John, 10:41-42 bermaksud:
"Maka mereka mengangkat batu itu, lalu Jesus menadah tangan ke langit dan berkata: "Bapa, Aku mengucap syukur kepada Mu, kerana Engkau telah mendengarkan Aku. Aku tahu, bahawa Engkau selalu mendengarkan Aku, tetapi oleh kerana orang ramai yang berdiri di sini mengelilingi Aku, Aku mengatakannya, supaya mereka percaya, bahawa Engkaulah yang telah mengutus Aku".
Doa Jesus kepada Allah yang memohon agar orang bernama Lazarus yang telah empat hari mati supaya dihidupkan kembali dari kuburnya bagi membuktikan kepada orang ramai bahawa dia adalah utusan Allah. Rasionalnya:
1. Sesiapa yang menadah tangannya kelangit berdoa kepada Tuhan semoga memakbulkan doanya, pasti bukan Tuhan. Jesus telah menadah tangannya ke langit berdoa kepada Tuhan. Sudah tentu Jesus itu bukan Tuhan.
2. Sesiapa yang mengucap syukur kepada Tuhan, bermakna ia bukan Tuhan. Jesus telah mengucap syukur kepada Tuhan. Ini membuktikan Jesus bukan Tuhan.
3. Setiap yang mengaku yang ia adalah utusan Tuhan, sudah pasti ianya bukan Tuhan. Jesus telah mengakui yang ia adalah utusan Tuhan. Oleh itu Jesus pastilah bukan Tuhan.
Bercakap dan caranya adalah mengikut kehendak Tuhan.
John 12:49. Jesus telah menegaskan yang bermaksud:
"Aku tidak cakap mengikut kehendakku, tetapi adalah mengikut Ayahku yang mengutuskan aku mengarahkan untuk menyampaikan dan juga dengan cara menyampaikannya."
Ini terbukti bahawa Jesus sendiri mengakui bahawa ia hanyalah utusan oleh ayahnya (Tuhan) untuk menyampaikan seruanNya dengan caranya sekali. Rasionalnya:
1. Sesiapa yang tidak bercakap mengikut kehendaknya sendiri, sudah tentu ianya bukan Tuhan. Jesus bercakap tidak mengikut kehendaknya sendiri. Oleh itu, Jesus bukanlah Tuhan.
2. Sesuatu yang bercakap sebagai utusan bagi pihak lain yang mengarahkannya sebagai utusan, sudah pasti ianya bukan Tuhan. Jesus telah bercakap (menyampaikan) sebagai utusan bagi pihak Tuhan yang mengutuskannya. Oleh itu Jesus sudah pasti bukan Tuhan.
Jesus mengaku bahawa dia lebih rendah dari Tuhannya.
John 13:16-17 bermaksud:
"Aku berkata kepadamu:Sesungguhnya seorang hamba tidaklah lebih tinggi daripada Tuannya, ataupun seorang utusan daripada Dia yang mengutusnya. Jikalau kamu tah semua ini, maka bahagialah kamu, jika kamu melakukannya".
Nasihat Jesus kepada murid-muridnya, ketika dia membasuh kaki mereka sebagai tanda perpisahannya dengan mereka agar mereka bahagia dalam kehidupan.
Apa yang penting ditegaskan disini ialah Jesus sebagai utusan mengakui bahawa ia adalah lebih rendah daripada yang mengutuskannya iaitu Tuhan. Ini jelas terbukti bahawa Jesus itu bukanlah Tuhan.
Manusia akan menemui Allah melalui Jesus
John 14:6 bermaksud:
"Kata Jesus kepadanya: "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada bapa kalau tidak melalui Aku".
Itulah jawapan Jesus kepada Thomas yang membuktikan bahawa Jesus itu bukan Tuhan.
Rasional selanjutnya:
Sesiapa yang mengaku ianya datang dari Bapa (Tuhan), sudah pasti ianya bukan Tuhan. Jesus mengakui ianya datang dari Bapa (Tuhan). Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.
Rujuk halaman 66-68 dalam buku Islam-Kristian: Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment