Tuhan lebih agung daripada Jesus
John 14:28 bermaksud:
"Kamu telah mendengar bahawa aku telah berkata kepadamu" aku pergi, tetapi aku akan datang kembali kepadamu. Sekiranya kamu mengasihi aku, kamu tentu akan bersukacita kerana aku pergi kepada Bapa ku, sebab Bapa lebih agung daripada aku."
Jesus telah mengaku bahawa dia hanyalah insan yang lemah, tidak sama seperti Tuhan. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan. Rasional seterusnya:
1. Setiap yang pergi bertemu Bapanya (Tuhan), bermaknalah ia bukan Tuhan. Jesus pergi berjumpa Bapanya (Tuhan). Oleh itu Jesus bukan Tuhan.
2. Setiap yang mengaku ianya lebih agung daripada Tuhan (sudah sepatutnya begitu), sudah tentu ianya bukan Tuhan. Jesus mengakui yang Tuhan lebih agung daripadanya. Jadi bermakna Jesus tetap bukan Tuhan.
Jesus datang dari Tuhan dan kembali kepada Tuhan
John 16:28 yang bermaksud:
"Aku datang dari Bapa dan aku datang ke dalam dunia, aku meninggalkan dunia pula dan pergi kepada Bapa."
Ini bukan kata-kata Jesus dalam bentuk perumpamaan atau kiasan bahkan merujuk kepada hakikat yang sebenar, iaitu dari Tuhan ia datang dan kepada Tuhan ia akan kembali. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.
Jesus mengaku Allah itu Esa dan dia hanyalah utusannya
John 17:3 bermaksud:
"Inilah hidup yang kekal itu, iaitu bahawa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Jesus Christ yang telah Engkau utus".
Doa Jesus kepada murid-muridnya sebelum dia ditangkap dan dibunuh. Al-Qur'an juga menjelaskan dalam ash-Shafh ayat 6 bahawa Jesus (Isa a.s.) sendiri memberi kesaksian bahawa dia adalah seorang utusan Tuhan. Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata, "Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan apa yang sebelumnya dari Taurat, pemberi khabar gembira dengan seorang Rasul yang datang sesudahku namanya Ahmad".
1. Setiap yang mengaku bhawa Allah itulah yang Satu dan benar, bermaknalah ia bukanlah Allah. Jesus mengakui yang Allah itulah yang benar dan yang Satu. Ini bermakna Jesus itu bukanlah Allah.
2. Setiap yang mengaku yang ianya adalah utusan Allah, sudah pasti ianya bukanlah Allah. Jesus mengakui bahawa ia adalah utusan Allah. Oleh itu sudah pastilah Jesus itu bukanlah Allah.
Jesus menerima Firman Tuhan dan menyampaikannya
John 17:18 bermaksud:
"Sebab segala firman yang Engkau sampaikan kepada ku telah ku sampaikan kepada mereka dan mereka telah menerimanya. Mereka tahu benar-benar, bahawa aku datang daripada Mu, dan mereka percaya, bahawa Engkaulah yang telah mengutus aku".
Dengan perasaan rendah diri Jesus mengaku bahawa dia telah menyampaikan segala firman yang Tuhan wahyukan kepadanya untuk disampaikan kepada para pengiktunya. Ini membuktikan Jesus bukanlah Tuhan.
Rujuk halaman 70-71 dalam buku Islam-Kristian :Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment