Kebudayaan Jepun sebagian besarnya dipengaruhi oleh kebudayaan Cina. Ianya mengalir melalui semenanjung Korea. Negara Jepun baru dikenali oleh dunia luar kira-kira 2,600 tahun dahulu. Semasa Kublai Khan memerintah negeri Cina, Kublai Khai pernah menghantarkan tenteranya ke Jepun, tetapi tentera ini ditenggelamkan oleh Kamikaze atau angin Tuhan. Sehingga sekarang orang Jepun memakai tulisan yang berasal daripada negeri Cina (Kanji atau Hon-ji). Biar pun begitu kemudiannya mereka mencipta tulisan sendiri yang dikenali dengan nama Katakana dan Hiragana, tetapi ianya tidak berkembang sepopular tulisan Hon-ji itu.
Agama asal orang Jepun juga mempunyai ciri yang sama dengan agama di Cina yang berteraskan pemujaan roh-roh alam dan roh-roh nenek-moyang mereka. Nama asalnya mi-no-michi yang bererti "Jalan Tuhan". Syinto adalah cantuman daripada kata "Shen" yang bermakna "roh baik" dan "Tao" bermakna "Jalan". Jadi syaitan sama dengan mi-no-michi yang bermaksud "Jalan Tuhan", secara pemujaan roh-roh itu.
Kira-kira 1300 tahun dahulu raja Korea yang beragama Buddha mengirim satu patung Buddha yang diperbuat daripada emas tulen dan beberapa buah kitab suci agama Buddha kepada raja Jepun yang bernama Mikado yang kemudiannya telah mendirikan sebuah rumah khas bagi menempatkan patung dan kitab-kitab itu. Ketika rumah berhala itu didirikan oleh Mikado, beberapa orang sami Buddha dikirimkan ke Jepun untuk mengajar ajaran Buddha di Jepun. Bagaimanapun ajaran ini agak menyeleweng daripada ajaran sebenar Buddha di mana Buddha yang diajarkan di India dahulu dari Tibet (pinggiran pergunungan Himalaya), coraknya sederhana dan anti menyembah patung; tetapi sampai di Jepun dalam bentuk kemegahan dan bentuk penyembahan berhala iaitu dirinya (Buddha).
Sila rujuk halaman 323-324 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan untuk lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment