Mengikut agama Islam bahawa seseorang manusia daripada tiada di dunia ini, diadakan (dilahirkan) dan hidup di dunia ini sehinggalah habis hanyatnya (mati). Kemudian dihidupkan semula di hari kiamat untuk perhitungan amalannya di dunia semasa hidupnya dahulu. Ianya akan dikembalikan semula kepada penciptanya (Allah) untuk menempatkannya sama ada di dalam syurga atau pun neraka. Ia dapat diteliti dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah, 2:28 yang bermaksud, " Bagaimana tergamak kufur (mengingkari) Allah pada hal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu., setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak), akhirnya kamu dikembalikan kepada-Nya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)".
Kehidupan manusia ini di dunia sebenarnya adalah sebagai satu ujian bagi pembalasan di akhirat. Sehubungan dengan ini Al-Quran menjelaskan pada surah Al-Mulk, 67:2 yang bermaksud, "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun kepada orang-orang yang bertaubat);-
Dengan jelasnya Allah telah memberi amaran bahawa kehidupan dalam dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan diri kita sendiri. Oleh itu kita perlu pandai memilih mana yang baik amalannya untuk ke syurga, manakala amalan yang jahat, kita akan ke neraka.
Ini dinyatakan dalam Al-Quran surah Al Imran, 3:185 yang bermaksud, "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya, dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
Betapa adilnya Allah SWT kerana segala dosa dan pahala yang dilakukan di dunia ini akan ditimbang di akhirat nanti. Di sini Allah telah menegaskan bahawa keadilan itu seperti tersurat dalam QS, Al-Zalzalah 99: 7-8 yang bermaksud. "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam suratan amalnya) (7); Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam suratan amalnya) (8)".
Sla rujuk halaman 244-245 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.
Monday, September 30, 2013
Wednesday, September 25, 2013
Apakah kitab-kitab Veda agama Hindu itu juga Wahyu dari Tuhan
Al-Quran ada menyatakan dalam surah Ar-Ra'ad, ayat 13:38, yang bermaksud, "Dan demi sesungguhnya kami telah mengutuskan rasul-rasul sebelum Mu (nabi Muhammad SAW)..."
Dalam Al-Quran ada menyebut empat kitab sahaja yang diturunkan oleh Allah kepada para rasul-Nya iaitu:
a. Kitab Taurat di wahyu kepada Nabi Musa (a.s.)
b. Kitab Zabur di wahyu kepada Nabi Daud (a.s.)
c. Kitab Injil di wahyu kepada Nabi Isa (a.s.)
d. Kitab Al-Quran kepada Nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW.
Semua wahyu atau kitab-kitab itu untuk yang sekaum dengannya (nabi berkenaan: a, b dan c di atas) bagi masa itu sahaja.
Oleh kerana Al-Quran diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi terakhir, Allah telah menetapkan Al-Quran itu adalah untuk semua manusia di dunia dan bukannya untuk bangsa Arab yang sebangsa dan sezaman dengan Nabi Muhammad sahaja. Al-Quran adalah untuk sepanjang zaman. Ini dapat ditinjau pada beberapa ayat Al-Quran seperti berikut:
i. Surah Ibrahim, 14:1 yang bermaksud, "Alif, Lam, Raa. Ini ialah kitab (Al-Quran) kami turunkan dia kepada mu, supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita kufur kepada cahaya iman..."
ii. Surah Ibrahim, 14:2, yang bermaksud, (Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia, supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat.
iii. Surah Al-Baqarah, ayat 2:185, yang bermaksud, "Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah".
iv. Surah Az- Zumar, 39:41 yang bermaksud, "Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada mu (wahai Muhammad) kitab suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran (untuk menjadi panduan hidup) kepada umat manusia seluruhnya."
Berdasarkan apa yang dijelaskan di atas, terbuktilah bahawa ada kitab-kitab yang diturunkan di wahyu itu hanya kepada 4 orang Nabi sahaja dan untuk kaumnya sahaja serta untuk masanya sahaja; kecualilah Al-Quran untuk semua manusia yang memberi petunjuk kebenaran sepanjang zaman.
Biar pun dalam kitab-kitab suci dalam agama Hindu itu ada persamaannya dengan apa yang diramalkan bahawa akan lahirnya Nabi Muhammad SAW dan kandungan kitab-kitab itu ada yang membenarkan Al-Quran; tetapi kita tidak dapat katakan bahawa kitab-kitab Hindu itu dengan jelasnya adalah wahyu Allah. Dalam hadis-hadis yang sahih juga tidak ada disebut. Kalau pun ianya wahyu dari Tuhan (Allah) sebab Allah telah mengutuskan para rasul-Nya melebihi daripada yang di ketahui manusia. Ada pula hadis Nabi Muhammad SAW menyatakan Nabi dan rasul kira-kira 124, 000 orang; tetapi itu hanya untuk masa itu sahaja, bukan untuk sepanjang zaman seperti Al-Quran.
Satu perkara lagi yang perlu ditonjolkan di sini ialah tiada satu pun kitab asal agama terdahulu yang keka; terpelihara kesuciannya melainkan Al-Quran. Pada amnya, selain daripada Al-Quran, kitab-kitab suci agama lain telah ditokok tambah atau dikurangi. Ertinya telah wujudnya sedikit sebanyak perubahan daripada yang asal. Allah SWT sendiri memastikan Al-Quran itu terpelihara. Ini terbukti dalam Al-Quran, surah Al-Hijr, ayat 15:9 yang bermaksud, "Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan kamilah yang menjaganya".
Oleh itu, Al-Quran boleh diikuti sepanjang zaman. Ini adalah jaminan Allah.
Sila rujuk halaman 236-239 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.

Tuesday, September 24, 2013
Kitab Bhavasha Purana
Kitab Bhavasha Purana (Prati sarang, part 3, Khand 3, Aday 3, Shaloka 5-8) pula dengan jelas menyebut bahawa seorang ketua agama akan muncul (dari negara asing dan bercakap dalam bahasa asing) dengan para sahabatnya dan namanya ialah Muhammad. Ia adalah sebaik-baik manusia (Parbatis nath).
Muhammad (Nabi Muhammad SAW) dimandikan oleh Raja Bho dengan air dari sungai Panchgavya dan Genges ( untuk membersihkan beliau sepanjang masa). Raja itu akan berkata kepada Muhammad yang bermaksud, "Kamulah sebaik-baik manusia, wahai penghuni tanah Arab kamu sudah kumpul satu kekuatan yang kuat untuk membunuh syaitan dan kamu dipelihara daripada musuh kamu".
Ini juga jelas dalam Al-Quran yang menyatakan di surah Al-Qalam, ayat 68:4 yang bermaksud; "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung", dan surah Al-Ahzab, 33:21 pula menjelaskan yang bermaksud, "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan ) Allah dan (balasan baik) hari akhirat...."
Ketua agama itu (Muhammad) akan memusnahkan syaitan iaitu menghapuskan penyembahan berhala dan juga kejahatan lain. Beliau juga akan dilindungi daripada musuh-musuhnya.
Bagi mereka yang menentang pernyataan di atas membantah dengan alasan bahawa Raja Bhoj hanya hidup 500 tahun selepas Nabi Muhammad. Ini sebenarnya satu kesilapan, sebab bukan seorang sahaja yang bernama Raja Bhoj. Malah sejarah telah membuktikan bahawa ada beberapa orang lagi raja Bhoj wujud sebelum raja Bhoj wujud sebelum raja Bhoj di atas itu. Orang Mesir memanggil rajanya Firaun, orang Rom memanggil rajanya Ceaser dan orang India pula memanggil rajanya Bhoj.
Nabi Muhammad, tidak dimandikan dengan air dari sungai Panchgayvya atau pun Ganges, sungai-sungai ini dianggap oleh penganut Hindu sebagai sungai suci yang airnya boleh menghapuskan dosa manusia. Apabila membasuh Nabi Muhammad dari sebarang dosa. Nabi Muhammad jadi "Maasom".
Dalam konteks Islam, sebelum Nabi Muhammad naik ke langit (peristiwa Mikraj), baginda telah disucikan lagi dengan air zam-zam.
Rujuk halaman 232-233 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.

Monday, September 23, 2013
Pemberian kepada Narashangsa 10, 000 ekor lembu
Dalam Atharvaveda ada dinyatakan Tuhan akan memberikan Narashangsa sebanyak 10,000 ekor lembu. Dalam konteks masyarakat Hindu, lembu adalah binatang yang paling dihormati. Ini disebut dalam secara "metafora" di mana ianya melambangkan watak yang baik. Ini sebenarnya sesuai dengan peristiwa di mana Nabi Muhammad SAW bersama dengan pengikutnya seramai 10,000 orang dari kota Madinah memasuki kota Mekah. Masa itu bukan untuk peperangan dan tiada pun menumpahkan darah.
Secara lebih khusus dalam Atharvaveda Buku XX, Zikir 21, Ayat (peperangan Ahzab) dinyatakan bahawa Nabi dan para sahabat Baginda dapat mengalahkan 10,000 tentera musuh, tanpa pertumpahan darah.
Dalam zikir ini ada dua perkataan Sanskrit iaitu "Karo" dan "aprati ni bashayas". "Karo" bererti yang bersembahyang. Ini merujuk kepada Nabi Muhammad SAW. Manakala "aprati ni bashayas" pula bererti kekalahan yang dialami oleh musuh tanpa pertempuran. Di samping itu, apa yang dikatakan 10,000 tentera musuh adalah nampaknya merujuk kepada 10,000 tentera musuh yang mengepung Nabi dan para sahabatnya (bilangan tentera Nabi dan para sahabatnya itu cuma 3,000 orang sahaja).
Ini nampaknya sesuai benar dengan Al-Quran surah Ahzab, ayat 33:22 yang bermaksud;
"Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzab, berkatalah mereka: "Inilah yang telah dijanjikan kepada kami oleh Allah dan Rasul-Nya, dan benarlah apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya", dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat itu) tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah."
Selanjutnya kitab Veda ini (Atharvaveda Buku XX, Zikir 21) pada ayat 7 pula ada menjelaskan tentang penaklukan kota Mekah (Makkah) oleh Nabi Muhammad SAW telah diramalkan iaitu katanya seorang anak yatim yang terpuji dapat mengalahkan 20 orang raja dan 60,099 tentera.
Sebagaimana diketahui Nabi Muhammad SAW ialah seorang anak yatim. Ayahnya (Abdullah) telah meninggal dunia semasa Nabi Muhammad SAW (masih janin) masih dalam kandungan ibunya iaitu kira-kira 2 bulan. Apabila usianya 6 tahun, ibunya yang bernama Aminah telah pula meninggal duna dan dipelihara oleh datuknya dan datuknya itu wafat ketika Nabi Muhammad SAW berumur lapan tahun. Seterusnya bapa saudaranya, Abu Talib pula memeliharanya.
Sila rujuk halaman 217-218 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan
Sunday, September 22, 2013
Agama Hindu ada meramalkan (meriwayatkan) akan lahirnya Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin benar yang perlu dipatuhi ajarannya.
Dalam kitab tua Hindu ada disebut Narashangsa. Dr.Ved Prakash Upaddhay telah menghuraikannya bahawa Narashangsa itu ialah Nabi Muhammad SAW yang akan lahir di suatu hari nanti. Ini terbukti dalam Rigveda 1:13:3, 1:18:9, 1:106:4,1:142:3, 2:3:2, 3:29:11, 5:5:2, 7:2:2, 10:64:3, 10:182:2 dan 19:70:2.
Di samping itu dalam kitab Mahabhharata, kitab Bhavasha Purana (Prati sarang, part 3, Khand3, Aday 3, Shaloka 5-8, 10-27) dan kitab Atharvaveda (buku ke 20, zikir 127), ada juga meramalkan yang Nabi Muhammad SAW akan lahir kemudian hari. Alasan membuktikan ramalan ini boleh diikuti dalam huraian berikutnya; terutama sekali tentang Narashangsa yang akan lahir itu Nabi Muhammad. Untuk keterangan lanjut yang mengikut Dr. Ved Prakash dan kitab Bhavasha Purana (Prati sarang, Khand 3, Aday 3, Shaloka 5-8) dan Mahabhharata adalah seperti mana berikut:
Dalam Kitab Rigveda (Penyelidikan Dr. Ved Prakash Upadday)
a) Narashangsa = Yang Terpuji =Muhammad SAW
Di mana-mana tempat dalam kitab Vedas, disebut juga nama Eelit. Dalam nota kaki pada salah satu daripada kitab Rigveda yang diterbitkan, Elit bermakna "Yang Terpuji". Muhammad adalah dalam bahasa 'Arab maknanya dalam bahasa Melayu ialah "Yang Terpuji". Maknanya Narashangsa dan Eelit adalah mempunyai erti yang sama, iaitu "Yang Terpuji".
Bhavasha Purana pula dengan jelas menyebut bahawa seorang Ketua agama akan muncul (dari Negara asing dan bercakap dalam bahasa asing) dengan para sahabatnya dan namanya ialah Muhammad.
b) Tempat yang Narashangsa akan lahir adalah di kawasan padang pasir. Ini sudah tentu, buktinya jelas sekali. Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah pada tahun 570, ayahnya bernama Abdullah dan ibunya bernama Aminah. Mekah cuacanya panas, terletak di tengah padang pasir di negara 'Arab. Dalam Bhavasha Purana juga menyebut berasal dari tanah 'Arab, manakala disebutnya "Marusthal" bererti padang pasir.
c) Kualiti Personaliti
Dalam Rigveda, dijelaskan bahawa Narashangsa yang akan lahir itu mempunyai personaliti yang cukup hebat. Ianya amat disayangi oleh ramai manusia. Stanley Lane Poole, menulis tentang Speeches of Muhammad (MacMillan, 1982) menjelaskan bahawa siapa yang melihatnya ia akan menghormatinya, siapa yang mendekatinya, akan menyayanginya, mereka akan mengatakan ia tidak pernah melihat orang seperti ini sebelum dan sesudahnya.
d) Wahyu (Revelation)
Dijelaskan juga bahawa Narashangsa akan mendapat pengetahuan secara Wahyu. Nabi Muhammad juga mendapat ajaran Islam adalah secara wahyu. Malah sesuatu perkara yang belum terjadi pun kiranya diwahyukan baginda akan tahu. Contohnya semasa berlakunya peperangan di antara kerajaan Parsi dan kerajaan Rom di mana kerajaan Rom telah kalah apabila dapat perkhabaran ini kepada Nabi Muhammad, baginda telah dapat wahyu dan menjelaskan bahawa kerajaan Rom akan menang peperangan beberapa tahun lagi. Didapati betul iaitu pada tahun 627 dalam peprangan Nineveh kerajaan Rom telah menang. Ini boleh dirujuk kepada Al-Quran surah Ar- Ruum, 30:2-4, bermaksud:
"Telah dikalahkan bangsa Rumawi. Di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang. Dalam beberapa tahun, Bagi Allah-urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan di hari itu (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman".
Sila rujuk halaman 212-214 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.
Thursday, September 19, 2013
Perhitungan
Perbezaan penting antara penganut Hindu dan penganut Islam ialah persepsi mereka tentang Tuhan. Umumnya penganut Hindu percaya falsafah Panteisme. Doktrin ini menganggap bahawa Tuhan ini adalah segala-galanya dan bersifat suci. Ia menganggap bahawa Tuhan itu adalah segala-galanya dan bersifat suci. Ia menganggap bahawa pokok adalah Tuhan, bulan adalah Tuhan, monyet juga Tuhan, ular dan manusia juga adalah manifestasi Tuhan.
Bagi orang Muslim pula ia menerima hakikat bahawa dirinya dan juga alam sekitar adalah contoh-contoh ciptaan Allah dan bukannya bersifat ketuhanan. Segala apa yang ada di dunia ini, planet dan angkasa raya semuanya milik Allah s.w.t.
Bagaimana pun penganut Hindu yang memakai kitab suci mereka berkeras percaya dan menyembah kepada hanya satu Tuhan. Sifat Tuhan pula ialah Brahma bermaksud Pencipta atau 'Khaliq' dalam bahasa 'Arab. Di samping itu Tuhan dalam agama Hindu ini juga bersifat 'Vishnu' bermaksud pemilik atau dalam bahasa 'Arab disebut 'Rab'.
Bagaimanapun dalam kitab Rig Veda di atas ada menyebut bahawa Tuhan itu satu. Manakala Bhagwad Geeta (Kitab Hindu paling terkenal), Bab 7 versi 20 menyatakan bahawa mereka yang berfaham materialisme (kebendaan) akan menyembah Tuhan selain daripada yang Satu. Kitab Upanished, bab 6 bahagian 2 versi 1 'Ekam evaditiyam', bermaksud 'Dia (Tuhan) ialah Satu sahaja tidak ada yang kedua'. Manakala Upanished oleh S.Radhakrishnan, hal. 447 dan 448 ada menyebut Tuhan itu satu saja.
Penganut Islam tidak akan menyangkal sekiranya Allah yang maha Kuasa disebut 'Khaliq' bermaksud Maha Pencipta atau 'Brahma' dalam agama Hindu, dan Pemilik dalam agama Hindu disebut 'Visnu' yang disebut dalam bahasa Arab itu 'Rab', tetapi penganut Islam akan terus menyangkal bila mana Tuhan yang Maha berkuasa itu digambarkan dengan mempunyai empat kepada atau Visnu itu mempunyai empat tangan. Bagaimanapun ini adalah bertentangan dengan apa yang disebut dalam Syetasvatara Upanishad 4:19 (kitab suci Hindu):
"Na tasya pratima asti" bermaksud: "Tiada yang sama dengan-Nya", maksudnya di sini ialah dengan Tuhan begitu juga dalam kitab suci mereka Rigveda 5:1:81, menyebut:yang Satu. 'Ma cid anyad vi sansata sakhayo ma rishanyata' bermaksud: "Wahai kawan-kawan, jangan menyembah sesiapa kecuali Dia, Tuhan yang Maha Esa. Puji-pujian hanya bagi-Nya sahaja".
Ini sebenarnya adalah bersamaan dengan Al-Quran surah Ikhlas, 112:4, yang bermaksud, "Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia". Al-Quran, surah Syura, 42:11 bermaksud, "Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengna Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat".
Rujuk halaman 209-210 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.
Wednesday, September 18, 2013
Cara hidup berteraskan agama Hindu
Cara hidup masyarakat India yang beragama Hindu ini dicoraki oleh kasta. Ada 4 kasta yang mewarnai hidup mereka iaitu: Brahma, Kshatria, Vaishya dan Syudra
Brahman / Brahmin
Golongan ini adalah golongan Bangsawan. Mereka mempelajari kitab-kitab Veda dan mengajarnya kepada golongan lain. Seseorang Brahman tidak dikotori oleh dosa walaupun ia membunuh manusia daripada tiga golongan di bawahnya itu: Kshatriya, Vaisya dan Shudra. Raja juga menghormati golongan Brahman. Sesuatu keputusan penting oleh raja perlu berunding dahulu dengan Brahman. Raja juga tidak boleh mengenakan cukai ke atas seseorang Brahman.
Ksyatriya
Golongan ini adalah merupakan golongan pemimpin dan tentera. Raja adalah dari golongan ini. Seseorang kshatriya hidup sebagai seorang perajurit walaupun waktu dalam kedamaian.
Vaishya
Golongan ini perlu berkahwin dengan golongannya sahaja. Mereka ini mahir dalam perniagaan, pertanian dan ternakan.
Shudra
Golongan ini adalah yang terbawah. Mereka dikehendaki patuhi kepada terutamanya kepada golongan Brahman. Dipercayai bahawa dengan kepatuhan ini semoga ia selepas mati akan mendapat kedudukan yang lebih tinggi. Mereka ini adalah sebagai buruh, pasti patuh kepada majikan, kalau tidak akan dihukum dan diseksa.
Rujuk halaman 208-209 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.
Tuesday, September 17, 2013
Tuhan dalam penggambaran manusia
Untuk menggambarkan secara lebih jelas tentang pengenalan Tuhan itu pengertian secara transendental perlu diertikan dalam impirisis (amaliah), biar pun ianya tidak sesuai dengan pengertian yang diberikan dalam kitab-kitab suci; tetapi untuk kepentingan orang awam, ianya boleh dibenarkan asalkan pengertiannya tidak diseleweng. Itulah sebabnya ditambahkan perkataan dengan sifat "lebih iaitu Maha. Ini banyak terdapat dalam kitab-kitab suci Hindu, contohnya Maha Pelindung (Rg.V.X.4.1.), Maha Ada (A.V.IV.16.2) dan Maha Melihat (A.V.IV.16.5)". Dengan ini manusia biasa senang faham.
Deva dan Devata
Tuhan (Pencipta) dengan makhluk (yang Diciptakan-Nya) sudah tentu berbeza; tetapi dalam kitab Veda DEVA ini mempunyai dua erti yang berbeza yang kadangkala digunakan secara tidak disedari DEVA sebagai Pencipta (Tuhan) dengan DEVA sebagai makhluk (Yang diciptakan). Contohnya wujud dalam R. Veda X.129, "Deva diciptakan oleh-Nya setelah menjadikan semua alam semesta berikut isinya". Dalam Rg. Veda X.121.8 dan X.90.3, terdapat kalimah yang mengatakan bahawa Deva menciptakan deva-deva (makhluk) lain yang maksudnya sama dengan Malaikat (R.Veda X.129.6).
Deva (Malaikat?) dalam kepercayaan Hindu ada 33. (Rg. Veda VIII.57.2). Ada tugasannya masing-masing. Contohnya deva langit, Deva angin, deva bulan dan juga deva bintang. Deva dilambangkan sebagai hukum tertinggi, Tuhan pula adalah penguasa atas hukum tertinggi. Deva berfungsi sebagai pengatur alam semesta di bawah kekuasaan Tuhan. Rg.V.X.36.14 ada menyebut yang bermaksud, "Dewa dari arah Barat, Dewa dari arah Timur, Dewa dari arah utara, Dewa dari arah Selatan. Semoga Ia dilimpahkan rahmah-Nya kepada kita dengan pemberian umur panjang".
Berdasarkan pemikiran arah ini timbul pula konsep-konsep baru tentang penunjuk arah. Lapan kardinal arah (utara, selatan, timur dan barat di samping di tengahnya antara beberapa sempadan itu: Timur Laut, Tenggara, Barat Daya dan Barat Laut) digambarkan seperti teratai berdaun lapan. Setiap daun melambangkan deva yang dikatakan bersifat sebagai Tuhan yang Maha Kuasa, iaitu seperti mana berikut:
Anima- sifat Tuhan yang amat halus dan peka
Laghima- sifat Tuhan Yang Maha Ringan
Mahima- sifat Tuhan Yang Maha Besar
Prapti- sifat Tuhan yang dapat mencapai ke mana saja.
Prakamya- sifat Tuhan yang segala kehendaknya tercapai.
Isitva- sifat Tuhan yang merajai atas segala yang berkuasa
Vasitva- sifat Tuhan yang berkuasa atas segala yang berkuasa
Yatrakamavasayitva- sifat Tuhan yang kudrat-Nya tidak ada yang melawan.
Di samping itu, terdapat juga gambar selain daripada bentuk teratai, terdapat bentuk seperti senjata, kenderaan, warna, bentuk simbol deva atau pelbagai gabungan lagi.
Sila rujuk halaman 202-203 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.
Sunday, September 15, 2013
Tuhan dan Kepercayaan utama mengikut agama Hindu
Dalam agama Hindu ada dua aliran kepercayaannya tentang tuhan ini. Pertamanya mereka percaya dengan keesaan Tuhan. Keduanya mereka percaya yang Tuhan ini banyak.
Apakah makna Tuhan dalam konteks kitab Hindu
Dalam kitab Brahma Sutra 1.1.2 maksudnya, "Tuhan ialah dari mana asal semua ini". Ini bermakna Tuhan adalah asal dengan sendiri dan tanpa-Nya, tiadalah makhluk ini. Ia-Nya tetap Esa. Rg. Veda. 1.164.46 ada menyebut yang bermaksud, "Tuhan Yang Maha Esa, para arif lagi bijaksana mengatakannya banyak (nama), Agni Yama, Matarisva. Ini bermakna biarpun Ianya Esa; tetapi namanya disebut banyak yang mana antaranya Agni Yama, Matarisva. Nama Tungga (Esa), Brahma (Brahma Sutra:1.1.1.) Ini juga hampir sama dengan Allah dalam Islam yang dikenali dengan 99 nama.
Wahyu Tuhan (DEVA VAK), di himpun dalam bentuk buku yang dikenali dengan nama kitab-kitab Veda dan ianya dianggap sebagai sumber bagi semua pengetahuan dan kerana itulah disebut dengan nama kitab Veda. Beriman kepada agama Hindu bermakna seseorang itu percayakan apa dalam kitab-kitab Veda tanpa ragu-ragu lagi. Lebih-lebih lagi perkara yang mencanggahinya, pasti tidak boleh. Dalam kitab Veda telah menyebut nama-nama Tuhan yang Esa. Brahma Sutra 1.1.3 ada menyebut yang bermaksud, "Hanya kitab suci cara yang baik (untuk mengenal Tuhan)". Mengenal Tuhan perlukan pengertian secara transendental (di luar batas pemikiran biasa).
Rujuk halaman 200-201 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dalam topik ini dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.

Thursday, September 12, 2013
Kitab Yajur Veda (Yajurved)
Mengandungi ayat-ayat prosa yang dibaca oleh para pendeta mereka ketika menyerahkan korban untuk upacara agama. Pada bab 32:3 ada menyebut, "na tasya pratima asli" yang bermaksud, "Tidak ada imej bagi Dia dan Dia tidak dilahirkan dan Dialah yang berhak disembah".
Yajurved oleh Devi Chend M.A., hal. 377 ada menyebut yang bermaksud;
"Tidak ada imej bagi Dia dan Dialah Yang Maha Mulia. Dialah yang memelihara cakerawala seperti matahari dan sebagainya dalam alam ini. Doa kami supaya Dia tidak membinasakan kami. Dia tidak dilahirkan dan Dialah yang berhak disembah."
Yajurveda Samhita oleh Ralp IH. Griffift, hal. 538 pula menyatakan; "Andhatma pravishanti ye asambhuti mupaste", yang bermaksud, "mereka yang menyembah objek dalam alam ini seperti udara, air, api dan sebagainya adalah dalam kegelapan (kesesatan) dan mereka yang menyembah Sambhuti adalah lebih sesat".
"Sambhuti" ini ialah barang-barang yang dibuat oleh manusia seperti berhala, meja, kerusi, dan sebagainya. Yajurved, bab 40, ayat 160, menyatakan ayat yang bermaksud;
"Pimpinlah kami ke jalan yang benar dan buanglah dosa kami yang menyebabkan kami menjadi sesat. Wahai Agni kamulah Tuhan yang tahu segala perbuatan kami. Pimpinlah kami ke jalan kejayaan. Buanglah dosa dari kami yang membuatkan kami menjadi sesat. Segala puji hanya untuk Mu'. (Yajurveda Samhiti, oleh T.H. Griffith, hal. 541).
Ini pula bersamaan dengan Al-Quran surah Al-Fatihah, ayat: 6-7 yang bermaksud; "Tunjuklah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat".
Rig Veda buku no 6, Zikir 45, ayat 16 berbunyi, "Ya eka ittamushtuhi", yang bererti, "Dia sahaja yang berhak dipuji. Dialah yang maha Esa dan tidak menyerupai (makhluknya). (Ralph T.H. Griffith, Rigveda, hal. 648).
Sila rujuk halaman 197-198 untuk penjelasan lebih lanjut mengenai topik ini dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.

Wednesday, September 11, 2013
Sejarah kitab Rig Veda (Rigved)
Kitab yang paling lama dan paling masyhur dan terpenting. Ianya juga meliputi empat Veda ini. Ianya mengandungi 1,017 buah nyanyian agama untuk tuhan-tuhan mereka. Di antara tuhan-tuhan yang masyhur disebutkan ialah tuhan Indra iaitu tuhan bagi segala tuhan, tuhan Agni iaitu tuhan api, tuhan Suriya (matahari) dan lain-lain lagi. Contoh nyanyian (Zikir) untuk Tuhan Indra:
Dialah yang tertinggi dari segala-gala dan maha tinggi, Tuhan segala tuhan mempuyai kekuatan yang di atas di depan kekuasaannya yang maha perkasa, menggeletar bumi dan langit-langit yang tinggi. Wahai manusia, dengarlah gurindam ku, sesungguhnya dialah Indra Tuhan alam semesta.
Contoh nyanyian untuk tuhan api:
Ketika aku melihat makhluk yang terang ini di dalam hati ku. Kedua telinga ku berdengung. Kedua mata ku bergerak kebimbangan jiwa ku sesat di dalam keraguan. Jadi apakah yang aku kata dan apakah yang aku fikir? Hai Agni! Semua tuhan-tuhan memuja mu dengan ketakutan. Engkau tiada tenggelam dalam ketakutan.
Sehingga sekarang pun penganut-penganut Hindu terus menyanyikan lagu-lagu dari Rig Veda ini dalam sembahyang pagi dan petang, dalam majlis perkahwinan, biar pun ianya termaktub sejak kira-kira 5,000 tahun dahulu. (Edward Thomas: hal. 82).
Kitab yang paling suci di kalangan penganut agama Hindu ialah Rig Veda. Dalam Rig Veda buku 1 zikir (nyanyian) 164, ayat 46 ada menyebut bahawa "Sami-sami" Hindu yang paling bijak mengenali dan mengingati Tuhan yang satu dengan pelbagai nama. Ini juga agak sama dengan Al-Quran yang diketahui dalam Islam ada 99 nama, di antaranya yang paling lumrah ialah Allah.
Dalam Rig Veda buku 2, Zikir I menyatakan bahawa sifat Tuhan yang Maha Besar itu tidak kurang daripada 33 sifat. Contohnya Brahma yang dikenali dalam bahasa Arab ialah "Khaliq" yang bererti Yang Maha Mencipta. Ini tidak di bantah oleh pemeluk Islam; tetapi penganut Islam akan membantah keras kiranya Brahma (Khaliq) itu digambarkan dengan empat kepala dan empat tangan.
Sebab ia bererti bahawa Tuhan itu ada imej. Bahkan dalam Yajur veda bab 32, ayat 3 pun membantah akan fahaman sebegini. (sila rujuk Yajur Veda dibawah).
Satu lagi sifat Tuhan ialah Vishnu (Yang memelihara) yang sama ertinya dalam bahasa Arab (Rabb). Penganut Islam juga tidak membantah; tetapi akan membantahnya jika Tuhan yang bersifat Vishnu (Rabb) itu mempunyai 4 tangan dan tangan itu memegang Chakra dan Kulit Siput (Cronch) dan Dia pula menunggangg burung. Gambaran ini bertentangan dengan penganut Hindu sendiri (rujuk Yajur Veda bab 40, ayat 8 dan Rig Veda buku zikir 1 ayat 1).
Untuk lebih lanjut mengenai topik ini, sila rujuk halaman 194-196 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.
Tuesday, September 10, 2013
Menyembah Vishnu dan Lakshmi atau penjelmaan Vishnu: Rama, Krishna dan Narasimha
Masyarakat Hindu hari ini yakin yang Vishnu sebagai aspek pemilik Brahma, Pencipta dan juga Siva, pemusnah. Ini bermakna ada tiga unsur (Trimurti): Pencipta, Pemilik dan Pemusnah. Ini adalah tiga imej penting dalam agama Hindu. Rig veda dalam nada nyanyiannya menyentuh yang Vishnu ini tuhan meliputi bumi, atmosfera, dan langit yang mungkin juga merangkumi matahari dan zenith. Vishnu dipercayai menjaga keselamaan bumi melalui Avatars turun ke bumi bagi menyelamatkan manusia. Bhagavata Purna menyebut 22 avatars, tetapi yang diterima dan dikenali ramainya antaranya adalah sepertimana berikut:
Matsya: Sebagai ikan besar yang menyelamatkan Manu ketujuh daripada Banjir Besar
Kurma: Menyerupai penyu semasa lautan bergelora dan berpusar.
Varaha: Menyerupai bentuk beruang (bear) ianya memusnahkan syaitan Hiranyaksha.
Narasimha: Menyerupai bentuk separuh manusia dan separuh singa, ianya memusnahkan syaitan Hiranyakashipu.
Vamana: Penjelmaan Vishnu sebagai avatar ke 5, melindungi dunia daripada kezaliman raja syaitan, Bali. Ceritanya dikisahkan dalam kitab Purana.
Rama: Tokoh yang berani melawan Ravata, raja Langka. Ini dikisahkan dalam hikayat Ramayana.
Buddha: Ini adalah Avatar yang terakhir bagi Vishnu yang akan lahir di akhir Zaman Gelap ini. Ianya dijangka akan dapat dilihat sebagai penunggang kuda putih. Vishnu ini kenderaannya adalah burung Garuda. Ia juga dikenali dengan nama Keshava, Narayana, Madhava dan Govinda. Ia adalah pengasas bagi agama Buddha.
Kalki: Nama-nama ini pernah disebut semasa memulai sesuatu upacara pemujaan.
Fizikal Vishnu digambarkan mempunyao empat tangan. Salah satunya memgang bunga lotus, satu memegang gada (sejenis alat seperti pemalu), satu memegang piring (discus) untuk menghentam sasaran, dan satu lagi memegang konc.
Lakshmi: Ianya dikaitkan dengan perempuan yang jelita dan bernasib baik. Lakshmi, isteri Vishnu yang menjelma dalam pelbagai avatars. Bila mana Vishnu menjelma sebagai Vamana, Lakshi sebgai Padma. Bila mana Vishnu menjelma sebagai Rama, ia sebagai Sita dan bilamana Vishnu menjelma sebagai Krishna, Lakshmi sebagai Rukmini.
Lakshmi digambarkan mempunyai empat tangan. Dua daripada tangannya memegang bunga lotus. Tangan ketiga ada emas dan tangan keempat pula penyembahan.
Sila rujuk halaman 191-192 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan untuk lebih lanjut mengenai topik ini.
Monday, September 9, 2013
Sejarah agama Hindu
"Hindu" adalah perkataan Parsi bagi penghuni di satu kawasan di lembah Indus. Ini berdasarkan kepada pelbagai kitab dan yang sangat terkenal di antaranya ialah Veda yang membincangkan kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setakat ini tiada siapa yang mengetahui siapakah pengasasnya agama ini.
Agama ini adalah agama tauhid (percayakan tuhan) tetapi dari segi lain pula ianya percaya kepada pelbagai tuhan seperti kaum primitif lain di mana wujudnya kepercayaan dan penyembahan kepada roh ibu bapa dan lain-lainnya, terutama sekali ialah kepada lembu. Bagaimanapun mengikut catatan sejarah bahawa agama Hindu ini berkembang di kalangan kaum Brahman yang berkumpul pada abad ke-8 sebelum Masihi di mana golongan ini menubuhkan mazhab Brahman dan menyeru untuk penyembahan Brahma.
Di antara ajaran pentingnya ialah pemberian korban-korban mesti dilakukan di hadapan seorang Brahma untuk memberkatinya. Kiranya tiada korban, roh ibu bapanya yang mati akan lenyap dan akan hilanglah kebesaran keluarga berkenaan.
Agama Hindu kemudiannya menjadi lemah sebab ajaran Buddha mulai dan Jaina berkembang di India. Tetapi agama Hindu naik balik di India kerana adanya pembaharuan yang dikuatkan oleh syariat Manu yang menyusun agama ini dalam menentangi arus perkembangan agama Buddha dan Jaina.
Ini berlaku dalam kurun ketiga dan kedua sebelum Masihi. Syariat Manu telah mengalih perhatian daripada penumpuannya terhadap tuhan-tuhan kepada amalan-amalan agama, pemberian korban dan hal-hal yang zahir sahaja.
Di samping itu tuhan Brahma tidak lagi dianggap bersendirian, malah kepada semua makhluk, sama ada baik atau pun buruk, mengikut perjalanan nasibnya dan menerima sebahagian dari dosa dan penderitaannya, kelahiran dan perubahannya. Mengenai ini Manu berkata: Roh Maha Tinggi itu tinggal tetap dalam semulia-mulia makhluk dan sehina-hinanya".
Sunday, September 8, 2013
Unsur perpaduan antara Islam dan Kristian
Sebenarnya Islam dan Kristian adalah agama Samawi yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW dan Nabi Isa a.s. Oleh itu tidak mustahillah jika ada persamaan antara keduanya seperti mana yang telah diceritakan di atas. Penganut agama Kristian dan Yahudi sebenarnya tidak mengiktiraf Al-Quran sebagai kitab yang diwahyukan. Walaupun begitu, orang Islam wajib mempercayai kitab-litab samawi yang selain Al-Quran telah diturunkan secara langsung atau tidak langsung kepada Allah.
Paus Paulus VI telah mengutuskan pesan kepada Almarhum Raja Faisal pada 1974 dengan menyatakan keyakinannya yang mendalam tentang kesatuan dunia Islam dan dunia Kristian yang kedua-duanya menyembah tuhan yang Satu. Sifat keterbukaan Paus Paulus terhadap Islam mewujudkan lembaran persepsi baru hubungan antara kedua agama. Di samping itu ulama' Arab juga berkunjung ke majlis Ekumeni Gereja di Geneva dan mereka diminta untuk menunaikan solat zuhur di Kathedral.
Al-Quran telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad dengan perantaraan Jibril. Jadi ia mempunyai kandungan yang tetap daripada dahulu hingga sekarang. Manakala Bible adalah wahyu melalui penyaksian manusia dan menulis Bible itu tidak seorang pun yang hidup pada zaman Nabi Isa itu.
Dari segi sains moden, penyelidikan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh mana kitab-kitab suci yang kita miliki itu bersifat benar dan autentik. Bermula daripada sebelum pembukuan kitab tersebut hinggalah sekarang. Adapun setelah lamanya Bible itu hanya dibaca oleh orang Kristian tanpa sebarang kajian kerana kritikan terhadap kitab suci adalah satu dosa dan penganut Kristian terus-terusan disajikan dengan Kitab Bible yang telah disunting dan dipotong ayat-ayat tertentu yang mungkin amat penting. Selepas manusia mula berfikir berlandaskan logik sains, pada mulanya ia nampak seperti mempunyai keserasian dengan Bible, tetapi selepas perkembangan sains yang cepat wujudlah pertentangan dan perbezaan antara Bible dan Sains.
Berbeza dengan teks Al-Quran yang tetap, ia menceritakan tentang pelbagai proses sains sehinggalah setiap penyelidikan setakat ini menemui keserasian dengan kandungan Al-Quran.
Apa yang diperkatakan tentang perkara-perkara yang mereka tidak puas hati tentang apa yang terkandung dalam Bible di atas itu hanyalah sedikit sahaja. Bagaimanapun, perpaduan di antara Islam-Kristian boleh dibentuk melalui persefahaman ketuhanan yang satu. Perpecahan Islam-Kristian ini adalah masalah yang berlaku berpunca daripada pelobi Yahudi di AS. Ini adalah satu masalah politik yang dicetuskan oleh AS kesan daripada pengaruh undi dan wang daripada pelobi Yahudi dalam pemilihan Presiden AS.
Merujuk kepada Presiden AS sekarang (Bush), Setiausaha Agung Holly Synod di Mesir, Metropolitan Bishop, "....sekiranya dia (Bush) membaca kitab Injil dengan betul, dia akan nampak bahawa orang Yahudi adalah musuh Tuhan".
Jom dapatkan buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan dengan harga RM 20. Sila rujuk halaman 185-187 untuk lebih lanjut mengenai topik ini.
Thursday, September 5, 2013
Khabar gembira tentang Nabi Muhammad SAW dalam kitab Bible
Bagi Kristian, didapati banyak bukti yang mengatakan Nabi Muhammad akan lahir sebagai nabi yang terakhir melengkapkan ajaran daripada para nabi sebelumnya. Bukti-bukti ini dapat dikumpulkan sepertimana berikut:
Di dalam kitab Taurat, Allah s.w.t. telah berfirman kepada Nabi Musa: "Seorang nabi akan Ku bangkitkan untuk mereka di kalangan saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firmanKu dalam mulutnya, dan dia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya. Orang yang tidak mendengar segala firmanKu yang akan diucapkan oleh nabi itu demi namaKu, daripada akan Kutuntut pertanggungjawaban." (Deuteronomy 18:18-19).
Dalam konteks akan dibangkitkan nabi oleh Allah s.w.t. " di kalangan saudara mereka, seperti engkau ini;" adalah jelas dimaksudkan dengan Nabi Muhammad s.a.w., sebab Nabi Muhammad s.a.w. adalah saudara kepada Bani Israel kerana saudara Bani Israel ialah Bani Ismail sebab Ismail adalah saudara Nabi Ishak iaitu ayah Israel (Nabi Ya'kub). Kedua-duanya (Nabi Ishak dan Nabi Ismail) adalah daripada ayah yang sama; Nabi Ibrahim. Cuma emak mereka berlainan iaitu emak Nabi Ismail ialah Siti Hajar, manakala emak Nabi Ya'akub (Israel) ialah Siti Sarah. Mereka berdua itu dilahirkan Nabi Ya'akub di Palestin.
Selain itu tidak ada lagi nabi diutuskan Allah s.w.t. selepas Nabi Musa di kalangan saudara Bani Israel yang ciri-cirinya seperti Nabi Musa, selain daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ada pendapat mengatakan bahawa nabi yang akan diutus oleh Allah s.w.t. itu ialah Nabi Isa, bukannya Nabi Muhammad s.a.w. Pandangan ini salah kerana ia tidak memenuhi ciri-ciri seperti Nabi Musa.
- Nabi Isa dilahirkan dengan kuasa Allah s.w.t. tanpa ayah, tidak seperti Nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w. yang melalui proses ayah dan emak secara lazim.
- Nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w. wafat seperti biasa dan tidak sepertimana Nabi Isa
- Nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w. hidup dengan umur yang agak panjang, berbeza dengan Nabi Isa di mana umurnya ketika berlaku penyaliban itu cuma 34 tahun.
- Nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w. sama-sama berkahwin dan masing-masing mempunyai zuriat keturunan (lelaki dan perempuan), dan ini berbeza dengan Nabi Isa kerana tidak berkahwin dan ia cuma datang untuk mengakui syariat Nabi Musa tanpa membawa syariat baru.
- Nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja sebagai rasul tetapi juga sebagai pemimpin secara berkerajaan di zamannya, manakala Nabi Isa hanya sebagai rasul sahaja iaitu bagi mengakui syariat Nabi Musa sahaja.
- Dalam konteks ayat "Aku akan menaruh firmanKu dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya" di atas, Kebenarannya terserlah dalam ayat yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang berbunyi: "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan."
Untuk lebih penjelasan mengenai tajuk ini, sila rujuk halaman 181-183 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.
Wednesday, September 4, 2013
Bukankah Al-Quran itu ditulis oleh syaitan?
Dalam konteks ini Al-Quran sendiri telah menjelaskan dalam surah Waqiah, 56:77-80, yang bermaksud, "Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan (77), yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara (78), yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci (79); Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam (80).
Terbukti di sini bahawa Al-Quran itu tidak boleh disentuh, melainkan oleh hamba-hambanya yang suci. Manakala syaitan ialah jenis yang menderhaka kepada Allah, bahkan diharamkan oleh Allah daripada menghampiri dan menyentuhi Al-Quran. Jadi dengan ini tidaklah timbul lagi Al-Quran itu ditulis oleh syaitan.
Surah Syura, 26:210-211 menjelaskannya lgi yang bermaksud, "Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh syaitan-syaitan (210). Dan tidaklah layak bagi syaitan-syaitan itu berbuat demikian, sert mereka tidak akan dapat melakukannya. (211)".
Ramai orang kafir masih menganggap bahawa kuasa syaitan itu lebih rendah sedikit daripada Allah di mana ianya (syaitan itu) hanya tidak boleh buat beberapa perkara sahaja yang Allah sahaja boleh lakukan. Dengan ini mereka tidak menerima Al-Quran ini sebagai mukjizat dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Jadi terus menuduh Al-Quran ini perbuatan syaitan.
Sekiranya Al-Quran itu perbuatan syaitan, sudah tentu ayat ini (surah Nahl,16:98) tidak akan disebut yang bermaksud, "Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, hendaklah engkau (terlebih dahulu) meminta perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan yang direjam".
Di samping itu, Al-Quran menekankan lagi dalam surah Al-Aaraf, 7:200 yang bermaksud, "Dan jika engkau dihasut syaitan, maka mintalah perlindungan daripada Allah. Sesungguhnya Allah amat mendengar, lagi amat mengetahui."
Jika dikatakan Al-Quran itu perbuatan syaitan mengapakah pula Allah menyuruh hambanya supaya meminta perlindungan-Nya sekiranya dihasut syaitan? Anehkan? Dalam surah Al-Baqarah, 2:168, Allah menyatakan lagi yang bermaksud, "Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu".
Dalam surah Yasin, 36:60 juga menjelaskan yang bermaksud; "Bukankah Aku telah memerintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya ia terhadap kamu adalah musuh yang nyata."
Sememangnya syaitan itu bijak dalam memesongkan pemikiran manusia. Biar pun begitu Allah maha bijak dan mengetahui segala-galanya. Oleh hal yang demikian Allah telah memberi tahu bahawa Al-Quran itu adalah sememangnya kalamullah dan bukannya perbuatan syaitan.
Rujuk halaman 179-180 untuk lebih lanjut mengenai topik ini dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.
Tuesday, September 3, 2013
Apakah benar Nabi Isa sebagai Kalimatullah (Kalimah Allah) dan Roh daripada Allah seperti yang dikatakan dalam Al-Quran?
Untuk menjawab persoalan ini pertamanya perlu dahulu dirujuk kepada Al-Quran surah Ali-'Imran, 3:45 yang bermaksud, (Ingatlah ketika, malaikat berkata: "Wahai Maryam, bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan kepadamu seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al Masihi 'Isa Ibn Maryam, seorang anak yang terkemuka dalam dunia dan akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah)".
Dalam maksud ayat al-Quran di atas disebut bahawa "kalimah daripada Allah" dan bukannya kalimah Allah. Kalimah daripada Allah maksudnya ialah berita daripada Allah. Ini membawa makna bahawa itu adalah seorang pesuruh Allah atau Nabi Allah. Keduanya gelaran yang diberikan kepada seseorang Nabi itu bukanlah bermakna ianya diberikan kepada Nabi itu sahaja. Contohnya Nabi Ibrahim a.s. diberi gelaran "Khaleelullah" atau "teman Allah", ini bukanlah bererti yang nabi-nabi lain juga tidak menjadi kawan/teman Allah.
Nabi Musa, dalam Al-Quran ada juga disebut sebagai "kaleemullah" yang bermaksud Tuhan bercakap dengan Baginda. Ini bukanlah bermakna pula Tuhan tidak pernah bercakap dengan nabi-nabi yang lain. Jadi apabila Nabi Isa a.s. itu disebut sebagai "Kalimatullah" atau "Kalimah daripada Allah" atau pesuruh Allah, ini bukanlah bermakna nabi-nabi lain juga tidak boleh dikatakan sebagai bukan pesuruh Allah.
Ketiganya Nabi Yahya a.s. juga disebut dalam Al-Quran sebagai Kalimatullah (kalimah daripada Allah). Ini boleh dirujuk kepada surah Ali'Imran, 3:38-39, yang bermaksud, "Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan, katanya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan". (38) Lalu ia diseru malaikat sedang ia berdiri sembahyang di mehrab, (katanya); "Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan kepadamu seorang anak lelaki bernama (Yahya), yang akan beriman kepada kalimah dari Allah dan akan menjadi ketua, juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh".
Sila rujuk halaman 177-178 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan untuk lebih lanjut mengenai topik ini.
Monday, September 2, 2013
Kisah Nabi Musa a.s. dengan Firaun
Kisah Nabi Musa dan perpindahan beramai-ramai kaum bani Israel kerana kekejaman Firaun ada wujudnya persamaan di antara catatan Bible dengan Al-Quran. Kedua-dua kitab ini menyebut bahawa Raja Firaun mati lemas ketika mengejar Nabi Musa dan kaum Bani Israel dalam laut. Bagaimanapun Al-Quran menyebut kisah ini dengan tepat sekali sebagai satu tanda keajaiban Al-Quran: Surah Yunus, 10: 92, menyebut yang bermaksud; "Maka pada hari ini, kami biarkan engkau (Wahai Firaun) terlepas dengan badan mu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan oleh laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakang mu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan kami!"
Dr. Maurice Bucaile telah mengkaji dan membuktikan bahawa Raja Ramese II yang dianggap zalim bagi kaum Bani Israel (mengikut Bible) adalah tidak benar, kerana katanya Raja tersebut mati semasa Nabi Musa berlindung di negeri Madyan. Raja Firaun yang mati ketika mengejar Nabi Musa a.s. itu ialah yang bernama Mineptah, iaitu anak Raja Rames II. Pada tahun 1898 mayat Raja Mineptah telah dijumpai dalam keadaan mumia di lembah raja-raja Mesir. Pada tahun 1975, Dr. Maurice bersama dengan para pakar doktor lain memeriksa mayat Mumia Mineptah dan telah mengesahkan bahawa raja Mineptah itu memang mati lemas.
Dengan penemuan ini, telah membuktikan bahawa keajaiban Al-Quran (surah Yunus, 10:92) itu. Mayat (Mumia) raja Mineptah itu sekarang di simpan dibilik mumia Diraja di Muzium di Kaherah, Mesir. Dr. Maurice Bucaille yang beragama Kristian itu mengkaji Al-Quran, kemudiannya menulis buku yang bertajuk, "The Bible, The Quran and Science" telah mengaku dengan sesungguhnya bahawa Al-Quran ini datangnya dari Allah sendiri. Beliau kemudiannya memeluk Islam (1975) dan mengakui akan kehebatan Al-Quran ini.
Apakah dengan bukti sebegini Al-Quran masih dikatakan meniru Bible? Kesimpulannya: Al-Quran ialah kitab daripada Allah.
Dengan bukti-bukti di atas, ia menunjukkan bahawa Al-Quran ini adalah benar-benar kitab daripada Allah. Ianya adalah kata-kata Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Quran ini tidaklah ditiru daripada Bible. Ianya melengkapkan dan membetulkan lagi segala ajaran yang telah disampaikan oleh para rasul yang terdahulu yang telah diselewengkan oleh mereka yang mengingkari perintah Allah.
Al-Quran adalah sebagai Al-Furqan atau batu ujian atau kriteria yang menapis yang bertentangan dengan perintah Allah yang sebenarnya dan mana yang patut diikuti.
Untuk lebih memahami topik ini, sila rujuk halaman 173-174 dalam buku Islam, Pelbagai Agama dan Kepercayaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)