Monday, March 17, 2014

Jesus mengingatkan kepada muridnya yang orang Goyim (asing) akan menjadikannya Tuhan

Barnabas, murid Jesus telah melaporkan bahawa Jesus telah meluahkan kegeloraan derita jiwanya kepada para muridnya kerana amat takut sekali nanti ianya di panggil Tuhan. Ketika Jesus dikunjungi orang supaya menghidupkan orang yang mati, Injil Barnabas, 47 mencatatkan yang bermaksud:

"Maka Jesus sangat takut, lalu menghadapkan dirinya kepada Allah, seraya berkata: "Ya Tuhan, ambillah diriku dari bumi ini, kerana dunia ini sedang gila dan hampir memanggilku Tuhan". Kata-kata ini dia ucapkan sambil menangis. Di saat itu, datanglah malaikat Jibril dan berkata: "Jangan takut wahai Jesus, kerana Allah telah mengurniakan kepadamu kekuatan atas segala penyakit, sehinggakan apa yang engkau berikan atas nama Allah akan terlaksana semuanya". Setelah itu Jesus menarik nafas panjang dan berkata: "Laksanakanlah kehendakmu wahai Tuhan Yang Maha Kuasa dan belas kasihan."

Jesus pun menyentuh tangan mayat itu sambil memohon kepada Allah semoga mayat itu dihidupkan kembali. Ditakdirkan Allah doa Jesus dimakbulkan dan mayat itu hidup kembali.

Ucapan Jesus diatas jelas dan tindakannya itu membuktikan bahawa Jesus ini bukan Tuhan dan dalam konteks masa itu Jesus sudah takut sekali kerana masyarakat disekelilingnya sudah hampir menganggap dirinya sebagai Tuhan. Terutama sekali di kalangan bangsa Goyim, iaitu bangsa asing daripada kaum Yahudi yang mana bangsa Goyim ini akan menganggap sesuatu perkara yang luar biasa itu sebagai Tuhan. Malah Julius Caesar seorang pahlawan dan Raja Rom di abad ke dua sebelum Jesus ini pun dianggap Tuhan. Alexander dari Macedonia juga dianggap sebagai Tuhan. Jelas di sini Jesus sudah dapat merasa hal ini akan berlaku kepadanya.

Allah itu Satu

Injil Barnabas, 124:4-7, bermaksud:
"Lalu Andreas menanyakan: "Akan tetapi bagaimanakah diketahui kebenaran itu?" Jesus menjawab: "Segala sesuatu yang sesuai dengan Kitab Musa, maka itu adalah kebenaran dan terimalah dia! Oleh kerana Allah itu Esa (satu) maka kebenaran itu juga satu. Maka disimpulkan dari itu bahawa ajaran itu satu dan tujuan dari pengajaran itu juga satu. Jadi imam itu sesungguhnya adalah satu".

Jelas ditegaskan oleh Jesus dalam petikan itu bahawa Allah itu satu. Oleh itu Jesus bukan Tuhan (Allah). Kalau Jesus juga Tuhan (Allah), ini bermakna Tuhan (Allah) itu lebih dari satu. Ini sudah tentu bercanggah dengan apa yang dijelaskan oleh Jesus itu iaitu Tuhan (Allah) adalah satu sahaja.

Rujuk halaman 77-79 dalam buku Islam-Kristian:Satu Perhitungan! untuk lebih lanjut.


No comments: