Monday, January 27, 2014

sambungan~

Jesus menghalau Iblis dengan pertolongan Roh Allah

Matthew 12:28 bermaksud:
"Tetapi jika Aku mengusir syaitan dengan Roh Allah, maka sesungguhnya Kerajaan Allah sudah datang kepadamu".

Jelas terbukti di sini Jesus mengaku bahawa dia telah mengusir syaitan dengan pertologan kuasa Roh Allah dan bukan dengan kuasanya sendiri. Ini bermakna Jesus berjaya mengusir syaitan hanya dengan pertolongan Allah. Sekiranya Jesus ini Tuhan sudah tentu ia dapat mengusir syaitan itu tanpa sebarang pertolongan lagi. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan.

Jesus berikan tanda yang tidak tepat

Matthew 12:40 bermaksud,
"Sebab seperti Yunus tinggal di dalam perut ikan tiga hari tiga malam, demikian juga Anak Manusia akan tinggal di dalam rahim bumi tiga hari tiga malam".

Sewaktu beberapa orang ahli Taurat dan orang Farisi meminta suatu tanda dari Jesus, dan Jesus berikan tanda Nabi Yunus yang tinggal dalam perut ikan 3 hari 3 malam. Ternyata tanda yang diberikan oleh Jesus adalah tidak tepat sama sekali kerana Jesus (Anak Manusia) sebenarnya berada dalam perut bumi hanya 1 hari 2 malam. Nabi Yunus tetap hidup walaupun berada dalam perut ikan, tetapi Jesus dalam keadaan mati ketika berada dalam perut bumi.

Kalau Tuhan apa yang dikatakanNya tepat sekali. Di sini ternyata  bahawa kenyataan Jesus itu tidak tepat, sebab nabi Yunus hidup dalam perut ikan selama tiga hari tiga malam; tetapi Jesus  sebenarnya berada dalam perut bumi 1 hari 2 malam.

Kalaulah Jesus itu Tuhan, mana boleh Tuhan mati dalam  perut bumi. Jesus dikatakan mati dalam perut bumi selama satu hari dua malam. Oleh itu Jesus bukan Tuhan. Sebab kalaulah Jesus itu Tuhan, Jesus tidak akan mengatakan ia sebagai nabi. Oleh itu kenyataan yang didakwakan oleh para penganut Kristian yang mengatakan Jesus itu sebagai Tuhan adalah satu dakwaan yang tidak boleh diterima akal.

Pengakuan Jesus sebagai Nabi

Matthew 13:57, Jesus menjelaskan yang bermaksud:
"Hanya di tempat dan di rumahnya sendiri ianya sebagai nabi yang tidak dihormati".

Pengakuan sendiri Jesus membuktikan ianya bukan Tuhan; tetapi sebagai nabi. Jesus ada rumah dan bertempat yang dapat dilihat nyata. Tuhan, wujud di mana-mana dan tidak dapat dilihat oleh orang awam seperti nabi. Oleh itu Jesus bukanlah Tuhan; tetapi dia tetap sebagai nabi.

Jesus berdoa diatas bukit

Matthew 14:23 bermaksud:

"Dan setelah dia menyuruh mereka semua pulang, Jesus naik ke atas bukit untuk berdoa seorang diri. Apabila hari mulai gelap, dia bersendirian di situ".

Jesus bukan Tuhan sebab dia berdoa kepada Tuhan. Mana mungkin Tuhan berdoa kepada Tuhan. Sebab, kalaulah Tuhan berdoa kepada Tuhan, berapa banyak Tuhan yang ada? Sedangkan Tuhan hanyalah Satu. Ia tidak perlu lagi memohon sesuatu. Apa yang Ia kehendaki terus zahir. Dalam Al-Qur'an Surah Yasiin, 36:82 bermaksud:

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah engkau". Maka ia terus menjadi".

Rujuk halaman 22-23 dalam Allah Islam Dan Allah Kristian (Asal) Adalam Sama untuk lebih lanjut.

No comments: