Sunday, March 23, 2014

Jesus Utusan Allah untuk Bani Israel

Jesus Pemimpin Bani Israel

Matthew 2:6 bermaksud:
"Dan Engkau Bethlehem, di tanah Judah, bukanlah yang kecil dikalangan pemerintah Judah kerana padamu akan lahir seorang pemimpin yang akan memimpin Bani Israel".

Ayat di atas menerangkan Jesus (Nabi Isa) dilantik menjadi pemimpin Bani Israel.

Jesus mengaku dia adalah utusan Tuhan

Matthew 10:40 bermaksud:
"Barangsiapa menyambut kamu, dia telah menyambut Aku, dan barangsiapa menyambut Aku, dia telah menyambut Tuhan yang mengutusakan Aku".

Ayat ini membawa maksud sesiapa yang menghormati Jesus, dia telah menghormati Tuhan yang mengutusnya. Jadi Jesus bukan Tuhan, malah Tuhan telah mengutuskannya.

Jesus diutus untuk Bani Israel

Matthew 15:24 bermaksud:
"Jawab Jesus: "Aku diutus hanya kepada para pengacau yang hilang dari umat Israel".

Jesus diutus hanya untuk Bani Israel dan bukan untuk seluruh alam semesta. Terbukti di sini bahawa Jesus sendiri mengaku bahawa ia adalah seorang utusan. Seorang utusan Tuhan sudah tentu ianya bukan Tuhan. Jesus adalah utusan Tuhan. Oleh itu Jesus tetap tidak Tuhan.

Nabi Jesus dari Nazaret

Matthew 21:10-11 bermaksud:
"Dan ketika Dia masuk ke Jerusalem, gemparlah seluruh kota itu dan orang berkata: "Siapakah orang ini?" Dan orang ramai menyahut: "Inilah Nabi Jesus dari Nazaret di Galilee".

Orang yang hidup sezaman dan sempat berdialog dengan Jesus, mengetahui bahawa Jesus itu adalah seorang nabi (Utusan Allah).

Jesus Sebagai Utusan Allah

Matthew,16:13-20 bermaksud:
"Setelah Jesus tiba di daerah Kaisarea Filipi, Ia bertanya kepada murid-muridNya: "Kata orang, siapakan Anak Manusia itu?" (13). Jawab mereka: "Ada yang mengatakan: John Pembaptis, ada juga yang mengatakan: Elia dan ada pula yang mengatakan: Yeramia atau salah seorang dari para nabi" (14). Lalu Jesus bertanya kepada mereka: "Tetapi apa katamu, siapakah Aku ini?" (15) Maka jawab Simon Petrus: "Engkau adalah Mesias, Anak Allah yang hidup!" (16) Kata Jesus kepadanya: "Berbahagialah engkau Simon bin Yunus sebab bukan manusia yang menyatakan itu kepadamu, melainkan Bapa-Ku yang di syurga (17). Dan Aku pun berkata kepadamu: Engkau adalah Petrus dan di atas batu karang ini Aku akan mendirikan jemaat-Ku dan alam maut tidak akan menguasainya (18). Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Syurga, Apa yang kau ikat di dunia ini akan terikat di syurga dan apa yang kau lepaskan di dunia ini akan terlepas di syurga" (19). Lalu Jesus melarang murid-murifNya supaya jangan memberitahukan kepada siapapun bahawa Ia Mesias." (20)

Apa yang menarik petikan ayat 13-20 di atas ialah tiga rangkai kata yang membuktikan Jesus itu bukan Tuhan (Allah), tetapi ialah Mesias (Utusan) pada ayat 16, "Engkau adalah Mesias" dan di akui benar pula pada ayat ke (17) dengan perkataan "berbahagialah engkau". Begitu juga pada ayat akhir, iaitu ke 20 "bahawa Ia Mesias".

Dalam cerita dan konteks yang sama, ini juga didapati dalam Mark 8:27-30 yang membenarkan Jesus ini seorang mesias (utusan Allah). Apa yang disebut di atas Jesus adalah seorang mesias (utusan Allah). Jadi Jesus bukan Tuhan; tetapi adalah utusan Allah.

Rujuk halaman 87-89  dalam buku Islam-Kristian:Satu Perhitungan untuk lebih lanjut.

No comments: