadap Nabi Isa, "selamat kepada mereka yang memberi keamanan". Walaupun fahaman pasifisme sudah jelas kepada perkataan yang menerangkan mengenai Buddha, ianya tidak dapat menghalang sokongan fahaman Buddha untuk terlibat dalam peperangan dan penaklukan. Teks fahaman Buddha penganut Buddha Sri Lanka, Mahavasma, banyak mencatatkan babak sejarah yang menerangkan penglibatan Raja-Raja Dinasti penganut Buddha Sri Lanka dalam pelbagai peperangan dan penaklukan.
Islam tidak menggalakkan peperangan, dan orang-orang Islam juga tidak melakukan sebagai tindak balas apabila orang-orang Muslim diserang. Kelengkapan tentera ini datangnya dari perasaan kasih sayang. Sebelum kedatangan Nabi, bangsa Arab hidup secara berpuak-puak dan tidak terletak di bawah sistem undang-undang yang dikuatkuasakan dari kuasa yang sah. Mereka tidak mempunyai mekanisme untuk menyelesaikan pertikaian, yang selalunya mengundang permusuhan dan ini telah berlangsung untuk beberapa generasi. Nabi Muhammad SAW telah menyatukan puak-puak menjadi satu kaum supaya tidak ada lagi permusuhan dan keganasan, seperti yang disebut dalam al-Quran, "dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepada mu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hati mu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara, dan kamu telah berada di tepi jurang mereka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada mu, agar kamu mendapat petunjuk". (Quran, 3:103). Sudah jelas bahawa Islam bukan agama yang mempunyai fahaman pasif yang ekstrem, tetapi ia adalah agama yang pragmatik. Islam hanya membenarkan tindakan jika ada situasai yang memerlukan orang-orang Islam bertindak.
Sedang penganut fahaman Buddha yang menyokong maruah mereka dalam kepercayaan kepada"tidak melakukan keganasan", kitab suci mereka tidak memberi yang kukuh; tidak seperti mana al-Quran.
Rujuk halaman 292-294 dalam buku ISLAM, PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN.
No comments:
Post a Comment