Wednesday, October 9, 2013

Soteriologi Penganut Buddha

"Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang rugi". (QS,Al-Imraan:85)

Dalam soteriologi penganut Buddha yang menjadi kepercayaan kepada asas ajarannya adalah punca penyebab kepada semua kesengsaraan. Keselamatan akan dapat dicapai sekiranya semua manusia dapat memadamkan keghairahan mereka, biasanya ianya lebih kepada keinginan kepada kewujudan. Bagaimanapun, mengikut kepercayaan penganut Buddha, kesedaran dapat memandu kehidupan manusia kepada takdir yang lebih baik, orang berpengalaman (sami) diperlukan untuk menjalankan latihan moral dan mental.

Apabila manusia mati, ia akan dilahirkan semula dalam bentuk yang lain, dan ini akan berterusan sehinggalah ia mencapai tahap nirwana. Dalam bahasa Sanskrit, nirwana diterjemahkan sebagai "memadamkan, pembebasan"; apabila seseorang telah mencapai tahap nirwana, dia tidak lagi perlu dilahirkan. Dengan kata lain, nirwana adalah kejayaan yang unggul untuk dicapai dalam amalan kerohanian fahaman kejayaan yang unggul untuk dicapai dalam amalan kerohanian fahaman Buddha, ianya dilihat sebagai satu tempat perhentian kesengsaraan yang terakhir.

Fahaman Buddha juga mengajar kegembiraan atau penderitaan dalam kehiduopan adalah keputusan daripada tindakan (karma) dalam kehidupan yang lalu atau tindakan yang lalu dalam kehidupan kita sekarang. Karma adalah "tindakan yang disengajakan", ini bermaksud, satu tindakan yang telah sengaja dilakukan menerusi gerak badan, ucapan mahupun fikiran. Kesan daripada karma ini dapat dibuktikan dalam jangka masa pendek ataupun panjang. Kesan ini akan jelas kelihatan pada hayat ini, atau selepas hayat ini ataupun selepas beberapa kehidupan.

Karma adalah penjelasan penganut fahaman Buddha mengenai kesengsaraan yang tidak dapat dijelaskan atau yang tidak dijangkakan. Menurut idea karma fahaman Buddha, seseorang itu akan dapat kebebsan, tetapi mereka membawa bersama perlakuan yang telah dilakukan dalam kehidupan sebelumnya. Oleh kerana itu, penganut agama Buddha mungkin akan mengatakan bahawa walaupun manusia ini dijadikan oleh Tuhan, mereka sebenarnya dilahirkan mengikut karma yang telah dilakukan pada kehidupan yang lalu. Ini berlaku di kalangan  ibu bapa yang mempunyai hubungan hukum karma.

Islam mengajar umatnya bahawa Tuhan mencipta manusia dan dianugerahkan kepada mereka roh yang kekal. Setiap manusia memiliki kualiti yang istimewa dan setiap orang dapat menentukan takdir dan bertanggungjawab di atas setiap perlakuan mereka. Menurut fahaman Islam, tidak ada "kesengsaraan" yang tidak datang dari Tuhan. Kemiskinan bukanlah kesengsaraan, kesakitan juga bukan kesengsaraan, malah mati juga bukan kesengsaraan. Kesemua ini adalah tahap dalam kehidupan manusia yang mesti dihadapi  sebelum menghadap Penciptanya.

Prinsip soteriologi dalam fahaman Buddha ialah keinginan yang berakar dari semua dukkha (penderitaan), dan ini amatlah diragui. Falsafah fahaman Buddha ini sendiri mungkin bercanggah kerana kepercayaan ketiga mengatakan "penderitaan dan kesengsaraan dapat dipadamkan dengan memadamkan keinginan" dan kepercayaan keempat mengatakan "keinginan boleh dipadamkan dengan mengikut " Lorong Lapan Lipatan".

Rujuk halamn 284-286 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan untuk lebih lanjut mengenai topik ini.

No comments: