Thursday, March 13, 2014

Mukjizat Jesus datang dari Allah

Acts 2:22 bermaksud:
"Hai orang-orang Israel, dengarlah perkataan ini; Yang aku maksudkan ialah Jesus dari Nazaret, seorang yang telah ditentukan Allah dan dinyatakan kepadamu dengan kekuatan-kekuatan dan mukjizat-mukjizat dan tanda-tanda yang dilakukan oleh Allah dengan perantaraan dia (Jesus) di tengah-tengah kamu, seperti yang kamu tahu".

Ayat tersebut bukan ucapan Jesus tetapi adalah Khutbah Petrus dihadapan murid-murid Jesus tentang kematian Jesus yang dibunuh dan bangkit pada hari ketiga. Ini jelas terbukti bahawa Jesus bukanlah Tuhan tetapi ciptaan Tuhan yang diberikan taraf utusan dengan mukjizat-mukjizatnya secara tersendiri. Jadi Jesus bukanlah Tuhan, tetapi utusan Tuhan.

Jesus dijadikan Tuhan?

Acts ayat 2:36 bermaksud:
"Jadi seluruh kaum Israel harus tahu dengan pasti bahawa Allah telah membuat Jesus, yang kamu salibkan itu, menjadi Tuhan dan Christ".

Jika Allah menjadikan Jesus Tuhan, bermakna terdapat Tuhan-tuhan lain selain Allah. Padahal Jesus bersaksi dalam Injil Mark 12:29, bahawa Tuhan itu Esa. Ini bererti dia itu bukan Tuhan.

"Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah :Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu Esa." (Mark 12:29)

Rasional selanjutnya:
Setiap yang dibangkitkan oleh Tuhan (Allah), sudah tentu ianya bukan Allah. Jesus telah dibangkitkan oleh Allah (dari kuburnya pada hari ketiga), oleh itu Jesus bukanlah Allah.

(Demikianlah wasiat Nabi Ya'qub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketka Nabi Ya'qub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya:" Apakah yang akan kamu sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kamu menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenek mu Ibrahim dan Ismail dan Ishaq, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepada-Nyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)". QS 2:133 Katakanlah (Wahai Muhammad) : "(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa. QS 112:1.

Jesus berdiri sebelah kanan Allah.

Acts ayat 7:56 bermaksud:
"Lalu katanya: "Sungguh, aku melihat langit terbuka dan Anak Manusia berdiri di sebelah kanan Allah".

Ayat tersebut adalah ucapan Stefanus dan bukan ucapan dari Jesus sendiri. Bagaimana Stefanus boleh melihat bahawa Jesus duduk di sebelah kanan Allah. Bagaiamanpun dapat disimpulkan disini bahawa Jesus itu bukan Allah.

Allah bangkitkan Jesus sebagai penyelamat bagi orang Israel.

Acts 13:23 bermaksud:
"Dan dari keturunannyalah,sesuai dengan yang telah dijanjikan Nya, Allah telah membangkitkan Penyelamat bagi orang Israel, iaitu Jesus".

"Dari keturunannya" bermaksud dari keturunan Daud. Paulus mengatakan akan lahir seorang penyelamat kaum Israel iaitu Jesus. Dalam Injil Matthew 15:24, Jesus sendiri mengaku dia diutus hanya untuk kaum Israel. Rasional selanjutnya:
"Setiap manusia yang dibangkitkan oleh Allah SWT, sudah pasti ianya bukan Tuhan (Allah). Jesus dibangkitkan oleh Allah SWT. Oleh itu Jesus tetap bukan Tuhan (Allah).

Rujuk halaman 73-75 dalam buku Islam-Kristian:Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.


No comments: