Monday, March 3, 2014

Jesus berkata apa yang telah diajarkan oleh Tuhan kepadanya

John 8:28-29 bermaksud:
"Maka kata Jesus: Apabila kamu telah mengangkat darjat Anak Manusia, barulah kamu tahu, bahawa akulah Dia, dan bahawa aku tidak berbuat apa-apa dari diriku sendiri,tetapi aku berbicara tentang hal-hal, sebagaimana diajarkan Bapa kepadaku. Dan Dia, yang telah mengutus aku, Dia menyertai aku. Dia tidak membiarkan aku sendiri, sebab aku sentiasa berbuat apa yang berkenan kepadaNya".

Ini disebabkan oleh orang ramai tidak mengerti bahawa Jesus berkata kepada mereka tentang Bapanya (Tuhannya). Tuhan katanya (Jesus) tidak akan membiarkannya membuat sesuatu melainkan dengan kehendak Tuhan. Oleh itu Jesus adalah bukan Tuhan. Rasionalnya:

1. Sesiapa yang mengaku ia sebagai Anak Manusia, sudah tentu ianya bukan Tuhan. Di sini jelas Jesus mengakui yang ia adalah Anak Manusia. Dengan ini jelas bahawa Jesus bukan Tuhan.
2. Sesiapa yang berbicara bagi pihak lain (Bapa), sudah tentu ianya bukan Tuhan. Di sini jelas bahawa Jesus berbicara bagi pihak Bapanya. Oleh itu jelas bahawa Jesus bukan Tuhan.

Hanya menyebarkan kebenaran.

John 8:40 bermaksud:
".....Jesus berkata:....anda berhasrat membunuh aku, seorang yang memberi tahu anda kebenaran yang aku dengar dari Tuhan."

Ini jelas terbukti bahawa Jesus itu bukan Tuhan sebab ia hanya utusan Tuhan menyebarkan Kebenaran yang didengarnya dari Tuhan.

Tuhan lebih agung dari Jesus

John 10:29-30 bermaksud:
"Bapaku, yang memberikan mereka kepadaku, lebih besar daripada siapa pun, dan seorang pun tidak dapat merebut dari tangan Bapa. Aku dan Bapa adalah satu".

Inilah jawapan yang diberikan oleh Jesus kepada orang-orang Yahudi yang masih ragu-ragu tentang kenabian Nabi Isa a.s. (Jesus) menyampaikan kebenaran yang sama (satu) itu, iaitu apa yang diperintahkan oleh Allah dan yang disampaikan oleh Jesus kepada orang Yahudi itu adalah perkara yang sama. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan, ia cuma menyampaikan perintah Tuhan yang Satu (Allah).

Jesus dalam Tuhan dan Tuhan dalam Jesus.

John 10:38 bermaksud:
"Tetapi jikalau melakukannya dan kamu tidak percaya kepada Ku, percayalah akan mukjizat-mukjizat itu, supaya kamu boleh mengetahui dan mengerti bahawa Bapa di dalam aku dan aku di dalam Bapa".

Jika Tuhan berada dalam Jesus tidaklah bererti Jesus itu Tuhan, bukan Tuhan itu sendiri yang menjelma menjadi manusia. Oleh itu Jesus adalah bukan Tuhan.

Rujuk halaman 64-65 dalam buku Islam-Kristian Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.

No comments: