Monday, March 10, 2014

Jesus diarahkan oleh Allah

John 14:10 bermaksud:
"Tidak percayakah engkau, bahawa aku di dalam Bapa dan Bapa di dalam Aku? Apa yang aku katakan kepadamu, tidak aku katakan dari diri ku sendiri, tetapi Bapam yang diam di dalam Aku, Dialah yang melakukan pekerjaanNya".

Ucapan Jesus tersebut bukan bererti bahawa dialah Tuhan itu sendiri, tetapi Roh yang dari Allah itu yang berada dalam dirinya. Jadi Jesus bukanlah Tuhan, cuma Roh yang dijadikan Tuhan ada dalam Jesus. Rasional seterusnya:

1. Setiap yang beserta dengan Tuhan (roh ciptaan Tuhan) sudah pasti ianya bukan Tuhan. Jesus beserta dengan roh ciptaan Tuhan. Jesus beserta dengan roh ciptaan Tuhan. Oleh itu Jesus bukan Tuhan.

2. Setiap yang melakukan pekerjaan arahan Tuhan, ianya bukan Tuhan. Jesus melakukan pekerjaan arahan Tuhan. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

3. Setiap yang tidak dapat melakukan pekerjaan atas arahan dirinya, bermakna ianya bukan Tuhan. Jesus tidak melakukan pekerjaan mengikut Kemahuan dirinya sendiri. Oleh itu pastilah Jesus bukan Tuhan.

Jesus memohon kepada Tuhan seorang penggantinya

John 14:15-17 bermaksud:
"Jikalah kamu mengasihi aku, kamu akan menuruti segala perintahku. Aku akan minta kepada Bapa, dan Dia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Dia menyertai kamu selama-lamanya, iaitu Roh Kebenaran".

Jesus meminta kepada Tuhan agar supaya memberikan seorang rasul sebagai pengganti untuk meneruskan risalahnya.

Pengganti yang Jesus minta kepada Allah untuk menggantikannya ternyata adalah seorang yang bernama Ahmad (Muhammad).

Ahmad adaah nama lain dari Nabi Muhammad. Dalam Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ahmad, Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya aku memiliki beberapa nama: Aku adalah Muhammad, dan Aku adalah Ahmad, dan Aku adalah Al Maahi (Penghapus) kerana kekufuran dihancurkan olehku. Aku adalah Al Haasyir dimana ramai orang dikumpulkann setelah masaku. Aku adalah Al Aaqid kerana tidak ada lagi nabi penutup setelahku".

Dalam al-Quran surah Ash- Shaf ayat 6 Nabi Isa juga bersaksi sebagai berikut yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata, Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan apa yang sebelumnya dari Taurat, pemberi khabar gembira dengan seorang Rasul yang akan datang sesudahku namanya Ahmad".

Rujuk halaman 68-69 dalam buku Islam-Kristian: Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.


No comments: