Tuesday, October 29, 2013

Ke Jalan Penyelamatan (pursuing salvation)

Ajaran Guru Nanak matlamat hidup manusia ini tidaklah bertujuan ke neraka atau ke syurga sepertimana Islam, tetapi ialah hubungannya dengan Tuhan yang akan menujukannya ke arah jalan penyelamatan. Halangan dalam menuju ke arah jalan penyelamatan itu pelbagai, seperti konflik sosial dan juga tindakan yang bercorak mencapai kenikmatan dunia. Ini berkait rapat dengan konsep mati dan lahir semula mengikut amal baik atau buruknya. Kalau amalannya baik semasa hidup bilamana ia mati, ianya akan dilahirkan dalam bentuk dan status yang baik; ianya akan dilahirkan dalam bentuk dan status yang baik; begitulah sebaliknya, jika semasa hidup ini ia bergelumang dengan perbuatan yang jahat, bila mana ia mati dan ianya dilahirkan semula dalam bentuk dan status yang rendah yang mungkin juga jadi binatang kalau amalannya itu buruk dan mungkin Brahmin kalau amalannya itu baik.

Ini bersamaan dengan konsep karma dalam agama  Hindu; tetapi amat bertentangan dengan Islam. Sebab dalam Islam amalan yang baik dan jahat itu akan dihitung; mana yang lebih banyak baik, dimasukkan ke dalam syurga dan yang jahat lebih-leih lagi yang syirik yang menyembah selain daripada Allah akan dimasukkan ke dalam neraka.

Mengikut fahaman agama ini tarikan kepada keduniaan boleh menarik manusia menjadi tersisih daripada jalan penyelamatan. Pengaruh ego, kemarahan, tamak, cinta nafsu dan syahwat adalah lima kejahatan (five evils) yang amat merosakkan. Nasib manusia banyak dipengaruhi oleh lima perkara ini yang boleh menjauhkan manusia dengan Tuhan dan situasi ini boleh diubah hanya setelah menfokuskan diri dengan Tuhan secara gigih.

Guru Nanak telah menghuraikan suruhan Tuhan-Jalan kepada Penyelamatan secara keseluruhannya dengan mengabdikan diri kepada Tuhan. Nanak menegaskan bahawa ajaran Guru adalah sebagai Suara Tuhan. Mengabdikan diri kepada Tuhan itu maksudnya bukan secara adat resam atau luaran, tetapi adalah dengan semangat dan rasa hati yang sungguh mendalam dengan jiwa yang murni terhadap Tuhan. Bagaimanapun agama ini tidak menyembah patung.

Kunci dalam latihan terhadap mengabdikan diri kepada Tuhan itu ialah dengan mengingati namanya dengan kemesraan hati yang ikhlas dan mendisplinkan diri dengan amalan-amalan yang gigih terhadap suruhan Tuhan. Ini katanya melalui 5 peringkat iaitu para pengikut agama Sikh perlulah mengimbangi kerja, 'ibadat, kebajikan, menjaga hak untuk binatang hidup dan lebih-lebih lagi manusia. 

Para pengikut agama ini amat digalakkan untuk optimistic dalam kehidupan, menekankan kepada konsep perkongsian-melalui pengedaran percuma makanan di Sikh gudwaras, memberi derma dan bekerja untuk kebaikan kepada orang lain dan masyarakat. Dalam konteks mengimbangi ini adalah juga wujudnya unsur persamaan dengan Islam. Begitu juga dengan khidmat kepada orang lain dan masyarakat. Bagaimanapun dalam konteks Islam, semuanya ini pelakunya akan mendapat pahala dan di kira nanti untuk jalan ke syurga.

Konsep syurga dan neraka tidak ada dalam ajaran Sikh. Ini nampaknya bertentangan dengan ajaran Islam.

Rujuk halaman 339-341 dalam buku ISLAM, PELBAGAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN.

No comments: