Sesungguhnya makna 'Anak Tuhan (Allah)' dalam kitab Bible-Taurat dan Injil, bukanlah anak secara jasmani, melainkan hanya secara rohani. Ini dapat diikuti dalam beberapa ayat sebagaimana berikut:
A. KENYATAAN DARIPADA EXODUS
1. Kaum Israil juga pernah disebut sebagai anak Tuhan. Exodus 4:22 yang bermaksud, "Maka engkau harus berkata kepada Firaun : Beginilah firman Tuhan: Israel adalah anak-Ku, anak-Ku yang sulung."
B. KENYATAAN DARIPADA PSALM
2. Nabi Daud juga digelar anak Tuhan; Psalms 2:7 bermaksud, "Aku mahu menceritakan ketetapan Tuhan: Ia berkata kepadaku: "Anak-Ku engkau! Engkau telah Kuperanakkan pada hari ini."
3. Psalms 82: 6-7, "Aku sendiri telah berfirman: "Kamu adalah Allah, dan anak-anak yang Mahatinggi kamu sekalian (6). Namun seperti manusia kamu akan mati dan salah seorang pembesar kamu akan tewas (7)."
C. KENYATAAN DARIPADA 1 CHRONICLES
4. Nabi Sulaiman juga disebut anak Tuhan, 1 Chronicles, 22:10, "Dialah yang akan mendirikan rumah bagi nama-Ku dan dialah akan menjadi anak-Ku dan aku akan menjadi Bapanya; Aku akan mengokohkan lagi takhta kerajaannya atas Israel sampai selama-lamanya."
D. KENYATAAN DARIPADA MATTHEW
5. Matthew 5:9 bermaksud, "Berbahagialah orang yang membawa damai kerana ia akan disebut anak-anak Allah". Di sini anak Allah bererti orang-orang yang membawa damai".
Matthew 5:44-45 bermaksud, "Tetapi aku berkata kepadamu: Kasihanilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu (44). Kerana dengan demikianlah kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di syurga, yang menerbitkan matahari bagi orang yang jahat dan orang yang baik dan menurunkan hujan bagi orang yang benar dan orang yang tidak benar (45).
E. KENYATAAN DARIPADA LUKE
6. Luke 6:35 bermaksud, "Tetapi kamu, kasihanilah musuh kamu dan berbuatlah baik kepada mereka dan pinjamkan dengan tidak mengharapkan balasan, maka upahmu akan besar dan kamu akan menjadi anak-anak Allah Yang Maha Tinggi, sebab Ia baik terhadap orang-orang yang tidak tahu berterima kasih dan terhadap orang-orang jahat". Di sini jelas terbukti anak Allah bererti orang-orang yang penuh kasih.
F. KENYATAAN DARIPADA JOHN
7. John 1:12 bermaksud, "Tetapi semua orang yang menerimaNya diberiNya kuasa supaya menjadi anak-anak Allah". Di sini anak Allah bermakna orang yang mahu menerima Jesus sebagai utusan Allah.
8. John 1:12-13 bermaksud, "Tetapi semua orang yang menerimaNya diberi-Nya kuasa supaya menjadi anak-anak Allah, iaitu mereka yang percaya dalam nama-Nya (12), orang-orang yang diperanakkan bukan dari darah, atau dari daging, bukan pula secara Jasmani oleh keinginan seorang laki-laki, melainkan dari Allah". Di sini jelas bahawa pengertian anak Allah tidaklah bersifat jasmani.
9. 1 John 3:1-2 bermaksud, "Lihatlah betapa besarnya kasih yang dikurniakan Bapa kepada kita, sehingga kita disebut anak-anak Allah". Di sini jelas makna anak-anak Allah itu ialah mereka yang dikasihi Allah yang hidup secara soleh dan taat kepadaNya.
Rujuk halaman 81-82 dalam Islam-Kristian:Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment