Sunday, March 16, 2014

Allah itu Esa dan Jesus menyerahkan dirinya untuk menebus dosa

1 Timothy 2:5-6 bermaksud:
"Kerana Allah itu Esa dan Esa pula Dia yang menjadi pengangtara antara Allah dan manusia, iaitu manusia Christ Jesus, yang telah menyerahkan diri Nya sebagai tebusan bagi semua manusia: itu kesaksian pada waktu yang ditentukan."

Nasihat Timorthy terhadap orang-orang bukan Yahudi, bahawa apa yang dia ajarkan itu adalah benar dan dia tidak berdusta dan Allah itu Esa. Oleh itu, Jesus bukanlah Allah (Tuhan).

Konsep dosa menurut Islam:

Allah akan mengampuni setiap dosa manusia melalui taubat yang benar-benar ikhlas. Namun begitu, dosa syirik sahaja yang tidak diampunkan oleh Allah. Allah telah berfirman dalam surah az-Zumar ayat 53 yang bermaksud:
"Katakanlah, "Hai, hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu putus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Dosa seseorang juga ditanggung oleh pelaku itu sendiri. Allah berfirman dalam surah an-Najm ayat 38-39 yang bermaksud:
"Bahawa tidaklah seseorang yang berdosa akan menanggung dosa orang lain".

Daripada perbincangan diatas dapatlah disimpulkan bahawa pendapat yang mengatakan Jesus atau Nabi Isa adalah Tuhan tidak tepat. Kenyataan itu dapat dibuktikan daripada ucapan Jesus dalam empat Injil yang dianggap berautoriti oleh para paderi Kristian. Injil tersebut ialah Matthew, Mark, Luke dan John. Dalam al-Quran pun, Nabi Isa a.s. tidak pernah mengatakan bahawa dia adalah Tuhan. Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 116 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman:
Hai Isa putera Maryam, adakah engkau mengatakan kepada manusia, "Jadikanlah aku dan ibuku menjadi dua Tuhan selain Allah?" Isa menjawab, "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku. Jika aku pernah mengata-ngatakannya, maka tentulah Engkau mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib".

Rasionalnya:
1. Setiap orang yang mengaku bahawa Allah itu Esa, pasti ia  membenarkan bahawa Allah tidak lebih dari Satu. Jesus telah membuat pengakuan yang Allah itu Esa. Ini bermakna Jesus itu bukan Tuhan.
2. Setiap yang menjadi pengantara antara manusia dan Tuhan, sudah tentu ianya bukan Tuhan. Jesus telah mengakui bahawa ianya sebagai pengantara di antara manusia dengan Tuhan. Oleh itu, Jesus bukan Tuhan.
3. Setiap yang menyerahkan dirinya menjadi tebusan bagi manusia, sudah tentu ianya bukan Tuhan. Jesus dikatakan menyerahkan dirinya bagi tebusan dosa manusia. Ini bererti Jesus bukan Tuhan.

Dalam konteks bukti yang ke dijelaskan ini khususnya dalam aspek penebusan dosa manusia, ianya dapat disangkalkan dengan alasan berikut:
Jika dosa manusia dapat ditebus, ini bermakna manusia boleh melakukan apa sahaja kejahatan, dosanya telah tiada lagi sebab ianya telah ditebus oleh Jesus. Ini bermakna hukum agama (hukum Tuhan) tidak lagi bermakna. Kini pula dikatakan Pope telah berkuasa dalam mengampunkan dosa seseorang. Kalau begitu seseorang boleh sahaja membuat sebarang kesalahan dan dosa sebesar mana pun ia boleh ditebus dengan memberi wang kepada Pope. Di manakah logiknya di sini?

Rujuk halaman 75-77 dalam buku Islam-Kristian: Satu Perhitungan! untuk lebih lanjut berkaitan buku.


No comments: