~sambungan~
G. KENYATAAN DARIPADA GALATIANS
10. Galatians 3:26, bermaksud, "Sebab kamu semua adalah anak-anak Allah kerana iman di dalam Jesus". Di sini bermakna semua mereka yang percaya kepada ajaran Jesus (maksudnya: melakukan perintahnya - Yakobus, 1:22; 2:17), disebut anak-anak Allah.
H. KENYATAAN DARIPADA ROMAS
11. Romans 8:14 bermaksud, "Semua orang-orang yang dipimpin Roh Allah adalah anak-anak Allah". Di sini bermakna jika seseorang itu memiliki bertabiatkan ilahi amalannya, ia adalah anak Allah. Demikianlah juga seperti para nabi, mereka disebut anak-anak Allah kerana dalam menyampaikan ajaran-ajarannya sering dipimpin oleh Roh Allah. Demikianlah juga Jesus ianya dipimpin oleh Roh Allah (Luke, 4:18) sehinggakan ia disebut juga sebagai anak Allah (John 1:34).
12. Romans8:14-16 bermaksud, "Semua orang, yang dipimpin oleh roh Allah, adalah anak Allah (14). Sebab kamu tidak menerima roh perbudakan yang membuat kamu takut lagi, tetapi kamu telah menerima Roh yang menjadikan kamu anak Allah. Oleh Roh itu kita berseru: "ya Abba, ya Bapa!" (15), Roh itu bersaksi bersama-sama roh kita, bahawa kita adalah anak-anak Allah (16).
I. KENYATAAN DARIPADA INJIL BARNABAS
13. Injil Barnabas 70: Jesus marah di sebut anak Allah
Dalam konteks agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim, dituruti Nabi Ismail dan Ishak telah menyebut bahawa Allah itu Esa dan pencipta bagi semua makhluk dan Allah itu tidak dapat dibayangkan secara fizikal. Prof. Foxwell Albright, Sarjana Bible yang terkenal telah menyebut bahawa orang-orang Israel sering memandang Yahweh (Jehovah) sebagai pencipta segala sesuatu, Ia juga berdiri sendiri, tanpa memiliki isteri, anak dan kerabat. Ianya tidak dapat disamakan dengan ketua dewa dalam tradisi pangan yang dianggap sebagai salah satu daripada peribadi Triniti yang mempunyai bapa, ibu dan anak.
Inilah sebabnya Jesus amat marah bilamana ianya dipanggil sebagai anak Tuhan oleh salah seorang daripada muridnya iaitu Petrus. Ini digambarkan oleh Barnabas yang juga seorang murid Jesus.
Injil Barnabas 70, mencatatkan bilamana Jesus bertanya kepada Petrus yang bermaksud, "Dan kamu, apa yang kamu katakan tentang aku?".
Petrus menjawab, "Sesungguhnya engkau adalah Al-Masih anak Allah".
Jesus amat marah sekali dengan jawapan ini sehinggakan Jesus menghentak, "Enyah dan pergilah engkau dari mukaku, kerana engkau adalah setan dan berusaha untuk membuat jahat kepadaku".
Kemudiannya Jesus mengancam kesebelas orang muridnya lagi itu dengan mengatakan, "Kecelakaan bagimu apabila kamu mempercayai, kerana akan mendapat kutukan besar dari Allah jika mempercayai orang ini".
Jesus sebenarnya bermaksud mengusir Petrus, tetapi ke sebelas orang muridnya lagi itu memohon semoga Jesus tidak mengusirnya. Lantas Jesus memberi amaran, "Jangan engkau sekali lagi mengucapkan kata-kata seperti itu kerana Allah akan mengutukmu". Petrus menangis menyesal dan berkata, "Tuan, sesungguhnya aku mengatakan hal itu kerana kebodohan, maka mohonkanlah kepada Allah untuk mengampuniku". Kemudiannya Jesus berdoa kepada Allah semoga mengampunkan keterlanjuran kata-kata Petrus itu. Sebelas orang muridnya lagi menangis dengan suasana itu. Mereka sungguh mengharapkan semoga Allah mengampunkan keterlanjuran kata rakannya itu menerusi doa Jesus.
Rujuk halaman 83-84 dalam buku Islam-Kristian: Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment