Tuhan Yang Esa
John, 5:44 yang menjelaskan nabi Isa berkata:
"Bagaimanakah kamu boleh percaya kamu yang menerima hormat seorang daripada yang lain tetapi tidak mencari hormat yang datang dari Tuhan Yang Esa".
Di sini nabi Isa sendiri mengakui bahawa Tuhan itu Satu. Oleh itu Isa bukannya Tuhan. Kenyataan Tuhan itu satu (1) boleh juga dirujuk kepada Deuteronomu, 4:35 yang bermaksud, "Maka kepadamu ia ditunjuk, supaya diketahui olehmu bahawa Tuhan itu Allah, dan bahawa tiada Tuhan yang lain kecuali Yang Maha Esa".
Dengan ini juga terbukti bahawa nabi Isa itu bukan Tuhan; tetapi ianya adalah seorang nabi. Tuhan hanya Satu iaitu Allah SWT. Dalam Al-Qur'an juga menegaskan Tuhan itu Esa. QS, 112:1-4, yang bermaksud:
(1) Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa" (2); "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (3) "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; (4)" Dan tidak ada sesiapapun yang setara denganNya".
Ajaran Jesus berasal dari Tuhan
John 7:16 bermaksud:
"Jawab Jesus kepada mereka: "Ajaran Ku tidak berasal dari diriku sendiri, tetapi dari Dia yang telah mengutus aku."
Jesus memberitahu murid-muridnya bahawa apa yang diajar adalah berasal dari Tuhan yang mengutusnya dan bukan dari dirinya sendiri. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.
Jesus datang kerana kehendak Tuhan
John 7:28-29 bermaksud:
"Waktu Jesus mengajar di Bait Allah, dia berseru: "Memang aku kamu kenal dan kamu tahu dari mana asal Ku, namun aku datang bukan atas kehendak-ku sendiri, tetapi aku diutus oleh Dia yang benar yang tidak kamu kenal. Aku kenal Dia, sebab Aku datang dari Dia dan Dialah yang mengutus Aku".
Jesus mengajar di Bait Allah dan dia mengakui sendiri bahawa dirinya itu adalah utusan Allah dan dengan kehendak Allah. Oleh itu, Jesus bukanlah Tuhan (Allah); tetapi adalah utusan Allah. Rasional selanjutnya:
1. Sesiapa yang mengajar seperti secara fizikal di mana-mana tempat pun seperti di Bait Allah, pasti ia bukan Tuhan. Jesus telah mengajar secara fizikal di Bait Allah. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.
2. Setiap yang datang (berasal/ciptaan) dari Allah, sudah tentu ianya bukan Tuhan (Allah). Jesus datang dari Allah. Oleh itu Jesus pasti bukan Tuhan.
3. Setiap yang diutuskan oleh Allah, sudah pasti ianya bukan Allah. Jesus diutuskan oleh Allah, Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.
4. Sesiapa yang datang bukan kerana kehendaknya sendiri, pasti ianya bukan Tuhan. Jesus datang ke bait Allah itu dengan kehendaknya sendiri. Oleh itu, Jesus bukanlah Tuhan.
Rujuk halaman 62-63 dalam Islam-Kristian: Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment