Tuesday, March 18, 2014

Kenyataan Daripada Para Pengkaji Dan Penyusun The Gospel of Judas

The Gospel of Judas, (Introduction) hal. 7 mencatatkan bermaksud,"Dalam The Gospel of Judas, sepertilah dalam gnostic gospels yang lain, Jesus ialah seorang guru yang mendedahkan kebijaksanaan dan pengetahuan, tidak sebagai penyelamat yang mati untuk menyelamatkan dosa orang lain".

Kenyataan di atas adalah satu rumusan yang dibuat oleh para penyusun The Gospel of Judas yang terdiri daripada empat tokoh terpenting dalam bidang ini iaitu Prof. Dr. Rodolphe Kasser, Prof.Dr. Marvin Meyer, Prof. Dr.Gregor Wurst, dan Prof. Dr. Bart D Ehrman.

Rumusan itu berdasarkan kajian mereka terhadap teks yang baru dijumpai di Mesir pada 1970an, dikenali juga sebagai 'Codex Tchacos", ditulis dalam bahasa Greek dan dijangkakan pada pertengahan kurun ke 2 M. Jelas dalam Gospel ini menceritakan aspek Judas dengan Jesus sebagai muridnya yang paling istimewa pengetahuannya. Ternyata juga disini bahawa Judas ini bukanlah Judas Iscariot itu pembelot sepertimana yang digambarkan dalam Gospels sebelumnya. Ini juga diperjelaskan oleh para pengkaji dan penyusun buku The Gospel of Judas ini.

Apa yang perlu ditekankan di sini lagi ialah Jesus adalah sebagai guru yang bijaksana mendedahkan pengetahuan dan tidak sebagai penyelamat yang berkorban kerana dosa manusia. Jelas, kalaulah seseorang itu sebagai guru, ianya pasti bukan Tuhan. Jesus sebagai guru. Oleh itu Jesus adalah bukan Tuhan.

Daripada 111 bukti yang tercatat dalam Bible yang amat dihormati oleh para penganut Kristian sendiri di atas adalah merupakan alasan yang kukuh bahawa Jesus (Nabi Isa) itu bukan Tuhan, tetapi hanyalah seorang nabi. Beberapa ayat-ayat al-Quran juga menyokong bahawa Jesus (Nabi Isa a.s.) ini adalah seorang nabi dan bukannya Tuhan.

Rujuk halaman 79-80 dalam buku Islam-Kristian:Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.

No comments: