Monday, October 28, 2013

Ajaran Guru Nanak

Sehingga ini penganut Sikh telah menjangkau kira-kira 23 juta. Pusatnya  di Punjab dan sekarang merebak ke merata pelosok dunia. Perbezaan orang Sikh ini mudah dikenali kerana wujudnya 5 cara Kukka iaitu: 

i. Kes, iaitu berambut panjang
ii. Kunga, iaitu sisir kayu di dalam rambut.
iii. Kunca, memakai seluar putih
iv. Kara, memakai gelang besi di tangan
v. Khanda, memakai jembia pendek

Sistem ajaran Guru Nanak ini secara tradisinya dikenali dengan nama Gurmat (pengajran para guru) atau pun The Sikh Dharma. Sikh ini berasal daripada perkataan Sanskrit yang bererti pelajar. Ada dua aspek penting dalam pengajaran Sikh ini iaitu tentang Ketuhanan dan Ke Jalan Penyelamatan (pursuing salvation).

Aspek Ketuhanan

Mengikut kepercayaan agama Sikh Tuhan (Vahiguru) tidak mempunyai bentuk, kekal abadi dan tidak dapat dilihat. Nanak menegaskan bahawa Tuhan ini Maha Mencipta. "I"adalah lambang baginya Tuhan itu satu. Untuk mendapat Penyelamatan seseorang itu perlulah hidupkan dalam dirinya kepercayaan sejati dalam hubungannya dengan Tuhan yang satu. Tuhan baginya Tuhan itu Maha Wujud dan tidak terbatas. Nanak percaya sebelum sesuatu itu wujud, Tuhan telah bersedia ada. Dengan kehendak-Nya keseluruhan alam ini tercipta. Tuhan dapat melihat apa saja yang ada di alam ini malah dalam hati manusia, tidak dapat  di selindung daripada-Nya. Tuhan tidak ada jenis lelaki atau pun perempuan. Cara berhubung dengan Tuhan ialah melalui kesedaran diri terhadap ciptaannya melalui meditasi.

Aspek ini adalah sama dengan Islam tentang Tuhan itu Satu yang disebut Allah. QS Al-Ikhlas, 112:1-4 yang bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad): '(Tuhan ku) ialah Allah Yang Maha Esa (1); Allah Yang menjadikan tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat (2); Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan (3); Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya".

Begitu juga tentang bila mana Tuhan hendak menciptakan sesuatu QS, Yasin, 23:82 yang bermaksud, "Sesungguhnya keadaan kekuatan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanya Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu; "Jadilah engkau". Maka ia terus menjadi".

Dalam konteks Islam, cara berhubung dengan Allah itu adalah pelbagai di antaranya dengan solat, zikir, tafakur, memerhati kejadian alam ini dan kaitkannya dengan kebesaran Allah dan mengingati Allah setiap waktu. Malah setiap perbuatan yang baik itu bilamana dimulai dengan niat kerana Allah ianya sudah mendapat pahala dan bilamana dilakukannya apa yang hendak dibuatnya itu Allah gandakan kebaikan (pahalanya) sepuluh kali ganda.

Sila rujuk halaman 337-339 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan untuk lebih lanjut.

No comments: